5 Cara Lain Gunakan Deodoran Yang Anda Tak Pernah Tahu, Menarik!

Share

Rupanya deodoran yang selalu kita gunakan untuk bahagian bawah lengan atau ketiak ini banyak fungsinya. Mungkin ramai yang merasakan produk ini hanya khusus dibuat untuk memastikan bawah lengan kita sentiasa kering sahaja bukan? Sebenarnya ia berfungsi lebih dari itu. Menarik!

Sifatnya yang lembap seperti jel ini berfungsi untuk mengatasi beberapa masalah lain juga. Malah ia turut memelihara kelembapan semula jadi pada kulit dan beberapa kawasan lain juga. Sila cuba!

1. Atasi Minyak Berlebihan Pada Wajah
Menurut laman web purewow.com, kandungan bahan dalam deodoran dapat mengatasi masalah minyak berlebihan pada kulit. Katakan anda mempunyai masalah kulit wajah berminyak, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada zon T atau sekitar bahagian yang bermasalah.

2. Mengurangkan Masalah Melecet
Dek kerana seluar yang dipakai terutamanya jika dari material yang kasar seperti jeans, bahagian paha akan lebih mudah melecet. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai badan yang sedikit gempal, bahagian paha akan bergesel dan menyebabkan lecetan. Sapukan sedikit deodoran pada bahagian itu dan lecetan akan pulih dan dapat dikurangkan.

3. Mencegah Kulit Melepuh
Ini biasanya terjadi bila kita pakai kasut baru. Mulalah kaki melepuh atau ada bahagian tertentu yang melecet. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada bahagian yang bermasalah. Mungkin oles sedikit pada belakang kaki atau hadapannya. Kemudian, sarunglah kasut baru anda dengan penuh yakin!

4. Atasi Rasa Gatal Gigitan Serangga
Mungkin kedengarannya agak pelik, namun deodoran mampu menghilangkan rasa gatal yang ditinggalkan akibat digigit nyamuk atau serangga. Oleskan deodoran pada kaki yang terasa gatal selama beberapa kali dalam sehari, rasa gatal itu akan hilang dengan sendirinya.

5. Pintu yang Berbunyi
Pintu kita adakalanya berbunyi apabila ditolak. Mungkin kerana engselnya sudah lama, berkarat atau terlalu ketat. Jika tiada sebarang cecair yang menghilangkan karat, ambil sahaja deodoran lama anda dan letakkan pada engsel pintu ini. Bunyi-bunyian kurang enak pasti tiada!

Selamat mencuba!