Dalam usaha mendidik anak ibu bapa sepatutnya mempunyai amalan asuhan yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan.
Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak inilah yang boleh menjadikan anak-anak genius dalam bidang tertentu. Namun adakah ibu bapa tahu bagaimana melatih anak itu berfikir seterunya menjadikan anak seorang itu genius.
Ikuti nasihat daripada DR ROZIETA SHAARY, Pakar keluarga dan kasih sayang atau dikenali sebagai ibu rose untuk membantu ibu bapa mengetahui amalan-amalan untuk mendidik anak menjadi seorang genius.
Ads
1.Didik anak nilai simpati
Apabila ibu bapa mendidik anak untuk menjadi seorang yang mempunyai sikap simpati dalam diri, ini bermakna telah merangsang daya pemikiran EQ atau kecerdasan emosional dalam diDidikri anaknya. Ia adalah asas untuk kekuatan intelektual. Apabila anak dibentuk menggunakan pendekatan ini, ia akan menyebabkan anak itu berfikir untuk melakukan sesuatu atas sebab yang lebih besar untuk memberikan kebaikkan kepada orang lain , bukannya utk dirinya. Ia juga mendidik anak ini menjadi seorang yang tidak pentingkan diri tetapi menjadikan dirinya untuk kepentingan orang lain. Malah Islam dalam pengajarannya menggalakkan setiap manusia untuk memikirkan orang lain. Apabila mempunyai emosi positif seperti ini, ia akan mengeluarkan endorfin yang membuatkan perasaan akan menjadi lebih tenang dan positif yang sekali gus memberi kekuatan dalaman untuk berfikir dengan lebih luas.
2.Biarkan anak berdikari
Ads
Kepentingan anak-anak berdikari memang di ketahui ramai ibu bapa. Berdikari adalah pendekatan perlakuan untuk membantu anak itu mampu melakukannya atau tidak. Ia melatih anak itu mempunyai perasaan bertanggungjawab dan bukannya kepada sikap pergantungan kepada ibu bapa. Bagaimanapun, perlu diteliti kepada usia anak itu terutama anak yang masih kecil. Oleh itu, ibu bapa perlu melihat kepada kemampuan anak itu untuk mencuba melakukannya. Jika anak itu ingin mencuba biarkan anak melakukannya asalkan mengikut kemampuannya. Apa yang berlaku apabila seorang anak itu , berasa dirinya mampu melakukan, ia akan menimbulkan rasa yakin diri dan rasa dirinya dihargai. Anak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Inilah cara membantu anak berakhlak mulia dan mempunyai emosi postif sekali gus merangsang kecerdasan mindanya.
Ads
Bagi pendapat
Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak apabila mereka memberi pendapat. Apabila anak memberi pendapat, tidak bermakna dia melawan. Misalnya, ibu memberi arahan, “Pergi basuh kasut.” Anak berjawab, “ Mak boleh tak basuh kemudian.” Namun sikap segelintir ibu bapa beranggapan percakapan sebegitu sebagai ‘melawan’. Oleh itu, anda perlu faham apa yang dikatakan melawan atau apa yang dikatakan memberi pendapat. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang kita nak didik anak ialah perlu diberi peluang untuk memberikan pendapat secara berhemah dan bagaimana hendak memberi pendapat secara sopan. Biasanya anak-anak akan marah apabila tidak diberi peluang untuk bercakap. Seharusnya ibu bapa menjelaskan dengan berkata, “Nanti adik, mama sedang dengar, tak perlu tinggikan suara. Mama hargai pendapat adik”. Jadi anak akan bercakap sopan apabila memberi pendapat, bukannya secara tengking atau melawan ibu bapa. Kebiasannya anak-anak berusia enam tahun sudah mulai menunjukkan sikap sebegini kerana mereka mulai mempunyai sifat ingin tahu yang tingggi dan berkebolehan berdikari.
Beri penjelasan
Merangsang pemikiran anak melalui penjelasan yang berkaitan dengan diri anak. Penjelasan ini akan mengajar anak untuk berfikir sebab dan kesannya. Misalnya , jika anak sudah berpakaian cantik dan kemas, tetapi meminta kebenaran untuk bermain diluar rumah. Ibu bapa perlu menjelaskan bahawa dengan cara bermain diluar akan memberi kesan kotoran pada baju dan akan memberi tekanan kepada anak dan anda sendiri. Apa yang perlu ibu bapa didik kepada anak adalah memberi peluang kepada anak untuk faham situasi ini. Didik anak dengan komunikasi yang jelas supaya anak dapat berfikir, bukannya hanya mengikut kehendak anak semata-mata. Cara ini membantu anak untuk belajar membuat pertimbangan dan berdikari. Malah secara tidak langsung anak boleh berfikir dan mengetahui apa kesannya jika melakukan sebarang tindakan.
Harap anak sempurna
Setiap ibu bapa yang inginkan anak sempurna dan genius. Namun kita sepatutnya membuat anggapan sebegitu untuk anak. Ini kerana peranan kita sebagai ibu bapa belum tentu menjamin sempurna. Setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin ada anak yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berjaya dalam bidang yang lain. Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Setiap anak yang dilahirkan mempunyai ptotensi diri yang harus ibu bapa gilap. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potensi anak-anak agar dikembangkan secara optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebahagiaan yang kita kecapi kini tak selamanya ada bersama kita. Suatu saat nanti, orang yang paling kita sayangi pasti akan meninggalkan kita terutamanya pasangan hidup kita.
Jadi, yang mana masih diberi kesempatan untuk bersama yang tersayang, hargai setiap detik bersama sebaiknya terutamanya kini pada bulan ramadan, luang masa bersama dalam beribadah kerana kelak hanya kenangan menjadi pengubat di kala hati merindu.
Situasi ini dapat dikaitkan dan dirasai melalui perkongsian selebriti sosial media, Khairul Abdullah iaitu ayah kepada 3 orang anak. Jom ikuti perkongsiannya.
Selepas isteri takde, aku berpuasa seorang diri. Anak-anak semua masih kecil sangat waktu tu. Si baby baru setahun lebih waktu first puasa tu.
Sahur seorang diri, sunyi yakmat dapur aku waktu tu. Aku minum dan makan kurma sahaja hampir setiap hari.
Berbuka pun ala kadar, apa sahaja yang aku sempat masak maka itulah aku makan. Atau apa sahaja yang aku masak untuk anak-anak itulah yang aku makan buat berbuka. Bazar ramadan memang tak jejak langsunglah.
4 tahun gitu. Sunyi sungguh puasa aku.
Paling syahdu sekali waktu sahurlah. Dah ler suasana sunyi sepi, kau seorang jer terkebil-kebil kat dapur tu. Yelah 15 tahun puasa bersama isteri, tiba-tiba tinggal seorang, sunyi tak tau nak cakap.
Tahun ke-5 ni best sikit, dah tak sunyi dah.
Anak-anak dah pandai puasa. At least yang sulung tu puasa penuh. Yang adik-adik dia pun puasa sampai tengahari dan sampai lewat petang juga. So exited aku nak berbuka dengan diorang. Aku suruh dia cakap nak makan apa sahaja, aku akan buat atau aku order. Sahur pun sama, apa sahaja nak makan aku akan buat. Seronok tengok anak makan bersungguh-sungguh.
Meriah balik meja makan dan dapur aku puasa kali ini. Puasa aku dah tak sunyi lagi.
Sana sini semua keluarga pergi bercuti bersama keluarga. Pelbagai pilihan ada termasuk ke hotel, ke kawasan tanah tinggi, perkhemahan dan sebagainya. Tujuan adalah sama untuk bersama-sama keluarga berseronok dan bersantai setelah sekian lama tidak berjumpa.
Begitu juga dengan sebuah keluarga ini yang bercuti disebuah kawasan rumah yang berkonsepkan ala kampung.
Memang meriah melihat keluarga ini berpakaian ala meraikan hari raya. Malah cara mereka ini menarik perhatian netizen yang kagum melihat usaha keluarga ini.
Jom ikuti kisah keluarga ini.
Hi..Today nak sharing percutian kampung style dekat 𝑻𝒆𝒓𝒂𝒕𝒂𝒌 𝑺𝒐𝒇𝒆𝒂 – 𝑹𝒖𝒎𝒂𝒉 𝑨𝒏𝒂𝒌 𝑩𝒂𝒑𝒂𝒌.. Since Raya hari tu tak dapat berkumpul di sebab kan PKP so we decide to celebrate Raya sekali lagi sambil berkumpul satu family..
𝘿𝙚𝙩𝙖𝙞𝙡𝙨 𝙧𝙪𝙢𝙖𝙝 Teratak Sofea – Rumah Anak Bapak -RM 950/night (Deposit by cash RM100) -Max 20 pax ( additional pax RM10/pax) -5 bilik – 3 bilik atas (1 Queen 1 Single) 2 bilik bawah ( 2 Bunk Bed) -Toilet – 2 atas, 2 bawah ( Hanya satu bilik bawah yg ada attached toilet, the rest sharing) -Living area – Both atas bawah ada -Kitchen & BBQ area – Depan pool. Semua kitchen appliances ada. Peti ais, Periuk nasi, kettle, Periuk masak, senduk, pinggan mangkuk, cawan,tray makanan ( Kiranya bawa makanan sahaja) -Ada kemudahan vending machine (Air & Makanan) -Aircond & kipas di setiap bilik -Swimming pool for kids & adult ( Air pool suam je seronok mandi) – Ada kemudahan basikal (free) -Cleanlines tiptop for chalet kayu ( usually chalet lain mesti kotor berhabuk usang & banyak t**k cicak ) Overall, we satisfied Aktiviti sambut Raya fefeling kt kampung di adakan dengan jayanye
Setiap bulan bila tengok bil yang sampai di rumah boleh naik pitam dibuatnya. Nak nak lagi musim cuti sekolah ni kan.
Lagi tinggi penggunaannya terutama sekali bil elektrik dengan penggunaan pendingin hawa, televisyen dan sebagainya lagi.
Untuk ibu-ibu jangan risau anda boleh jimatkan bil di rumah jika lakukan tip yang dikongsikan oleh TNB ini.
Tak susah pun malah ia juga tidak menggunakan sebarang modal. Tak percaya, jom baca ni!
1. Guna ruangan mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus!
2. Pastikan filter penghawa dingin anda telah dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisien
3. Semasa penghawa dingin dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. Lebih kecil ruangan, lebih rendah bil yang perlu ditanggung.
4. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih
5. Gosok baju dalam jumlah yang banyak setiap seminggu sekali
6. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya!
7. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating serta logo merah seperti di dalam gambar:
8. Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen
9. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan
10. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja
11. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik anda
12. Suhu penghawa dingin yang paling efisien adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun
13. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama dalam penjimatan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.
14. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air
Tip lain yang boleh anda lakukan:
Gunakan lampu meja untuk pencahayaan khusus sahaja. Boleh juga gunakan cahaya semula jadi untuk menerangi bilik pada waktu siang.
Elakkan membuka peti sejuk dengan kerap kerana lebih tenaga diperlukan untuk mengekalkan suhu rendah.
Jangan meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan peti sejuk menggunakan tenaga yang lebih untuk mengekalkan suhu rendah.
Tukar peralatan elektrik yang melebihi tempoh 10 hingga 15 tahun bagi penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Tutup dan tanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Gunakan tangga ke aras terdekat bagi menjimatkan elektrik.
Senang bukan? Jika ada yang masih belum tahu tentang tips ini, boleh kongsi untuk manfaat bersama. 😉
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...