Umumnya kita sangat prihatin untuk memberi ubat cacing pada anak-anak kita semasa mereka kecil untuk menjaga kesihatan mereka. Paling tidak dalam setahun, sekali kita akan berikan anak makan ubat cacing. Kalau anak tidak mahu makan, sampai kita sangguplah paksa mereka makan, ini semua demi kesihatan mereka.
Namun tahukah anda, makan ubat cacing bukan sahaja untuk anak-anak malah kita orang dewasa juga perlu mengambil ubat cacing!
Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada umum, pemilik akaun TikTok@faetahz atau mesra disapa Tah, berkongsi pengalaman lima tahun yang lalu yang menyebabkan dia hampir buta gara-gara cacing.
Mata Gatal & Kabur
“Cerintanya begini, masa hujung 2015 tu aku pergi satu camp di tepi pantai. Jadi di sana aku banyak main pasir sebab kena buat LDK (latihan dalam kumpulan), buat sandcastle dan banyaklah main pasir.
“Beberapa hari selepas balik, aku rasa gatal-gatal mata. Ingatkan biasa-biasa sampai lah satu malam tu ketika sedang tengok tv terasa sangat gatal dan ketika gosok-gosok mata nampak ada semacam bebenang. Ingatkan tahi mata, biarkan jugalah.
“Bangun tidur esoknya tu pandangan aku kabur yang teramat sangat, tapi sebelah mata sahaja. Bagi tahu umi masalah mata aku ni dan kami pun pergi ke klinik pakar mata, tapi sebab klinik tu tak cukup kelengkapan, aku diberi ubat sahaja. Beberapa hari titik ubat tu, gatal memang hilang tapi mata masih kabur,” cerita Tah panjang lebar.
Pergi Kedai Cermin Mata
Tidak puas hati kenapa mata tetap kabur dan disangkakan ada kaitan dengan ‘power’ cermin mata, maka Tah dan umminya pergi ke kedai cermin mata untuk dapatkan kepastian.
Ads
“Mata aku kabur dan ummi ingatkan mungkin power cermin mata naik, jadi ummi sarankan kami pergi ke pusat optometri untuk memeriksa tahap kerabunan mata.
“Bila buat pemeriksaan, orang kat kedai cermin mata tu letak power paling tinggi pun pandangan aku masih kabur, sampai dia cakap mustahil naik power cepat sangat dan disarankan pergi ke klinik,”jelasnya lagi.
Semakin Serius
Mencari apa punca mata menjadi rabun, Tah terus mendapatkan rawatan di klinik pakar mata yang lain pula dan siapa sangka masalah matanya itu perlu dirujuk ke hospital besar.
Pelbagai ujian dilakukan untuk mengetahui punca penyakit yang dialami. Bukan sehari dua perlu buat temujanji dengn doktor pakar namun masih tidak dapat menemui jawapan pada masalah mata yang dialami. Sehinggalah suatu hari kesnya itu dirujuk kepada doktor pakar dari Hospital Selayang.
“Bila jumpa pakar, perkataan mula-mula keluar daripada mulut dia, “worm“ dan terus tanya bila last aku makan ubat cacing. Aku kata last aku makan ubat cacing masa kecik.
“Pastu dia (pakar) cakap, ubat cacing ni kena makan. Tak kisah kita kecil atau besar, setahun dua kali, sebab cacing ini memang akan selalu ada dalam badan kita.
Ads
“Menurut kata pakar, Tah bernasib baik sebab cacing tersebut tak kena mata hitam, kalau tak ia akan kekal dan boleh menyebabkan buta.
“Siapa sangka hanya kerana tak makan ubat cacing, akhirnya aku kena ambil ubat tersebut selama empat bulan supaya cacing dalam badannya betul-betul mati,”ceritanya panjang lebar dan menyarankan agar orang ramai ada kesedaran untuk ambil ubat cacing sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Jangan lupa makan ubat cacing. Suggested twice a year. Aku prnah hampir buta gara2 cacing ni. Yg tahu kisah mata aku masa f5 tahu la. Doctor kata “Awak nasib baik dia tak pegi dekat mata hitam, sipi ja lagi nak kena mata hitam awk, klu kena yg tu, kesan dia kekal” https://t.co/iEmv6SG6BO
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Cara terbaik simpan daging korban dalam masa yang lama tapi kekal segar dan kualiti masih terjaga.
Ini tip yang dikongsikan oleh saudara Sazly tulih cara menyimpan dan nyahbeku daging korban dengan cara yang mudah.
Daging korban
PKP Fasa 1 dan 2 masih berjalan. Ibadah korban juga boleh dilaksanakan tetapi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Jom baca sedikit perkongsian saya ini. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha PKP.
Sedikit perkongsian tentang daging korban.
1. Jangan masukkan terus daging bersama plastik yang tidak bersih terus ke peti sejuk.
2. Buang bendasing yang terlekat pada daging seperti daun pisang, pasir atau sepihan kayu.
3. Potong daging kepada bahagian lebih kecil dan dimasukkan ke dalam bekas plastik berpenutup mengikut kegunaan biasa di rumah.
4. Letak di bahagian sejukbeku yang suhunya sama atau kurang dari – 18°C. Ada juga petua yang mengatakan letak di bahagian chiller sebentar, sebelum terus di letak pada bahagian sejukbeku.
5. Asingkan simpanan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus (RTE) seperti ais krim supaya mengelakkan pencemaran silang berlaku.
Gambar hiasan
Satu lagi langkah yang perlu kita tahu sebelum memasak daging adalah proses nyahbeku.
Nyahbeku adalah proses pencairan bahan mentah. Tujuan nyahbeku adalah supaya ais pada bahagian dalam daging turut cair dan apabila proses memasak dijalankan, daging akan masak sekata.
Di sini saya kongsikan kaedah menyahbeku/thawing dengan cara yang betul.
3 kaedah menyahbeku/thawing yang selamat:
1. Chiller
Daging yang ingin dinyahbeku di keluarkan dari ruang sejukbeku dan letakkan di dalam chiller.
Pastikan letak daging berkenaan di dalam bekas dan letak di para paling bawah; ini dapat mengelakkan cairan ais atau darah mencemarkan makanan lain di dalam peti sejuk berkenaan
2. Aliran air
Setelah keluarkan daging dari ruang sejukbeku, daging diletakkan di dalam bekas (mangkuk, pinggan)
Kemudian, alirkan air pada suhu bilik ke atas bahan mentah berkenaan
Pastikan air berkenaan sentiasa mengalir bukan terendam di dalam air yang sama
Tempoh : maksima 2 jam
3.Microwave
Jika guna microwave, tekan setting defrost.
Sejak semalam, kebanyakan negeri hujan tidak berhenti. Adakalanya cuma gerimis dan ketikanya, hujan lebat. Malah tinjauan socmedia mendapati ada sampai yang melibatkan banjir.
Ketika hujan lebat ini sudah pastinya sebanyak pasti akan mengganggu pemanduan. Jalan raya bertambah licin, dan adakalanya air yang melimpah hingga ke jalan. Barangkali mungkin disebabkan faktor sistem perparitan yang tidak sempurna.
Sudah pasti, kita akan memandu dengan berhati-hati ketika hujan. Namun siapa kita untuk menidakkan urusan tuhan. Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah. Tanpa kira masa dan usia, kita tetap akan dijemput-Nya bila dikhendaki.
Khabar duka yanga berlaku kepada sebuah keluarga menghadapi kemalangan jalan raya. Nahas dipercayai berlaku setelah kereta dipandu suami melanggar lopak air sebelum hilang kawalan lalu terbabas.
Menurut laporan Sinar Harian, kemalangan itu mengakibatkan seorang suri rumah maut, suami patah bahu kereta terbabas langgar lopak air. Kemalangan berlaku di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, nahas itu dipercayai berlaku setelah kereta jenis Honda Jazz dipandu suami mangsa, Nasir Mamat, 32, melanggar lopak air sebelum hilang kawalan lalu terbabas.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan kekuatan buat keluarga Allahyarham.
Kongsi tip dan pengalaman
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen mendapati beberapa wargenet berkongsi tip pemanduan ketika memandu hujan lebat. Antaranya pengguna facebook yang merupakan anggota polis. Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah melalui saat cemas itu.
Saya Pernah Alami, Dah Pejam Mata Nak Langgar Divider.
Setiap wanita mesti pernah diberitahu bahawa jika ada ketulan di payudara, ianya mungkin akan menyebabkan kanser payudara. Pun begitu mungkin ada yang tidak tahu, tidak semua ketulan yang ada di payudara tersebut merupakan kanser dan ini dijelaskan oleh Dr Ahmad Samhan.
Difahamkan daripada perkongsian tersebut, rupanya ada 2 jenis ketulan payudara yang bukan kanser.
Terdapat 2 jenis ketulan payudara yang bukan kanser. Ketulan pertama adalah “fibrosista” dan kedua adalah “fibroadenoma”.
“Fibrodenosis” adalah ketulan abnormal yang tidak berbahaya di payudara dan akan menyebabkan payudara rasa berketul dan akan berasa sakit kadangkala.
Ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon semasa pertama kali haid bagi remaja dan wanita yang pra-menopaus. Ketulan ini akan sembuh sendiri dan tidak berisiko untuk menjadi kanser.
“Fibroadenoma” pula adalah ketulan licin pada payudara yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous). Ketulan ini kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak di bawah kulit apabila diperiksa. Ketulan ini selalunya dipanggil sebagai tetikus payudara.
Ketulan fibroadenoma tidak berbahaya (benign) dan jarang bertukar menjadi kanser. Walaupun hanya 1 dalam 10 ketulan payudara adalah kanser, 10 dalam 100 orang wanita adalah berisiko mendapat kanser payudara dalam jangka hayat mereka.
Pun begitu, setiap wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri setelah habis kitaran haid setiap bulan.
5 Langkah Pemeriksaan Payudara Sendiri
Langkah 1: Berdiri depan cermin dengan meluruskan bahu dan tangan di pinggang. Perhatikan saiz, bentuk dan warna payudara dalam keadaan normal
Langkah 2: Angkat tangan keatas dan perhatikan perubahan yang sama.
Langkah 3: Perhatikan sebarang cecair keluar dari salah satu daripada puting (ianya mungkin berbentuk air, cecair berwarna susu, cecair berwarna kuning atau darah)
Langkah 4: Dalam keadaan baring, raba payudara dan celah ketiak untuk cari pembengkakkan dengan gerakan bulat.
Langkah 5: Dalam keadaan berdiri atau duduk rasakan sebarang bengkak dalam gerakan bulat.
Kepada wanita-wanita di luar sana, jangan rasa segan untuk bertanya kepada doktor tentang kesihatan anda! Semoga topik ini dapat memberi manfaat dan dapat meluaskan pemikiran para pembaca yang lain.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.