Peribahasa ada mengatakan ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ dan itulah yang paling tepat untuk menggambarkan betapa dua sahabat baik ini berusaha gigih membuka gerai ‘Pulut & Kopi’ untuk mencari duit poket dan sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana (master).
Bertemankan dengan sebuah van usang dan sekaki payung, dua wanita ini yang dikenali sebagai Nor Fazrina Fazrin Hassan, 27, dan Iffah Irdina, 25 memulakan bisnes yang dahulunya bermula dari rumah kini perniagaan mereka semakin di kenali ramai malah menjadi sebut-sebutan.
Difahamkan dua sahabat ini saling bersahabat baik ketika masing-masing menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Selepas tamat degree pada tahun 2019, mereka mula menjual pulut serta rendang secara online. Mereka juga lakukan COD (cash on delivery) kepada pelanggannya.
Memetik cerita yang dikongsikan bersama mStar disebalik pembukaan gerai mereka, nyata punya kisah yang cukup memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lainnya.
“Bila nak sambung master, kami teruskan bisnes ini…susah juga kalau belajar dan bekerja dengan mana-mana company sebab terikat. Lebih mudah jika bekerja sendiri sebab kita boleh manage masa sendiri.
“Bermula Fabruari 2021, kami beranikan diri buka gerai kecil tepi jalan di Bandar Teknologi Kajang sehingga sekarang. Konsep yang kami ketengahkan adalah ‘old school’ untuk tampilkan kelainan,” jelas Iffad Irdina atau lebih mesra disapa Irdina.
Beli Van Usang RM200
Menurut Irdina lagi, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi mereka pada peringkat awal pembukaan gerai tersebut sebelum berada pada tahap sekarang.
“Mula-mula lagi kami sudah berdepan cabaran, kami naik motor je COD kepada pelanggan. Kemudian bila nak buka gerai, kami ragu-ragu juga. Boleh ke orang terima kombunasi pulut dan kopi. Tapi kami tekadkan juga.
“Kami beli van usang dari jiran dengan harga RM200 secara tunai hasil berniaga. Kami belanjakan RM600 untuk baiki sebab van tu dah tak bergerak tiga tahun. Kemudian beli payung putih untuk kenakan dengan konsep yang kami ketengahkan.
“Bila dah buka gerai, cabaran seterusnya adalah macam mana nak trik pelanggan. Ambil masa juga sebelum dapat sambutan. Kami bekerja keras buat marketing sendiri di media sosial.
“Dan kalau sebut gerai tepi jalan, sudah tentu cabaran utama adalah cuaca. Pernah juga pulut yang dijual tak sempat habis kerana hujan,” ujarnya yang merupakan penuntut jurusan Statistik.
Resipi Dari Ibu, 5 Bulan Belajar Masak
Apabila diajukan soalan berkenaan menu yang dijual di gerai Pulut & Kopi, ternyata ada tiga menu iaitu pulut rendang ayam kuning, pulut rendang daging hitam dan pulut balado bilis petai serta 16 jenis air kopi yang enak.
“Pulut kami masak sendiri di rumah. Resipi dari ibu saya. Kami bermula dengan kosong dan dalam tempoh lima bulan belajar masak pulut. Sekarang menanal lima kg pulut setiap hari dan 10 kg pada hari minggu.
“Rutin kami bermula seawal jam 4 pagi. Selepas selesai masak, kami akan buka gerai dan tutup sekitar 3 petang. Waktu malam pula kami kena masuk kelas. Sememangnya agak meletihkan tapi kamu puas.
“Lebih-lebih lagi bila dapat sambutan, orang ramai boleh terima kombinasi pulut dan kopi. Paling terharu, ada yang sanggup datang dari jauh seperti Melaka, Pulau Pinang, Perak dan sebagainya untuk merasai menu di gerai Pulut & Kopi kami,”ujar Fazrin yang merupakan penuntut jurusan Media Baru dan Visual.
Perancangan Masa Depan
Setelah setahun berniaga tepi jalan, impian mereka untuk membuka sebuah café bakal direalisasikan tidak lama lagi.
“InsyaAllah tahun ini kami akan buka café yang terletak di Bandar Teknologi Kajang.
“Buar orang muda di luar sana yang ingin menceburi bisnes, kami sarankan cuba sahaja dan kena berani. Paling penting cuba jadi kreatif, cari kelainan. Kalau sama susah juga sebab ada persaigan. Dan yakin dengan konsep yang diketengahkan,” ujar mereka lagi.
Sumber : Fazrina Fazrin Hassan
& mStarJom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club