5 Bahan Semula Jadi Baik Untuk Penjagaan Kulit Yang Patut Ibu-Ibu Amalkan Di Rumah. Wow, Jom Cuba!

Share

Setiap wanita pasti tidak terlepas dari mengalami masalah kulit wajah. Antaranya bintik-bintik hitam, jeragat, kulit kering, kulit kusam dan sebagainya. Jika anda tidak tergolomg dalam masalah ini, sememangnya anda seorang yang cukup bertuah.

Selain pemakaian produk yang sesuai dengan kulit wajah, terdapat juga kaedah dan petua yang boleh anda praktikkan dalam mengatasi masalah tersebut hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Berikut adalah 5 bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kulit yang patut anda amalkan di rumah.

Tomato

Tomato dapat memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda dan dapat kembalikan kulit yang kusam menjadi berseri-seri. Ambil sebiji buah tomato merah, belah dua dan potong kecil-kecil atau lenyek sedikit kalau anda nak keluarkan air tomato itu seperti masker.

Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask dan biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam dan anda akan nampak hasilnya

Yogurt Asli Dan Madu

Untuk kulit wajah lebih lembab anda ambil yogurt asli campur dengan madu 1 sudu kecil. Selepas itu sapu seluruh wajah anda dan biarkan sampai kering atau beberapa minit.

Kemudian, bilas dengan air suam. Anda akan rasa kehangatan kulit yang lembut seperti bayi.

Putih Telur

Putih telur dapat menghilangkan jeragat-jeragat, pori-pori dan liang roma yang tersumbat. Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah ambil 1 biji telur dan gunakan telur putih sahaja.

Kemudian, sediakan tisu muka 2 helai untuk buat seperti topeng muka pada wajah anda. Setelah itu, sapukan telur putih pada seluruh wajah.

Biarkan sampai kering dan buka topeng muka anda itu. Kemudian bilas dengan air, anda akan nampak kesannya pada hidung, pipi dahi dan muka akan kelihatan berseri-seri.

Soda Bikarbonat

Untuk kecutkan jerawat atau hilangkan kesan-kesan parut jerawat anda boleh mengatasinya dengan soda bikarbonat. Caranya ambil 1 sudu soda bikarbonat dan sapukan pada kulit bermasalah. Biarkan selama mana anda nak dan anda akan nampak kesan dalam masa 3 hari.

Selepas 3 hari jerawat anda makin mengecil dan hilangkan kesan-kesan parut jerawat dengan sedikit demi sedikit.

Uncang Teh Hijau

Untuk hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam. Caranya ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan kedalam air panas.

Kemudian biarkan sejuk sedikit uncang teh hijau dan selepas itu letak pada bawah mata sebelah kanan dan kiri. Untuk nampakkan lebih berkesan anda mestilah kena rajin, iaitu paling kurang 1 minggu 3 kali dan anda akan nampak kesan dia dengan secara tidak langsung.

Tip:

Walaupan anda lihat banyak tip dan bahan yang digunakan, sebenarnya anda tidak perlu membuat semua diatas dalam satu masa. Anda hanya perlu pilih 1 tip diatas bergantung pada jenis masalah wajah anda.

Sumber: Balqis AR. Pengamal Kecantikan & The Vocket