Apabila menaiki pesawat sudah tentu kita akan teruja dengan layanan mesra yang diberikan oleh pramugara atau pramugari. Malah kita juga terbayang pramugara dan pramugari yang masing-masing kacak, cantik dan tinggi.
Juga senyuman manis yang diberikan membuatkan penumpang melangkah masuk ke dalam pesawat dengan tenang.
Lazimnya, kita akan melihat bahawa pramugara atau pramugari menghidangkan makanan, minuman, cara bercakap serta melakukan tugasan lain dengan berhemah.
Namun, tahukah anda bahawa mereka bukan sahaja dilatih untuk tahu menghidangkan makanan dan minuman sahaja, tetapi juga menjalani latihan keselamatan lain termasuk latihan berenang dan CPR.
Sebagaimana yang dikongsi oleh pramugari ini di Instagram rasmi Airasia, airasiacabincrew meraih perhatian apabila mengajak warga maya yang berminat untuk menceburi bidang itu.
Katanya untuk menjadi ‘Cabin Crew’ latihan selama 46 hari termasuk cara bercakap, ‘grooming’, kebakaran, CPR dan penyediaan makanan kepada pelanggan.
Nyata kerjaya ini bukan mudah sebagaimana yang kita lihat. Biarpun dilihat penampilan penuh bergaya, namun kerjaya ini ada cabarannya apabila berhadapan dengan ratusan pelanggan dalam satu pesawat.
WARGAMAYA TERTARIK DENGAN CARA PERCAKAPAN
Video berkenaan walaupun mengenai kerjaya, ia telah meraih perhatian apabila kakitangan berkenaan menggunakan kata-kata tersusun, sopan dan yakin apabila bercakap. Malah ada yang berulang kali melihat video berkenaan dan ada juga bercadang untuk memohon jawatan berkenaan.
Sumber: airasiacabincrew
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club