Sebagai ibu bapa, semestinya anda tercari-cari apakah kaedah mendidik anak lelaki yang terbaik dengan kesan yang memberangsangkan.
Ini 5 perkara yang ibu ayah kena tahu untuk membesarkan anak lelaki untuk lebih berjaya. Ikurti perkongsian Doktor Kanak-Kanak ini, Redza Zainol untuk ikhtibar bersama.
Ruginya kalau kita anggap anak lelaki usia 9-15 tahun dah tak perlukan perhatian kita.
1) Pada usia inilah mereka mencapai akil baligh.
Walaupun mereka pergi ke sekolah setiap hari, tapi ilmu tentang akil baligh ini belum cukup untuk mereka menempuhi zaman remaja.
2) Mak ayah wajib bantu anak dengan terangkan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan:
– Suara semakin garau
– Lagi banyak berpeluh
– Semakin tinggi
– Badan makin sasa
– Bulu tumbuh di muka, ketiak dan kawasan kemaluan
3) Jika kita terangkan perubahan ni lebih awal, anak akan rasa lega sebab perubahan ni berlaku pada semua kawan lelakinya juga.
4) Yang paling penting, anak sedar yang semua perubahan ini adalah cara Allah memberitahu yang mereka sudah mencapai akil baligh.
5) Kawan-kawan, pada waktu ni juga hidup mereka mengalami transformasi yang besar.
✔️ Setiap dosa mereka mula dicatatkan.
Besar sungguh tanggungjawab seorang ayah sebab dia lah orang paling utama dalam mendidik anak.
Sumber: Redza Zainol