“5 Perkara Yang Pasangan Wajib Buat Sementara Belum Kehilangan.” Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Patut Buat Sebelum Pasangan Dipanggil Sang Pencipta.

Share

Apabila bergelar pasangan suami isteri, tentu ingin sehidup semati hingga akhir hayat. Namun jodoh maut, rezeki semua ditangan yang Maha Pencipta. Kita hanya mampu merancang.

Kala hidup bersama kenalah hargai pasangan, jika sudah tiada guna penyesalan. Begitulah yang dikongsi oleh saudara Khairul Abdullah yang juga melalui situasi kehilangan isteri tersayang yang kini membesarkan tiga orang anaknya seorang diri.

Beliau berkongsi coretan menghargai pasangan sementara masih ada. Ikuti perkongsian beliau.

Tadi waktu LIVE, aku share 5 perkara yang pasangan wajib buat sementara belum kehilangan. Nanti pasangan dah takde korang menyesal pulak. So buat 5 benda ni:

  1. Saling menghargai dan meluahkan.

Nanti bila pasangan kau dah takde kau akan rindu nak cakap i love you atau saya sayang awak, saya rindu awak dan sebagainya. Waktu tu kau menyesal macam aku. Dah tak guna okeh. So sementara masih ada ni kau cakaplah setiap hari. Selalu juga cakap terima kasih, suami bawak balik barang dapur cakap terima kasih, isteri masak sedap cakap terima kasih, isteri gosok baju cakap terima kasih.

Luahlah selalu. Jangan harap pasangan masing-masing faham. Saling appreciate each other. Jangan merendahkan kerja suami dan jangan sesekali merendahkan kerja isteri kalau dia hanya duduk di rumah.

  1. Belajar skill masing-masing

Isteri, belajar cara jumpstart kereta kalau bateri kong. Belajar dari suami cara isi angin tayar, ikut gi bengkel sesekali dan tengok orang repair dan belajar serba sedikit. Belajar juga macamana nak repair benda-benda simple kat rumah.

Suami belajar cara masak nasi, macamana nak siang dan goreng ikan, macaman nak spaghetti yang anak-anak suka tu. Tak perlu banyak dua tiga masakan dah cukup. Belajar juga cara asingkan dan basuh baju, nak guna setting yang mana dan sebagainya. Macam-macam lagi chores yang kena sama-sama belajar dan ambil tahu.

Macam remeh jer, tapi ini survival skill. It will help a lot.

  1. Kongsi semua data pasangan dan keluarga.

Buka file dan simpan maklumat pasal pasangan. Letak dalam tu segala username dan password email, FB, IG apa shaja akaun yang ada. Detail akaun bank, akaun kwsp, tabung haji, segala harta, segala hutang piutang dan sebagainya.

List semua details bayaran bulanan, hutang bank, bayaran takaful dan apa sahaja tanggungan. Nombor pin kad bank tu pun tulis di situ, sangat penting okeh. Lagi satu password handphone pun share jugak, sangat penting. Takut apa, kongsilah semua details.

Buka juga fail untuk anak-anak. Masukkan segala details pasal anak, buku biru dan pink simpan dalam tu, segala jadual imunisasi dia. Pasal sekolah dia, pasal rekod perubatan, ubat dia pernah ambil dan segalanya.

Apa-apa jadi senang nak rujuk. Macam kes aku, semua smooth sebab semua rekod disimpan dengan lengkap.

  1. Sediakan Takaful Hibah.

Sediakan wang untuk isteri dan anak-anak. Kalau kita mati, isteri dan anak ada duit untuk teruskan hidup dan mulakan hidup baru. 2 tahun pertama sangat sukar untuk orang yang kehilangan pasangan ni. Kalau takde duit nak survive maka ia akan jadi bertambah sukar.

Cari kawan-kawan ejen takaful dan tanyalah plan hibah yang murah. RM20++ sebulan pun dah boleh dapat RM100K. Cukup untuk pasangan teruskan hidup sementara dia dapat income lain.

  1. Sediakan Wasiat.

Kita selalu tak ambik port pasal ni. Sebab tu banyak gila harta orang islam terbeku di Amanah Raya. Tak boleh nak dikeluarkan sebab tak cukup segala dokumen, tiada perwarisan dan sebagainya. Dekat MAIS dengan serendah RM300 dah boleh buat wasiat. Kat As-Salihin Trustee dalam RM1400 macam tu.

Buatlah. Buatlah semua yang aku ceritakan tu.

Benda ni nampak remeh. Alahhh tak perlulah semua tu. Selagi kau tak rasa maka kau tak tahu betapa pentingnya semua benda yang aku senaraikan di atas. Aku dah lalui semua dan aku share supaya semuanya mudah untuk korang nanti.

Semoga semua pasangan panjang umur dan tua bersama. Namun sesungguhnya, salah seorang akan pergi dulu meninggalkan.

Cuma tak tahu bila. Yang masih diberi kesempatan, buatlah.

Sumber: Khairul Abdullah

TrendingKanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA

Tanam kobis di rumahKobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti bacaPatutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA