Setiap pasangan yang berkahwin tentunya impikan sebuah hubungan yang bahagia untuk menjalani kehidupan bergelar suami isteri. Lantaran itu perlu ada panduan untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal sehingga hayat.

5 Trik Bahagia Yang Suami Isteri Kena Tahu. Mudah Untuk Dipraktis!

1. Kepercayaan

Pernikahan yang berhasil biasanya dibangun atas dasar kepercayaan. Tanpa kepercayaan, pernikahan akan hancur baik cepat atau lambat. Tentu saja anda tidak harus percaya setinggi-tingginya dengan pasangan anda (kerana pasnagan anda boleh membohongi anda juga), tapi perlu juga selalu waspada dengan segala godaan yang mungkin datang pada pasangan, jangan terlalu percaya pada firasat, kerana kadang jadi prasangka buruk. Menuduh pasangan anda hanya berdasakan firasat dan bukan berdasar fakta dan bukti yang jelas bererti anda telah menghancurkan sebagian besar kepercayaan yang ada antara anda dan pasangan.

2. Kemampuan untuk bertolak ansur

Ads

Jika anda adalah seorang yang tidak suka mengatakan maaf pada pasangan, maka banyak hal  boleh menjadi sukar. Belajarlah untuk meminta maaf, bahkan jika itu bukan kesalahan anda, kadang-kadang anda harus terbuka untuk mengatakan maaf. Hal ini penting, kerana jika kedua pasangan keras kepala dan menolak untuk mengakui kesalahan mereka, maka anda akan sukar membuat hubungan yang harmonis. Jangan biarkan ego anda menghalangi untuk mengakui kesalahan. Pasangan anda akan menghargai kemurahan hati anda.

3. Komunikasi

Hal ini sangat jelas, tetapi kebanyakan pasangan berakhir dalam situasi di mana mereka sukar berkomunikasi. Masalah rumah tangga terjadi, seringkali pasangan suami isteri menunjukkan sikap kecurigaan dan akhirnya mengundang perceraian. Oleh kerana itu, sangat penting untuk menjaga komunikasi. Komunikasi adalah bahagian yang sangat penting dalam rumah tangga, jangan sampai diabaikan kerana tanpa komunikasi masalah hanya akan bertambah berlarut-larut, jika bertengkar dengan pasangan, selesaikanlah waktu itu juga.

Ads

4. Jangan abaikan keintiman di atas ranjang

Mungkin wajar untuk pasangan jika kehilangan hasrat seksual setelah pernikahan berlalu selama bertahun-tahun. Hal ini dapat menyebabkan pasangan mencari tempat lain untuk memenuhi keperluan hubungan intim mereka. Jadi, jagalah hasrat keintiman anda dalam perkahwinan. Jadilah pasangan yang sentiasa ingin mencuba situasi yang berbeza untuk memastikan hubungan intim sentiasa segar.

Ads

5. Tangani masalah dengan cepat

Anda pasti pernah mendengar pepatah, “sedikit demi sedikit lama-lama akan menjadi bukit.” Itu tidak salah, jika masalah dalam pernikahan mulai muncul, jangan ditunda berlarut-larut untuk diselesaikan, kerana masalah yang kecil boleh jadi masalah yang besar jika kita tidak segera untuk menanganinya. Jadi, segeralah untuk menyelesaikan permasalahan kecil yang muncul dalam rumahtangga anda.

Moga menjadi pasangan terbaik buat yang tersayang!

Sumber: www.fanind.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI