Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantic tersebut semakin padam dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.
Berikut adalah Tips untuk Suami.
1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.
2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.
3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa)
4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.
5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.
Sumber: FB Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias
Anak Hidap Penyakit Paling Kronik, Ibu Ini Reda & Ingin Penuhi Keinginan Supaya Tidak Ada Ralat Di Hati.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi Puan Naima Yuzi dan suaminya, Affizan Sarif, saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu.
Andai boleh ditukar ganti mungkin itu yang mereka mahu, namun jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditangan Pencipta.
Titisan air mata sang ibu cukup meluahkan segalanya. Keperitan yang dipendam sedikit sebanyak terungkap dek wajah yang suram dan penuh hiba.
Biar bibir masih mampu melayangkan senyuman, namun jauh dek sudut hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Cukup minat dengan pasukan bomba, Adik Akmarul Haikal Affizan cukup bertuah kerana impiannya untuk menyambut hari jadi ke 12 bersama abang bomba dimakbulkan.
Majlis berlangsung di Wad 7A, PPUM baru-baru ini, nyata menyuntik senyuman Akmarul biarkan tampak cukup lemah ketika itu.
Sambil menantikan kehadiran pasukan Bomba Dan penyelamat dari Balai Bomba Pantai yang diketuai oleh YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur PKPjB Khirudin Bin Drahman @ Hussaini, Akmarul terlelap seketika.
Penulis yang berpeluang menghadiri majlis ketika itu berkesempatan menemu bual ibunya, Naima Yuzi berkenaan penyakit yang dihadapi anak sulungnya itu.
“Akmarul lahir normal tanpa ada sebarang masalah, sehinggalah usianya menjangkau setahun, kesihatannya mulai merosot. Demam, muntah-muntah, perut buncit, dan berak berdarah.
Sehinggalah dibuat pemeriksaan terperinci, doktor mengesahkan Akmarul yang menghidap penyakit usus terkeluar atau chron’s disease atau bahasa mudahnya Usus Kronik dan radang otak.
“Waktu itu, punggungnya bernanah, apa sahaja maknanan yang ditelan keluar balik, dan ususnya di luar. Usus besarnya bermasalah dan penuh nanah.
Doktor cakap buatlah apa yang dia kerana sekarang Akmarul bergantung pada ubat semata.
“Sebelum ini kami pernah sampai ke Jerman untuk rawatan. Waktu itu usianya baru 8 tahun.
Menurut doktor, penyakit Akmarul ini sangat kronik dan kami terpilih antara pesakit di Asia untuk mengikuti rawatan di sana. Pihak Jerman yang taja dan minta kami ke sana.
“Awalnya saya dan suami menolak kerana tak ada duit, tetapi doktor yang merawat Akmarul bersungguh-sungguh dan mencari jalan untuk mendapatkan dana.
Alhamdulillah masalah kami didengari dan ramai yang menghulurkan sumbangan untuk kami membeli peralatan dan barangan keperluan ke sana.
Sampai di sana bukan hanya Akmarul, sebaliknya kami satu keluarga juga di ambil sampel darah dan di buat ujian itu ini.
“Selepas pulang ke Malaysia, saya menunggu juga laporan kesihatan tapi alasan mereka masih dalam kajian. Rupa-rupanya pihak sana juga tidka mampu berbuat apa-apa.
Baru-baru ini saya tanyakan tahap kesihatan Akmarul yang makin merosot hari ke hari, jadi doktor yang merawatnya berterus-terang, penyakit anak saya ini kedua paling kronik di dunia. Yang pertama dari Pakistan, tetapi sudah meninggal dunia.
Hanya mampu bertahan dua tahun. Hanya Akmarul yang kuat semangat dan melawan penyakit. Itu yang dia masih bertahan sehingga berumur 12 tahun sekarang.
“Tetapi kata doktor lagi, sampai satu tahap beginilah keadaannya, selalu sakit-sakit. Jadi, saya tanyakan sama ada Akmarul ada harapan atau tidak.
Doktor cakap sekarang segalanya bergantung kepada Akmarul sama ada kuat dan mampu bertahan.
Memang penyakitnya tidak dapat disembuhkan sebaliknya hanya bergantung pada rawatan untuk meneruskan kehidupan.
‘Doktor pun sudah terangkan sampai satu tahap Akmarul akan bergantung dengan ubat dan akan selalu keluar masuk wad. Dari tahun lepas lagi memang nampak perubahan dia.
Dulu dia aktif walaupun tidak boleh berjalan dan pergerakannya cukup terhad, manakan tidaknya dia terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.
Tetapi sekarang walaupun dia atas kerusi roda pun dia tak larat dan nampak penat. Sekarang ini kami ikut segala apa kemahuan Akmarul. Di rumah kalau nampak dia tidak sihat kami akan bawa ke hospital.
“Kadang-kadang baru sampai rumah dia sakit semula dan cepat-cepat kami bergegas ke hospital semula. Sekarang ini kalau Akmarul minta nak balik rumah kami akan bawa, kemudian sakit kami akan kembali semula ke hospital. Boleh dikatakan hospital sudah menjadi rumah kedua kepada Akmarul.
“Saya ada seorang lagi anak, dan dia selalu selalu tanya, ibu tak sayang adik ke, asyik dengan abang sahaja. Waktu itu saya tidak tahu apa yang patut cakap sebab dia masih kecil.
Dalam usia 8 tahun dia terpaksa menumpang kasih orang lain kerana saya banyak berulang alik ke hospital menguruskan abangnya.
“Kalau ditanya tentang sudahkah saya bersedia ‘kehilangan’ Akmarul, Ibu mana yang sanggup kan. Tetapi melihat anak menderita sebegini, kalau boleh biarlah dia ‘pergi’ dari menderita sakit begini.
Sedih memang sedih, ibu mana yang tak ralat kan tetapi saya sudah tak sanggup melihat anak saya terseksa sakit.
SAYA SUDAH REDA DAN BERSEDIA KEHILANGAN AKMARUL.
Dalam masa yang sama, doa saya tidak pernah putus supaya ada keajaiban untuk Akmarul. Namun jika Tuhan sudah menetapkan begini, saya reda dan cukup bersedia.
Sekarang ini yang penting saya mahu penuhi segala keinginan Akmarul supaya bila dia ‘pergi ‘ nanti tidak ada ralat di hati saya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada para doktor, jururawat, keluarga, rakan-rakan dan pelawat yang datang meraikan dan melawat Akmarul selama ini.
Jasa doktor dan jururawat memang tak mampu saya balas,”ujar Naima sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Rezeki Melimpah Ruah Sebab Jujur, Tak Pernah Tinggal Doakan Ibu Bapa & Isteri. Perkongsian Ustaz Ebit Lew Ni Jadikan Panduan!
Terkadang kita melihat ada pasangan suami isteri bekerja siang dan malam, namun hidup mereka terasa sentiasa sempit. Pun begitu ada pula sebahagiannya, dari sehari ke sehari rezeki yang Allah kurniakan semakin bertambah-tambah dan dinikmati dengan penuh kesyukuran.
Hakikatnya, kehidupan yang dijalani dalam sebuah rumah tangga bermacam-macam. Oleh itu, baik kiranya kita cuba fahami perkongsian daripada ustaz Ebit Lew ini tentang kisah seorang kenalannya yang juga merupakan seorang kontraktor yang jujur menjalani kehidupan berkeluarga yang nyata begitu menghargai isterinya. Semua itu, memberi kesan kepada kehidupannya kini.
Jom semak perkongsiannya itu.
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga.Jaga isteri, ibubapa dan jujur itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya.
Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kaseh pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya..
Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Kuasa Doa
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri..
Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki..
Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini.
Jujur pada isteri
Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Asas kekayaan
Begitu juga 11 Amalan kekayaan. Baca bab 1 jer dah kaya. Itulah asas kaya..bila ada asas,saat itu kita dah bahagia..
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati. Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada makayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah.
Sumber : Ebit Lew
Bersemut Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Zamarul Hisham, Kapsyen Diana Rafar Raih Perhatian Warganet!
Muat naik terkini pelakon Diana Rafar menarik perhatian ramai peminat selebriti ini di media sosialnya. Diana memuatnaik video ucapan ulang tahun kelahiran ya bersama suami tercinta, pelakon Zamarul Hisham berserta kapsyen penuh makna.
Titip ucapan ulang tahun kelahiran suami
Diana Rafar memberi ucapan penuh rasa cinta untuk suaminya di media sosial, sempena meraikan ulang tahun suami tercinta. Menggelarkan suaminya ‘Hero Melaya’ seakan berseloroh memberitahu suaminya sering kali keliru umur sebenarnya setiap tiba hari jadinya. Juga turut mendoakan kesejahteraan suaminya, Turut memberitahu kelahiran arwah ibunya selang sehari dengan suaminya dan mendoakan arwah ibunya dicucuri rahmat.
Cuba teka berapa umur Hero Malaya ni🤣? diana pun pening sb dia selalu tua kan diri dia …. semoga doa kalian utk @zamarulhisham93 diperkenankan Allah…. Happy birthday my Hero semoga panjang umur sihat selalu ya… dapat keberkatan hidup rezeki yg halal dan berkat amin🤲🏻🤲🏻🤲🏻 9.3 dgn 8hb3 selalu sambut dgn arwah mak…. Alfatiha utk mak jugak Rasimah bt abd rahman…. 🌹
Peminat Beri Ucapan Ulang Kelahiran
Melihat video berkenaan dan kapsyen ucapan ‘bersemut’ pelakon , ramai peminatnya menitipkan ucapan buat Zamarul bagi meraikan juga ulang tahun kelahiran pelakon popular itu.