Nak membahagiakan isteri bukannya susah mana pun. Sekadar menelefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar pun sudah cukup menggembirakan hati wanita.

Mungkin suami merasakan ia remeh tapi pada isteri ia cukup besar dan bermakna.  Kalau suami nak tahu selain menghubungi isteri, ada lagi beberapa perkara remeh yang sebenarnya mampu buat sang isteri tersenyum bahagia. Tak percaya? Cuba katakan perkara ini pada isteri pasti dia tersenyum lebar.

1.  “Jom pergi bercuti tapi kita berdua saja”

Percayalah isteri akan terus bersetuju dengan cadangan ini. Sebabnya ramai isteri yang rindukan waktu hanya berdua bersama suami yang dianggap sangat romantik. Bercuti berdua ini juga sebenarnya masa untuk isteri berehat daripada bebanan kerja rumah. Isteri mana tak suka!

2.    “Pergilah berjalan-jalan dengan kawan-kawan awak. Saya akan uruskan anak dan rumah.”

IKLAN

Kesibukan dengan urusan kerja membataskan isteri untuk bertemu atau bersama kawan-kawan termasuklah teman rapatnya. Jadi, sesekali berikan isteri anda peluang untuk  melepaskan rindu berjumpa teman-temannya. Tiga bulan sekali pun dah mencukupi.

3.    “Hari ini abang tolong sayang buat kerja rumah!”

IKLAN

Ungkapan ini biarpun jarang diluahkan suami tapi sangat dinantikan oleh sang isteri. Tidak perlu melakukan semua kerja, memadai dengan mencuci pinggan atau menyidai pakaian. Itu sudah cukup menggembirakan isteri.

4    “Hebatlah isteri abang ni!”

IKLAN

Setiap isteri tahu diri mereka  hebat, ‘superwoman’ dan sebagainya.  Tetapi isteri juga mendambakan kata-kata ini daripada  lelaki yang mereka cinta. Pujian sebegini sebenarnya membuatkan sang isteri ‘terbang tinggi’.

5. “Nampak stres jer, kenapa?

Sebaik bertanya soalan ini biasanya isteri akan terus bercerita isi hatinya. Sebagai suami anda hanya perlu mendengar sebagai tanda prihatin. Luahan cerita ini sebenarnya sudah cukup mengurangkan tekanan atau masalah isteri.

Sumber: TheAsianParentMalaysia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI