Nak membahagiakan isteri bukannya susah mana pun. Walaupun dengan hanya menghubungi isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar pun sudah cukup menggembirakan hati wanita istimewa ini.
Percayalah, walaupun ia nampak remeh tapi pada isteri ia cukup besar dan bermakna. Sebenarnya isteri bukanlah mahu diberi perhatian setiap masa, cuma ada waktunya mereka perlukan kehadiran suami untuk meluahkan apa yang tersimpan di dada untuk melepaskan segala kelelahan mereka.
Kadang kala cukup dengan menghantar mesej ‘Hi Sayang’, sudah cukup menyegarkan kembali hari-hari mereka.
Ada banyak lagi yang anda boleh lakukan untuk membuat isteri tersenyum lebar. Tak percaya? Cuba katakan ini dan lihatlah bagaimana gembiranya mereka nanti.
1. “Sayang..Jom pergi bercuti tapi kita berdua saja”
2. “Pergilah berjalan-jalan dengan kawan-kawan awak. Saya akan uruskan anak dan rumah.”
Kesibukan dengan urusan kerja membataskan isteri untuk bertemu atau bersama kawan-kawan termasuklah teman rapatnya. Jadi, sesekali berikan isteri anda peluang untuk melepaskan rindu berjumpa teman-temannya. Tiga bulan sekali pun dah mencukupi.
3. “Hari ini abang tolong sayang buat kerja rumah!”
Ungkapan ini biarpun jarang diluahkan suami tapi sangat dinantikan oleh sang isteri. Tidak perlu melakukan semua kerja, memadai dengan mencuci pinggan atau menyidai pakaian. Itu sudah cukup menggembirakan isteri.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
4 “Hebatlah isteri abang ni!”
Setiap isteri tahu diri mereka hebat, ‘superwoman’ dan sebagainya. Tetapi isteri juga mendambakan kata-kata ini daripada lelaki yang mereka cinta. Pujian sebegini sebenarnya membuatkan sang isteri ‘terbang tinggi’.
5. “Nampak stres jer, kenapa?
Sebaik bertanya soalan ini biasanya isteri akan terus bercerita isi hatinya. Sebagai suami anda hanya perlu mendengar sebagai tanda prihatin. Luahan cerita ini sebenarnya sudah cukup mengurangkan tekanan atau masalah isteri.
EXTRA!
Pimpin tangan isteri
Walaupun hanya dari bilik ke ruang tamu. Perkara ini sangat memberi makna buat isteri. Mereka akan rasa sentiasa dilindungi dan dihargai selain perasaan selamat kerana dalam genggaman suami.
Semoga tip ini dapat mengharmonikan rumah tangga anda dan menjadi aspirasi buat semua. Ingat! Jangan meremehkan ia walaupun usia perkahwinan sudahpun menjangkau 5 tahun. – KELUARGA
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club