5 Cara Untuk Tajamkan Pisau Blender Yang Tumpul, Guna Bahan Dapur Sahaja. Tak Perlu Beli Lagi

Share

Zaman sekarang ini, blender merupakan perkakasan wajib di dapur. Lebih-lebih lagi bagi yang bekerja. Nak menumbuk sudah tiada masa akhirnya guna blender sahaja. Lebih mudah dan cepat.

Namun jika digunakan hari-hari dan mengisar bahan yang liat dan keras akan membuatkan pisau blender tersebut tumpul. Ianya akan menjadikan bahan yang hendak dikisar tu kasar dan memganbil masa yang lama untuk halus.

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, ada beberapa langkah yang anda boleh gunakan untuk tajamkan kembali mata pisau blender yang sudah tumpul ini.

Tak perlu keluar modal besar, tak payah beli baru. Insha Allah mata blender akan tajam seperti baru!

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

1. Garam Kasar


Hampir setiap rumah mesti ada garam kasar, kan?

Anda boleh gunakan garam kasar untuk tajamkan semula mata pisau blender yang dah tumpul.

Caranya senang saja, ambil segenggam atau secawan garam kasar dan masukkan ke dalam blender.

Lepas tu, tekan butang kisar dan biarkan ia mengisar kering garam kasar tadi.

Ulang beberapa kali, selepas itu cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.

2. Ais Ketul
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Katanya lagi elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi aisnya lebih keras.

Mudah je caranya, hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.

Mudah kan!

3. Beras


Yang ketiga adalah boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar.
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.

4. Guna Kulit Telur


Cara yang kedua selepas garam kasar adalah dengan menggunakan kulit telur.

Haa lepas ni, telur yang dah dipecahkan tu tolong jangan dibuang dulu kulitnya tu. Bersih dan keringkan sekejap. Lepas tu boleh gunakan untuk tajamkan mata blender kita. Mungkin boleh buat sebulan sekali.

Caranya sama saja, masukkan dalam blender dan kisar kering. Kemudian bilas dan basuh hingga betul-betul bersih.

5. Hampas Kelapa

Lagi satu cara, boleh juga gunakan hampas kelapa. Tapi agaknya cara ni kalau kat bandar susah sikit sebab ramai yang suka guna santan kotak kan?

Bagi yang ada guna santan asli yang diperah, bolehlah cuba cara ni. Caranya mudah saja, hanya perlu kisarkan hampas kelapa yang ada tu secara kering tanpa perlu tambah air. Kisar sehingga lebih kurang 10 minit, kemudian bilas.

Itulah dia beberapa cara atau petua mudah untuk tajamkan kembali mata blender yang tumpul tanpa perlu keluarkan kos yang banyak. Bahan yang perlu digunakan tu pun dah memang biasa ada kat dapur kita.

Lepas ni tentu para suami tersenyum lebar sebab dapat jimatkan duit dari perlu beli pengisar blender baru pada si isteri kan? Dan si isteri pun tentu akan tertawa semula sebabnya boleh masak di dapur dengan lebih senang dan cepat.

Okaylah, selamat mencuba!

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club