Kesihatan

4 Tanda Sakit Kepala Yang Perlu Anda Waspada!

Share

Sakit kepala adalah masalah kesihatan yang biasa, tetapi dengan lebih dari 150 jenisnya, setiap jenis mempunyai punca dan gejala yang berbeza.

Empat jenis sakit kepala yang paling umum migrain, sakit kepala tegang, sakit kepala kluster, dan sakit kepala sinus serta bila anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor.

Mengetahui perbezaan antara jenis sakit kepala ini boleh membantu anda mendapatkan rawatan yang tepat dan mencegah masalah kesihatan yang lebih serius.

Menurut Public Health Malaysia terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik, punca, dan rawatan yang berbeza. Di bawah ini, kita akan melihat 4 jenis sakit kepala yang paling umum:

Migrain
Migrain dicirikan oleh sakit kepala berdenyut yang biasanya terjadi di satu bahagian kepala. Ia sering diiringi oleh loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Penghidap migrain mungkin mengalami gangguan penglihatan yang dikenali sebagai aura sebelum serangan sakit kepala bermula.

Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)
Sakit kepala tegang adalah yang paling biasa berlaku dan dirasai seperti tekanan atau ketegangan di sekitar kepala. Ia sering disebabkan oleh tekanan atau ketegangan otot di leher dan bahu. Sakit kepala ini biasanya tidak disertai dengan gejala lain seperti loya.

Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)
Sakit kepala kluster adalah jenis sakit kepala yang sangat menyakitkan dan sering digambarkan sebagai rasa terbakar atau menikam di satu bahagian kepala, biasanya sekitar mata. Gejalanya mungkin termasuk mata merah, berair, dan hidung tersumbat pada bahagian yang sakit. Serangan sakit kepala kluster boleh berlaku beberapa kali sehari dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Sakit Kepala Sinus (Sinus Headache)
Sakit kepala sinus disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada sinus. Gejalanya termasuk sakit di wajah, hidung tersumbat, dan kadangkala demam. Kesakitan ini sering bertambah teruk apabila anda menundukkan kepala atau bangun dari tidur.

Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!

Daftar sekarang

Bila Harus Berjumpa Doktor?

Anda perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala berikut:
Sakit kepala yang tiba-tiba dan sangat teruk.
Kanak-kanak yang sering mengadu sakit kepala.

Sakit kepala disertai dengan gangguan penglihatan, kekeliruan, hilang keseimbangan, atau masalah pertuturan.
Sakit kepala dengan rasa kebas atau lemah.
Sakit kepala yang disertai demam, sawan, atau pengsan.
Sakit kepala dengan ketegangan di tengkuk dan ruam.

Sumber: Public Health Malaysia