Pelakon dan hos yang satu ini sememangnya cukup terkenal bukan sahaja sebagai selebriti malah seorang suami serta ayah yang bertanggung jawab. Biarpun sebelum ini pernah mengakui bukan jenis romantik, namun perasaan kasih dan sayangnya terhadap isteri sering diluahkan baik melalui perbuatan mahupun ucapan.

aSisi suami dan ayah peyayang ini dizahirkan baik melalui perbuatan mahupun ucapannya. Sememangnya lelaki bernama Alif Satar ini seorang yang family man orangnya.

Akui empunya diri yang merupakan penyanyi dan pelakon ini, dia tidak pandai nak taip ucapan yang manis, namun ucapan ringkas buat isterinya jelas menunjukkan Alif Satar sememangnya suami yang romantik.

Terbaru, Alif Satar telah memuat naik sekeping gambar throwback bersama isterinya. Melalui akaun Istagram milikya, Alif Satar memuat naik gambar mereka mengenakan pakaian pengantin dan berada di dalam sebuah kereta. Rupa-rupanya, hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima!

“5 Tahun Dulu, Pandu Sendiri Kereta Ke Dewan Nikah.” Alif Satar Throwback Gambar Nikah Sempena Ulang Tahun Ke-5

Ads

“5 years ago.. Drove myself to the dewan nikah alone, but drove back with my wife by my side! Alhamdulillah.. we turned 5.” Tulisnya

“5 Tahun Dulu, Pandu Sendiri Kereta Ke Dewan Nikah.” Alif Satar Throwback Gambar Nikah Sempena Ulang Tahun Ke-5

Ads

Sementara itu, isteri Alif Satar iaitu Shadila Halid turut berkongsi momen yang sama. Menurutnya, kunjungan mereka kali ini lebih bermakna  kerana disertai oleh anak-anak,  Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Ads

Usia perkahwinan pasangan ini sudah memasuki tahun ke 5. Lebih istimewanya mereka kini sedang menantikan kelahiran anak ketiga tidak lama lagi.

Dikatakan, anak-anak mereka sangat teruja memantikan kelahiran adik baru mereka dan menggelarnya dengan panggilan “baby brother”.

 

Sumber: ig Sumber: Alif SatarShadila Halid.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI