Sempena Syawal baru-baru ini , Nad Zainal buat pertama kalinya menunjukkan wajah bayi perempuannya yang diberi nama Budi Kalsom.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya sambil mereka sekeluarga menggayakan busana hari raya bertemakan rona hijau.
Pasti mencuri tumpuan adalah wajah bayi perempuannya yang menurut Nad dipanggil Som untuk gelaran manjanya.
Som yang terbaring di atas tilam tampak comel dan cute mengenakan gaun rona hijau.
“Salam 1 Syawal. Assalamualaikum, ini Budi Kalsom, panggil saja Som.
Nad dalam pada itu berkata, kehadiran anak perempuannya sudah lama dinantikan. Tidak hairanlah Som yang baru berusia sebulan itu sudah dipakaikan pakaian ala ‘pengantin.
“Sebab mak kita 4 tahun hadap anak lelaki , so dapat anak girl baru sebulan dia dah dressupkan kita macam pengantin 🤣
Demikian kapsyen yang dimuat naik Nad beserta beberapa keping gambar mereka sekeluarga.
Dalam masa yang sama, Nad mengakui bukan mudah untuk mereka sekeluarga bergambar dan mendapatkan pose seperti yang diingini. Terutama sekali apabila memiliki anak kecil.
Pelbagai karenah terpaksa dihadapi dan untuk mendapat sekeping gambar yang sempurna, mereka terpaksa berusaha walaupun beribu kali diambil.
“Disebalik gambar bahagia , kena selit drama menangis dulu.. dah kali ke 1782992 baru dapat gambar yang sempurna. selamat berusaha mak dan pak semua.
Sumber: nad.zainal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club