Wajahnya tidak dimamah usia! Mungkin itulah yang boleh dikaitkan dengan penerbit dan pelakon Sheila Rusly yang sentiasa dilihat muda dan bertenaga meski pun sudah berusia.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini, berkongsi hantaran video di lnstagram telah memaklumkan dirinya sudah memasuki usia 51 tahun, Nana kepada Bunga Elhaq ini menzahirkan rasa syukur.
Thank you Allah for another day❤️, tulisnya di bahagian kepsyen.
Meninjau di ruangan komen, ibu kepada dua cahayamata ini turut dihujani dengan ucapan selamat hari lahir daripada rakan artis dan peminatnya.
Rata-rata memuji penempilan Shiela Rusly yang nyata nampak muda daripada usia sebenarnya.
Ads
“Happy Birthday Sis ! Mentor fit body for 51 🙌🏻 Ingat ke 41 😍HUGS,” komen rakan artis.
“Happy Birthday Sis.. Semoga dirahmati , diberkati Allah SWT.. Dikurniakan kesihatan yang baik , umur yang panjang.. bahagia dengan keluarga tercinta sehingga akhir hayat .. Love you Sis ❤️” komen yang lainnya.
-“Sis still saya suka lawa dan aktif. Semoga Allah sentiasa memberkati kebaikan akak selalu share resepi dan memberi kami ni inspirasi menjadi ibu mentua ertua baik.” doa yang lain di ruangan komen.
Ads
“51 never look this gorgeous sis!”, puji yang lain.
Membersihkan rumah pasca banjir diakui bukanlah kerja mudah, cukup melelahkan. Apatah lagi jika di dalam rumah bukan sahaja ada saki baki air banjir malah ada yang dipenuhi dengan lumpur, sampah dan sebagainya.
Pun begitu, tugas-tugas membersihkan rumah perlu dilakukan segera, semakin lama dibiarkan akan semakin sukar pula jadinya. Lebih-lebih lagi jika ada banyak lumpur, jika dibiarkan bimbang akan mengeras dan kesannya semakin sukar untuk dibersihkan dan rumah akan berbau.
Lantaran itu, sebelum anda memulakan operasi membersihkan, apa kata baca perkongsian daripada Adzmal Abdul Aziz di akaun facebooknya.
Difahamkan ilmu yang dikongsikan ini diperolehi daripada kawan-kawannya yang menetap di Pantai Timur yang selalu menghadapi banjir. Ujarnya, selain water jet, glove, plastik sampah, penyodok air dan safety shoes menjadi antara alatan wajib ada, bahkan pasir kucing juga sangat berguna.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya di sini. Semoga bermanfaat!
Sebab rumah kita penuh dengan lumpur jadi kita kena basuh guna air tekanan tinggi. Mudah kalau ada water jet ni sebab barang rumah kena cuci banyak kali sebab busuk bau lumpur.
Sebagai ibu ayah sejujurnya kita mengharapkan anak-anak yang menuntut ilmu akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peringkat atau sesi pembelajaran mereka.
Sama ada ketika di peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti, setiap kecemerlangan yang diraih oleh setiap anak pasti akan membuatkan ibu ayah rasa bahagia dan tumpang bangga. Sekali gus menjadi inspirasi buat yang lainnya.
Memetik kisah hebat keluarga yang dilaporkan di Sinar Harian ini umpamanya, seorang hafizah yang dikenali sebagai Dr Hanah Alam Faizli, 27 yang berasal dari Shah Alam menerima pelbagai anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu, dianggap cukup luar biasa.
Difahamkan daripada pencapaian kecemerlangan yang diperolehi telah melayakkan Dr Hannah membawa pulang wang tunai keseluruhannya berjumlah RM11,250, sijil dan trofi.
Pencapaian yang diraih adalah Anugerah Kijang Emas (RM5,000), Anugerah Terbaik Projek Tahun Akhir (RM2,000), Anugerah Terbaik Paraklinik (RM1,500), Anugerah Terbaik Latihan Klinikal (RM1,000) Anugerah Kepimpinan (RM1,000) dan Anugerah Kecemerlangan Hill’s Pet Nutrition – Terbaik Peperiksaan Komprehensif (RM750).
Amal Baca Al Quran
Berkongsi rahsia kejayaannya, Dr Hannah berkata, membaca al-Quran pada setiap hari menjadi amalannya di samping memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Katanya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semesta tempoh pengajian dalam keadaan kekangan
ketika pandemik Covid-19.
“Cuma, amalan saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah yang ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.
“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya ketika ditemui di UMK pada Ahad.
Hadir sama, ibu bapa Dr Hannah yang merupakan, pasangan bekas pensyarah universiti awam, Rohani Abdul Rahman, 62, dan Alam Faizli Mohd Zain,63.
Dr Hannah sebelum itu menerima kesemua penganugerahan itu pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar, UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.
Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.
Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.
“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.
“Selainnya, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” katanya.
Minat Haiwan
Mengulas berkait minat terhadap haiwan terutama binatang buas bermula ketika berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.
“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.
“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” katanya.
Kemelut di muara kasih penyanyi bersuara lantang ini pernah mengejutkan masyarakat. Keluarga yang dilihat bahagia terpalit sejarah hitam dalam memori mereka. Namun mendung hitam sudah berarak lalu. Kini mereka dalam fasa ‘move on’.
Biar pelbagai pertanyaan dan asakan namun, sikap tenang dan enggan mengaibkan sesiapa dilihat satu tindakan bijak ibu kepada 4 cahaya mata ini.Segalanya terlipat dan disimpan kemas dilipatan sejarah keluarga mereka.
Akui Ziana Zain atau nama sebenar Siti Roziana Binti Zain, segala yang berlaku adalah ketentuanNya dan kini dia hanya mahu menumpukan kepada anak-anak kerana mereka lah sumber kekuatan dan semangat kepadanya.
“Keluarga saya adalah segala-galanya dan anak-anak adalah kekuatan saya. Kami bahagia bersama-sama. Keluarga saya jenis bising, habis riuh rendah satu rumah kalau berkumpul.
“Tak pernah rasa sunyi sebab semua mulut becok. Alhamdulillah, kerjaya dan kehidupan saya berjalan seiring ke arah yang lebih baik. Saya bersyukur dengan kehidupan ini.
“Yang berlalu biarlah berlalu, saya tidak suka dan tidak mahu untuk terus menjaja ‘cerita dalam kain’. Cukuplah setakat saya meluah rasa yang terpendam.
“Saya hanya mahu terus melangkah ke hadapan mengumpul cerita yang indah-indah belaka tanpa dibebani kisah duka lara yang pernah singgah dalam hidupnya. Tak perlu untuk saya terus bercerita. Saya tak suka dan seboleh-bolehnya tak mahu untuk mengulas lebih lanjut perkara yang berlaku.
“Kita teruskan sahaja hidup dan menikmati kebahagiaan yang ada kini. Saya dan anak-anak juga sangat menghargai kebahagiaan yang dikecapi. Cukup setakat itu,” penyanyi Madah Berhelah ini.
Berstatus solo dalam usia mencecah 50 tahun, Ziana tetap anggun dan awet muda. Namun, dia enggan memikirkan soal mencari pengganti.
“Saya bukan seorang wanita yang mudah memberi cinta kepada sesiapa. Saya gembira dengan hidup sekarang. Fokus kepada anak-anak dan kerjaya. Itulah erti kebahagiaan saya.
“Sejujurnya memang tidak ada lelaki yang mencuba mengurat saya. Mungkin muka saya garang jadi mereka tak berani nak dekat. Malah saya pun cuba mengelak,”ujarnya yang bakal melancarkan album baharu tidak lama lagi.
Kembali mewarnai dunia drama dan filem tempatan menerusi drama Mak Cun dan filem baharu, Gol and Gincu Vol.2, Ziana bagaimanapun tidak mahu terlalu tamak dalam menerima semua tawaran yang mendatang.
Dia lebih memberi fokus kepada tugas sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18; Muhammad Ammar, 14; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
“Saya hendak rileks dahulu. Tak mahu terima semua tawaran. Ada tawaran berlakon drama bersiri, tapi kalau saya terima, siapa nak uruskan anak-anak? Saya sendiri uruskan mereka.
“Tapi kalau tawaran bagus, skrip bagus dan jalan cerita juga menarik, saya terima sahaja. Saya buat semua ini demi kelangsungan hidup anak-anak.