Kesibukan menguruskan keluarga di rumah di samping bebanan tugasan di pejabat, terkadang boleh membuatkan penjagaan kulit wajah kurang sempurna dan dilakukan ala kadar sahaja.
Akhirnya, kulit wajah mudah dihambat masalah! Bila ini yang terjadi, maka kita akan tertanya apakah untuk mencari punca sebenarnya. oleh itu ketahui punca penyebab kepada masalah kulit wajah ini bagi seorang wanita.
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit dan akan mengakibatkan kerengsaan, maka terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’
sekerap yang mungkin.
Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.
Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.