Ini Yang Ibu-Ibu Kena Buat Sebelum Raya Jika Mahu Bebas Jerawat. Cuba 5 Petua Cantik Ini Guna Bahan Di Dapur Sahaja!

Share

Bukan hanya penampilan diri kena jaga, wajah yang bebas jerawat pasti membuatkan anda tampil cantik dan jelita di pagi raya. Dalam hal ini, ibu-ibu kenalah rajin melakukan rawatan wajah. Tidak semetinya ke spa untuk merawat, sebaliknya hanya guna bahan yang ada di dapur anda sahaja.

Penggunaan bahan-bahan sedia ada terutama daripada dapur rumah anda adalah cara terbaik mencantikkan kulit wajah. Bukan hanya cerah, bersih dan bebas jerawat bahkan kulit wajah tampil licin dan gebu. Nak nak lagi, menjelang raya ni kan.

Bagi ibu-ibu yang ada masalah jerawat, apa kata cuba petua mudah ini dan lihatlah hasilnya nanti.

Beras Dan Yogut

Beras dan yogut pastinya sentiasa ada dalam dapur kita bukan? Dua bahan ini antara bahan yang pantas dalam mencerahkan kulit wajah. Caranya mudah sahaja. Selepas beras di basuh bersih, kisarkan bersama yogut asli hingga sebati. Kemudian sapukan ke wajah membentuk masker selama 30 minit. Biarkan hingga kering. Apabila kering, sentallah kulit dengan lembut seperti scrub muka. Selain menanggalkan sel kulit mati, masker ini juga dapat melembutkan kulit wajah. Jadi kena cuba setiap malam sebelum menjelang raya. Mesti!

Skrub Kunyit

Yang ini pula menggunakan kunyit sebagai asas utama dalam mencantikkan wajah. Skrub kunyit boleh diaplikasikan di wajah untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih cerah dan mulus. Ambil kunyit hidup bersama garam serta sedikit beras dan kisarkan hingga lumat. Kemudian sapukan ke seluruh wajah seperti memakai masker. Sama seperti skrub yogut, biarkan kering seketika dan gosok lembut kulit wajah. Bukan hanya cerah malah bintik-bintik hitam dan jeragat juga boleh ditanggalkan.

Soda bikarbonat Rawat Wajah Berjerawat

Jerawat menjelang hari raya pasti buat mood menjunam ke bawah. Lagi-lagi kalau nak berhari raya di rumah mertua juga bersama insan tersayang. Jerawat yang kekal di wajah buat rasa tak selesa bersalaman dengan tetamu yang berkunjung. Usah cemas, cuba petua ini. Ambil dua sudu makan soda bikarbonat dan bancuh dengan sedikit air hingga sebati. Sapukan pada jerawat dan biarkan mengering. Apabila kering barulah di bilas seperti biasa.

Air Campuran Timun

Cubalah minum air yang dicampur dengan timun. Kisar sendiri timun bersama air secukupnya dan minumlah setiap hari. Selain tubuh rasa lebih segar, amalan minum air ini juga banyak khasitnya untuk tubuh.

Air Detoks

Setiap malam pastikan anda menyediakan sebekas air detoks yang mengandungi lemon dan buah-buahan sitrus lain. Buang toksid dalam badam ketika tempoh ini dan lihatlah hasilnya. Anda cantik luar dan dalam.