Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya indah-indah belaka. Namun perlu cukup ilmu untuk sama-sama melayarinya dengan bahagia. Kunci bahagia adalah keserasian, sabar dan menerima pasangan seadanya.
Setiap kali pergaduhan, janganlah kita cepat melatah. Baik suami atau isteri harus sama-sama mencari kata sepakat untuk memperbaiki dan mencari bahagia.
Pakar motivasi keluarga menyarankan lima perkara ini untuk memperoleh rumah tangga bahagia hingga akhir usia. Jangan lupa lakukan perkara-perkara ini.
Serasi dalam komunikasi
Berkomunikasilah dengan pasangan. Mungkin ia tidak mudah untuk dilakukan. Namun tanpa disedari, banyak masalah besar dalam rumah tangga muncul daripada hal yang paling mudah ini.
Silap pilih waktu untuk berbincang, silap penggunaan bahasa dan kata-kata yang tidak sesuai boleh menyebabkan timbulnya salah faham Kunci utama agar serasi dalam komunikasi tentu sama-sama memahami akan perbezaan antara suami dan isteri.
Ads
Gambar hiasan.
Kepercayaan pada pasangan
Salah satu tip untuk membina kepercayaan terhadap pasangan adalah saling berlaku jujur. Kejujuran terhadap pasangan, maka sikap saling percaya-mempercayai akan wujud dengan mudah.
Namun, ada juga pasangan suami mahupun isteri yang sukar untuk mempercayai pasangannya, bahkan memiliki tahap kecurigaan terlalu tinggi dan sering berprasangka buruk pada pasangannya.
Untuk membina rasa percaya, suami dan iosteri harus bertoleransi dan saling mengingatkan, bersifat terbuka adalah penting.
Ads
Berasa cukup dengan rezeki yang Allah beri
Wang memang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan wang. Ini masalah klasik dalam rumah tangga.Banyak yang berakhir dengan perceraian hanya disebabkan oleh masalah wang.
Justeru, sebagai rahsianya adalah selalu bersyukur, saling menerima dan berasa cukup. Walau apapun keadaan keluarga anda hari ini tetap bersyukur, tetap tersenyum dalam menjalani hari-hari. Hindari mengeluh dan sering melihat mereka yang kurang beruntung daripada kita.
Ads
Usah ukur kebahagiaan dengan berapa banyak harta yang dimiliki. Setiap individu mempunyai rezeki masing-masing. Ada dikurniakan kesenangan dari segi wang ringgit. Ada pula dikurniakan rezeki dalam bentuk zuriat. Jadi kunci katanya, bersyukurlah.
Gambar hiasan.
Belajar bertoleransi
Perkahwinan yang dibina telah menyatukan dua orang berbeza kelamin, latar belakang keluarga, cara berfikir dan memiliki nilai-nilai yang berbeza – nilai-nilai dalam hidup, dalam rumah tangga, dalam mendidik dan mengasuh anak, dalam pendidikan anak dan sebagainya. Jadi, belajar untuk hidup bertoleransi dan berbincang dalam membuat sebarang keputusan dalam rumahtangga.
Cinta pada keluarga
Meskipun sudah menikah maka tetaplah berbakti dan membahagiakan keluarga. Baik keluarga suami mahupun isteri. Insya-Allah keberkatan akan membuat rumah tangga menjadi bahagia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Benarlah, jodoh itu rahsia Allah. Siapa sangka Afiq yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya pada bulan Julai yang lalu bertemu jodoh dengan seorang wanita bernama Dalila Amli yang juga merupakan peminat haiwan berbulu ini.
“Dulu tidak pernah terfikir pun nak cari isteri yang juga seorang pencinta kucing. Masa kali pertama bertemu dengan Dila ketika gathering kucing di Setia City Mall. Masa itu Dila datang dengan kakak ipar dan dia bawa seekor kucing yang diberi nama Baby. Dan saya suka tengok Baby sebab gemuk dan Baby ketika itu berumur setahun.
“Saya cuba rapat dengan Dila sebab saya suka dengan Baby sebenarnya. Boleh dikatakan saya asyik mesej Dila sebab hendak minta Dila kongsikan gambar Baby pada saya. Akhirnya hubungan kami makin mesra, tambah-tambah lagi apabila Dila bertukar tempat kerja di Kuala Lumpur dan kebetulan pula dia berpindah berdekatan dengan kawasan perumahan saya.
“Bermula daripada situlah, kami mula bertukar-tukar kucing. Dila jaga Fluffy dan saya jaga Baby untuk mencari keserasian memandangkan bila kucing-kucing ini didekatkan asyik hendak bergaduh sahaja terutamanya si Baby tu”.
Pasangan ini telah pun bertunang pada 6 Feb 2017 dan berkahwin pada 22 Jun 2018. Ternyata kehadiran si bulus begitu memberi makna dalam kehidupan kedua-duanya. Jika tidak masakan di hari persandingan turut dibawanya Fluffy ke atas pelamin.
“Perkara paling menggembirakan dalam hidup saya apabila dapat bawa Fluffy naik pelamin sekali bersama-sama. Semua tetamu hendak bergambar dengan Fluffy, dan bagusnya Fluffy sepanjang majlis dia relaks sahaja dan tidak meragam”.
Ekstra info tentang Fluffy si kucing pembonceng motosikal
Fluffy sebelum ini menjadi antara kucing yang cukup popular di media sosial. Kisahnya pernah viral beberapa tahun lalu apabila dilihat bersama tuannya menunggang motosikal. Gayanya yang begitu bersahaja dan terlihat comel berada di atas bahu Afiq Shazwan On memang menarik perhatian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di zaman persekolahan adalah zaman yang paling ingin di ulang tayang sekiranya hidup ini ada pilihan sebegitu, sebab zaman persekolahanlah zaman tempat kita mengenal dunia, tempat jatuh lagi dikenang suka duka!
korang mesti biasa kan bawak cermin mini dekat dalam beg? macam min juga rajin melawa dulu-dulu walaupun rupa macam penyapu buruk hahaha
Baru-baru ini tular satu video di tiktok milik Farez Farrer yang merupakan seorang guru. Beliau telah membuat posting di mana kapsyennya bertulis,
“Tak rampas eh saje curious, samalah sy sekolah dulu pun mesti bawa cermin tapi jangan kerap tgk tak elok 😛”
Beliau sempat merakamkan satu video yang anak muridnya cukup jaga pencil boxnya, membuatkan cikgu farez itu tertanya apa isi kandungan dalam pencil box itu, sekali cikgu Farez menggesa anak muridnya untuk tunjukkan isi dalam tu, fuhh sekali cermin motor terus di keluarkan! dasyat adik ni, mungkin dia bawa cermin motor tu sebab ada batang untuk pegang senang kalau apa-apa terjadi keluarkan terus dari poket!
Membuka pada ruangan komen, ramai turut terhibur dengan gelagat adik yang bernama Zirafasha ni, ramai rupanya rakyat Malaysia yang kelakar rupanya! min berminat untuk kongsikan.
kebiasaannya kalau cikgu buat video anak murid mesti ada yang mempertikaikan tentang privacy murid tersebut, kerana ada yang takut mengaibkan murid tersebut dan muridnya terasa insecure. Namnun cikgu Farez telahpun membuat siclaiterlebih dahulu bahawa muridnya okey je malah menjadi orang pertama like video cikgunya. nasib baik sporting!
sumber : tiktok @FarezFerrer
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asuh dan didik anak biarpun sukar kita pasti ingin lakukan yang terbaik agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah bila dewasa nanti.
Pun begitu, sedarkah anda dalam usaha kita mendidik anak-anak menjadi manusia yang mentaati perintah dan meninggalkan setiap larangan Allah, hakikatnya kita juga sedang mendidik diri untuk lakukan perkara yang sama.
Ini memandangkan tingkah laku kita dan segalanya menjadi cerminan buat anak-anak.
Ini sebagai kisah yang ingin dikongsikan oleh Puan Sri Ajilah berkenaan anak lelakinya dan dirinya. Jom semak perkongsian tersebut.
Didik anak-anak, selalu saja menyebabkan hati kita juga terdidik dalam diam.
Semalam, anak sulung saya mengadu. “Umi, kenapa eh, Amir solat tapi tiba-tiba lupa rakaat. Amir jadi tak fokus teringat mainan lah, teringat makanan lah.” Muka dia sedih.
Malu sungguh rasanya. Macam ditampar-tampar.
Anak sekecil ini, pandai risaukan kualiti solatnya. Sedangkan kita, waktu solatlah dapat idea nak buat juadah apa waktu berbuka. Waktu solatlah kita susun aktiviti seharian, kejap lagi nak buat apa, petang nanti nak buat apa. Waktu solatlah kita jumpa barang yang hilang yang puas kita cari merata tempat.
Sedihkan?
Kualiti solat kita setaraf dengan anak kecil yang berlari ke sana ke mari kemudian datang semula ke atas sejadah. Sambung solat macam biasa. Bezanya, fizikal kita masih di tempat yang sama. Fikiran kita pula berlari tak duduk diam.
Kadang-kadang kita persoalkan juga kerja Tuhan. Kenapa hidup kita macam ni, kenapa kita diuji begitu begini, kenapa anak-anak susah nak dengar kata, kenapa suami susah nak membantu, sedangkan kita lupa nak audit solat kita.
Perbaiki solat atau tak ambil kisah pun kualiti solat di takuk yang sama, Tuhan tahu. Khusyuk memang susah nak dapat, tapi kalau kita berusaha untuk khusyuk, Tuhan tahu.
Selalu sangat kita dengar, nak baiki hidup, kena baiki solat! Kuncinya kita dah tahu. Tapi sayang, susahnya kita nak buat. Astagfirullah.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.