5 Petua Magis Orang Dulu-Dulu, Jadi Rahsia Bahagia Rumahtangga Berkekalan Hingga Ke Hujung Usia.

Share
“Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
“Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga”
Kata- kata ini dipetik dari ucapan Dr Zubaidi Hj Ahmad di facebooknya.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nyata hubungan erat suami isteri itu ada magisnya waima hanya pelukan sahaja. Jadi jangan culas dengan kuasa magis ini di samping petua-petua kebahagian rumahtangga lain.
Seterusnya ikuti perkongsian sumber mengenai petua orang lama tentang kebahagian rumah tangga till jannah di laman facebook Hida Hashim di laman facebooknya. Moga menjadi inspirasi bersama.

1- TIDUR SEKATIL
Suami isteri kena tidur sekatil tak kiralah apa juga alasan, walaupun tengah bergaduh dan sedang merajuk. Jangan biasakan diri berpisah tempat tidur dengan pasangan, sorang dalam bilik sorang diruang tamu atau seorang atas katil sorang tidur di lantai. secara logiknya, tidur merupakan keadaan pasangan dapat berhampiran diantara satu sama lain, berpelukan mahupun pegang tangan sebelum tidur pun, sudah mampu cetus rasa bahagia dalam diri sekaligus mengeratkan hubungan.

2-GADUH JANGAN LEBIH 3 HARI
Macam dalam lagu Allahyarham P. Ramlee tu “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Selisih faham, bergaduh dan merajuk adat dalam rumahtangga. Tapi perlu ingat bagi suami isteri sebaiknya, selesai urusan ‘pergaduhan’ ini secepatnya, elakkan ia berpanjangan dan tidak lebih daripada 3 hari. Perselisihan yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai konflik lain yang timbul. Berfikiran bukan-bukan dan syak wasangka pada pasangan.

3.PELUK CIUM PASANGAN SEBELUM BERPISAH
Ini antara salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga. Magis kuasa pelukan dan ciuman pada pasangan mampu merembeskan hormon oxytocin yang memberikan rasa tenang dan bahagia malah meningkatkan kepercayaan dalam diri.
Jadikan amalan, sebelum berpisah baik ke tempat kerja atau kemana-mana, biasakan salam, peluk dan cium pasangan dahulu. Percaya lah ia mampu ‘mengikat hati’ pasangan walaupun dimana dia berada. Tanpa perlu rasa ragu.

4- TEMANKAN SUAMI MAKAN
Temankan suami makan adalah suatu perkara yang simple tapi beri makna yang besar buat pasangan.Jaga perut suami bukan sekadar memasak dan sediakan makanan untuk suami malah turut temankannya ketika makan. Jika perasan nenek mahupun mak kita dulu, walaupun tak nak makan tetap temankan suami makan, cedukkan nasi, lauk mahupun sekadar teman berborak ketika makan.Ia mampu mencetuskan rasa prihatin dan ambil berat seorang isteri pada suami.

5- LAKUKAN AMAL IBADAT BERSAMA SAMA
Si suami perlu luangkan masa mengimamkan solat fardhu di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib atau Subuh secara berjemaah. Ini akan menambahkan keredhaan Allah di dalam kehidupan. Apabila kesemua perkara ini dilakukan, insya-Allah kehidupan kedua-dua suami isteri akan bahagian dan diredhai oleh Allah.

SEMOGA MEMBER MANFAAT KEPADA KITA BERSAMA