Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mahukan zuriat sendiri, tetapi itu semua atas rezeki masing-masing. Ada yang baru kahwin terus dikurniakan dengan rezeki anak dengan cepat, malah ada juga yang menunggu bertahun-tahun baru ada rezeki anak.
Bagi yang belum dikurniakan rezeki anak, mungkin belum tiba masanya, jangan mengalah untuk berusaha dan mencari sumber kebahagiaan lain sementara menanti cahaya mata sendiri.
Sama seperti pasangan suami isteri ini, meskipun sudah hampir 5 tahun lalu mendirikan rumah tangga, mereka masih lagi belum dikurniakan rezeki seperti pasangan lain. Namun, daripada menyalahkan takdir, mereka berdua memperoleh satu nikmat yang cukup istimewa merasa kasih sayang anak walaupun hanya anak asuhan.
Kisah ini dikongsikan oleh tuan empunya badan bermula dengan cadangan suami untuk isterinya, Myza mengasuh anak pegawai. Siapa sangka, sang suami menjaga dan menyayangi anak-anak asuhan bagai menatang minyak yang penuh.
Myza melihat suaminya cukup gembira walaupun cuma menumpang kasih sayang zuriat orang lain. Di hujung perkongsian tersebut, dia tetap berdoa agar ada rezeki anak berpihak pada keluarga mereka juga suatu hari nanti.
Meneliti di ruangan komen, ramai yang mendoakan baik-baik buat pasangan ini supaya peroleh cahaya mata sendiri dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama seperti mereka.
Setiap wanita yang mengandung tidak sama alahannya. Ada yang biasa-biasa sahaja dan boleh menjalani kehidupan tanpa sebarang masalah. ada yang alahan teruk sehingga terpaksa ditahan di wad.
Namun bagi wanita ini berbeza. Dia berkongsi perubahan yang berlaku pada dirinya ketika mengandungkan anaknya yang ketiga.
Menurut Nor Sahira II dia mengalami perubahan yang teruk sewaktu usia kandungannya tiga bulan yang mana kulit wajahnya menjadi sembap, bengkak dengan berkedut hitam.
Perubahan tersebut lama-kelamaan kembali pulih usai dia melahirkan anaknya. Ikuti kisah ibu ini yang dimuat naik di dalam facebooknya.
Maaf terlalu banyak yg pm tentang gambar yg sy up dekat story. Saya jawab dekat sini yer. Tk larat nak balas 1.1
Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak ke3 .
Muka saya siket² naik bengkak + sembap + berkedut + hitam . Awak semua terkejut . Saya berlipat kali ganda terkejut . Tak pernah pembawakkan budak seteruk nie .
Masa mengandung , hari² stress , nak berdepan dengan org ramai. Sy cuma mampu senyum , tapi dalam hati , hancur lebur.
Tapi lepas bersalin , siket demi siket semUaNya hilang. Bengkak mula surut , hidung beso mula elok, kulit makin cerah . Jangan tnya pakai produk ape.
Sy tkpakai pape . Yer ramai kata , terlalu berbeza. Mcm org tua , macam nenek , sy tkblh menidakkan. Sbb mmg itu yg jadi dekat sy .
Alhamdulilah. Syukur kehadrat ilahi. SegalaNya dah back to normal. Terima kasih pada suami Pendekar Laut yg sentiasa puji sy cantik, wlupn sy tahu sebalikNya. Dia nak sedapkan hati isteri dia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Minggu PSRA Ibu Bapa Mula Sebak, Selawat Dan Doa Ini Bantu Anak Jawab Soalan Dengan Tenang
Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2022 bermula hari ini sehingga jumaat (17 hingga 21 Oktober 2022) di Negeri Selangor. PSRA adalah penilaian Tahun 6 di sekolah yang di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Rata-rata wargamaya berkongsi luahan hati dan mendoakan semoga anak-anak dapat menjawab soalan dengan tenang. Bahkan ada yang berkongsi anak gelisah tidak dapat tidur, kata-kata semangat dan doa buat anak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Justeru, ibu ayah berdoalah dan mintalah hajat kepada Allah SWT supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan-soalan peperiksaaan dengan tenang dan mendapat keputusan terbaik.
Buat ibu bapa, amalkan bacaaan doa dan selawat ini selama 5 hari ketika anak menghadapi peperiksaan PSRA sepanjang minggu ini.
Selain itu, boleh jadikan amalan setiap kali anak menghadapi ujian bulanan atau peperiksaan di sekolah mahupun universiti.
AMALKAN DOA DAN SELAMAT SELAMAT 5 HARI KETIKA ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
AMALAN 1
Allahumma 1x Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x Bicara hati Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x Ya zohir 40x Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Allahumma 1x Ya Fatah 40x Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x Ya Baari’. 40x Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi. Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah. Aku tiada daya 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam. Zikirlah. Bayangkan anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak-anak ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe. Ibu ayah kena istighfar sepanjang peperiksaan ini juga ya.
AMALAN 2
1. Surah Al-Fatihah – 7 kali
Surah Al Fatihah sememangnya terbukti mempunyai hikmah kelebihan, fadilat dan khasiat yang tersendiri dan sering diamalkan oleh mereka yang mendalaminya. Ia juga sering dibaca di dalam solat dan doa malah sering dibacakan setiap hari dalam kehidupan seharian ramai orang selain dijadikan penawar dan penyembuh berbagai jenis penyakit.
2. Subhanallah – 44 kali
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
3. Alhamdulillah – 44 kali Seseorang hamba yang bersyukur kepada Allah maka Allah telah berjanji akan menambah rezekinya. Bersyukur disini juga boleh dilakukan dengan mengucapkan Alhamdulillah.
4. Allahuakbar – 44 kali Firman Allah dalam surah surah al-Ra`d, ayat 28 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
5. Ya Hayyu Ya Qayyum – 21 kali Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
Semoga amalan kita diterima Allah dan anak-anak berjaya dalam pelajaran.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat – “Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu.” Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.
Lebih 10 Tahun Menantikan Zuriat – “Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu”
Kesabaran dan kecekalan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun ke-20 usia perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan melalui rawatan In Vitro Fertilization (IVF) di sebuah klinik kesuburan swasta.
Perkongsian menggembirakan ini dimuat naik menerusi satu video pendek di akaun TikTok milik Pakar Fertiliti dan Ginekologi, Dr Salleha Khalid. Norasniah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana impian yang dinantikan sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Syawal kali ini amat istimewa buat mereka kerana dapat menyambut hari lebaran bersama permata hati yang dinanti bertahun lamanya.
“Syukur Alhamdulillah, tahun 2024 saya dan suami menjalani rawatan IVF. Ini merupakan tahun ke-19 kami berusaha mendapatkan zuriat. Dan akhirnya, pada 16 Januari 2025, lahirlah puteri kami yang sangat dinanti-nantikan, Sharifah Amanda Raudhah,” katanya dalam nada sebak.
Norasniah turut berkongsi bahawa dia sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini. Namun, dia ingin menyampaikan pesan kepada pasangan lain yang sedang berjuang untuk mendapatkan anak agar tidak berputus asa.
Katanya, rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah dan akan datang pada waktu yang paling sesuai. Walaupun perjalanan mereka memakan masa dua dekad, dia percaya inilah detik paling tepat untuk menerima anugerah ini.
Pada usia 43 tahun, Norasniah masih merasa seolah-olah bermimpi dengan kehadiran si kecil yang kini berada dalam pelukannya. Hanya mereka yang melalui pengalaman yang sama mampu memahami perasaan tersebut. Dia juga menzahirkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang sentiasa setia menemani sepanjang tempoh mencabar itu.
Nenek tular baca Yasin ketika SPM 2024, cucu dapat 4A+, 5A. Tentu ramai yang masih mengingati kisah menyentuh hati seorang nenek yang setia membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024.