5 Cara Sedap Lagi Kreatif Rangupkan Pisang Goreng, Tambah Terangkat Kalau Dimakan Panas-Panas!

Share

Pisang goreng memang sajian paling senang nak disediakan buat anak-anak. Pisang yang ranum mekar isinya ini selain boleh dijadikan Pisang Goreng, boleh juga dijadikan cucur. Memang enak, apa lagi di makan ketika masih panas.

Pun begitu, Pisang Goreng yang rangup dan panas memang unik dan berbeza. Anak-anak makan pasti nak lagi. Jadi bagaimana nak jadikan pisang goreng yang kita sediakan sendiri di rumah jadi lebih sedap dan rangup?

Anda bolehlah cuba 5 cara ni kalau nak rasa lebih sedap.

Guna Tepung Pulut
Sebelum ini kita selalunya gunakan tepung beras dalam adunan pisang goreng, apa kata tambahkan sedikit tepung pulut ke dalamnya. Nisbah bancuhannya adalah 3:2 dan campurkan dengan bahan lain seperti telur, garam dan serbuk kunyit. Memang menjadi!

Kapur Masakan
Kapur masakan juga merupakan bahan utama yang sering digunakan oleh peniaga pisang goreng bagi merangupkan pisang goreng. Masukkan sesudu besar kapur masakan ke dalam bancuhan tepung. Pastikan digaul rata dan hasilnya memang rangup. Walaupun dah sejuk, pisang tetap kekal rangup.

Soda Bikarbonat
Selain kapur masakan, soda bikarbonat juga membantu buat pisang goreng lebih sedap dan enak. Ketika membancuh tepung, masukkan sesudu soda bikarbonat dan biarkan sekejap ia mesra. Hasilnya memang wow!

2 Cara Lebih Kreatif

1. Bread Crumbs
Antara cara lain yang dapat menyedap dan merangupkan pisang goreng adalah dengan menambah bread crumb atau serbuk roti. Selepas dibancuh dengan adunan, golekkan pisang ke dalam serbuk roti terlebih dahulu sebelum digoreng.

2. Nestum
Selain serbuk roti, lakukan cara yang sama tetapi menggunakan kepingan nestum asli. Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung dan
golekkan ke dalam kepingan nestum. Panaskan minyak dan kemudian barulah digoreng.