Pelbagai jenis minuman herba yang diamalkan oleh wanita sejak zaman dahulu, pastinya bukan asing buat kita di zaman moden kini. Walau masa terus beredar, namun warisan petua dan ubatan tradisional ini terus diamalkan. Ini memandangkan manfaat dan khasiatnya begitu terkesan bagi setiap pengamalnya dan ini telah banyak dikongsikan di laman sosial.
Menyedari kebaikan dan khasiat minuman herba yang mana boleh dihasilkan di dapur sendiri, menarik minat untuk dicuba. Dan dalam banyak-banyak minuman herba, kami pilih 5 terbaik untuk diamalkan oleh anda yang bergelar seorang ibu dan isteri.
Diharapkan dengan mengamalkan minmuman herba ini kehidupan dan kesihatan anda bertambah baik dan mantap. Untuk itu, jom ketahui 5 minuman herba tersebut.
AIR ASAM KUNYIT
Bahan:
Kunyit hidup
Asam jawa
Manjakani (optional, jika tak nak letak tak apa)
Gula perang/madu/gula batu (ikot cita rasa)
Cara penyediaan:
Ketuk kunyit (seeloknye pakai lesung,kalau tak hiris pun tak apa) kemudian rebus/reneh dengan manjakani. Kalau letak air 4 gelas, rebus sampai jadi 2 gelas. Letak asam jawa secukup rasa dan gula perang. (Cukup sekadar rasa)
KEBAIKKANNYA :Dapat meningkatkan lagi kesihatan tubuh bukan sahaja untuk penjagaan dalaman wanita malah wajah juga akan lebih berseri-seri.
AIR JINTAN MANIS
Bahan-bahan:
1 sudu makn jintan manis
1cawan air panas
Cara penyediaan:
Masukkan ke dalam caran jintan manis dan air panas. Kemudian tutup cawan tersebut dan dibiarkan selama 30 minit. Setelah suam, barulah diminum. Amalkan setiap pagi dan sebelum tidur.
KEBAIKKANNYA:Amalan yang perlu dilakukan secara konsisten bagi yang ingin turunkan berat badan. Malah minuman herba ini juga adalah rahsia untuk wanita terlihat lebih muda daripada usia sebenar.
AIR REBUSAN SERAI
Bahan-bahan:
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara penyediaan:
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit. Kemudian tutup api, ambil setengah gelas air rebusan dan tambah setengah gelas air biasa. Perahkan satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
KEBAIKKAN : Boleh membantu menurunkan berat badan, mengempiskan perut dan sekali gus badan rasa lebih bertenaga dan ringan.
AIR REBUSAN MANJAKANI
Bahan-bahan:
3 biji manjakani
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
Cara penyediaan:
Rebus semua herba di dalam periuk hingga airnya bertukar warna kuning. Kemudian tambahkan air asam jawa dan gula merah.Biarkan mendidih sekejap dan tutup apinya Setelah itu, biarkan air rebusan menjadi suam dan bolehlah terus diminum.
KEBAIKANNYA: Selain dapat bersihkan rahim, miss v juga bertambah ketat dan tak berbau lepas amalkan minuman herba ini.
AIR REBUSAN HALIA
Bahan-bahan:
Halia
Serai
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Air secukupnya
Madu
Lemon
Cara penyediaan :
Rebus halia, serai, kulit kayu manis dan bunga cengkih dengan air secukupnya. Kemudian biarkan mendidih. Setelah api ditutup biarkan airnya rebusan menjadi suam. Apabila hendak di minum perah sedikit lemon dan masukkan madu.
KEBAIKKANNYA: Apabila mengamalkan petua tradisional ini akan dapat menurunkan berat badan persis anak dara.