
Kak Lapis diakui bukan sahaja sedap rasanya malah nampak cantik berseni dengan satu lapisan demi lapisan kek yang terhasil dan akhirnya membentuk corak yang tersendiri. Bahkan resipi Kek Lapis juga pelbagai, bukan sahaja berbeza warna malah lain ramuannya lain pula rasanya.
Diakui juga untuk membuat Kek Lapis memerlukan kesabaran dan kepakaran. Pun begitu melalui perkongsian resipi daripada Puan Sarina Sanek yang berasal daripada Selangor ini cukup menarik perhatian warganet. Bukan sahaja teruja dengan gambar kek lapis yang siap dihidang malah resipi yang dikongsikan juga menjadi tumpuan apabila berkongsi resipi daripada buku resipi tulisan tangan miliknya.
Menurutnya pada posting tersebut, “Tak terlewat lagi kan kalau saya share resepi kek lapis yang dah saya cuba untuk saya hidangkan di pagi Syawal. Tahun ni saya buat 4 jenis je, cukup lah untuk keluarga kecil saya. Saya orang Selangor, tapi suka dengan seni kek lapis.”
Resipi Kek Lapis:
- Kek Lapis Evergreen
2. Lapis India/Cadbury
3. Kek Lapis Red Velvet
4. Kek Lapis Nutella
Melihat komen ramai yang ingin berkongsi resipi dan berterima kasih kepadanya. Bahkan ramai ingin mencuba resipi kek lapis tersebut dan tidak kurang juga warganet memuji resipi yang ditulis terlihat kemas dan cantik tulisannya.
Sumber : Sarina Sanek
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Makan Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap, Cara Orang Johor. Ni Resipi Boleh Buat!

Biasanya lepas habis menunaikan solat Tarawih di masjid, mulut kita masih mahu mengunyah makanan yang tidak terlalu berat juadahnya. Jika selalunya menjamah kuih muih, tapi apa kata kali ini layan pula selera dengan menikmati tempe goreng berempah yang digoreng ranggup dan dicicah pula dengan sambal kicap macam orang Johor suka makan. Mesti padu rasanya bukan?
Jadi tunggu apa lagi, persiapkan bahan-bahannya seperti perkongsian resipi oleh Mas Intan Masman. Andai kata teringin hendak di makan terus boleh goreng dan dinikmati ketika panas.
Tempe Goreng Rangup
Bahan-bahan:
Tepung gandum
Tepung beras
*Ketumbar
*Jintan
Garam
Serbuk kunyit
*Bawang putih
Air suam
Cara-cara :
1.Tumbuk semua bahan bertanda *
2.Bancuh tepung dengan air suam dan sebatikan bahan yang di tumbuk
3.Celupkan tempe ke dalam tepung dan terus goreng.
4.Agak-agak keemasan boleh lah angkat dan tos
Enak dimakan dengan sambal kicap dan jika ingin tahu betapa enak rasanya bolehlah buat resipi sambal kicap seperti yang dikongsikan pula oleh Ani Zam, ori resipi sambal kicap orang Johor!
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Sambal Kicap Orang Johor
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
1 sudu makan gula pasir
1/2 cawan kicap
(terpulang kicap apa, empunya resipi guna kicap jalen manis )
CARA MEMASAK:
- Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.
3.Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.
INFO:
-Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
-Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, tempe goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
-Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja
-Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut .
-Petua orang tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Manfaat Cuka Untuk Mudahkan Kerja-Kerja Ibu Bersihkan Perkakas Rumah. Hasilnya Memang Superb!

Ini tip mudah ketika membersihkan rumah, tidak perlu keluar belanja yang banyak.Cepat dan mudah terutama buat suri rumah dan juga untuk ibu-ibu bekerja yang sibuk.
Hanya dengan cuka, banyak manfaat yang anda peroleh. Tip ini dikongsikan oleh Puan Shida Rahman. Nak tahu jom semak!
Ada 25 petua kat bawah ni yang boleh ibu-ibu cuba sendiri di rumah.
1. singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Bersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Bersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven.
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air.
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
22. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar.
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
23. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium.
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
24. Menghindarkan semut.
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
25. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan.
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
Moga bermanfaat untuk semua.
“Didik Anak Lelaki Urus Rumah Tangga, Bukan Nak Ajar Jadi Pondan.” Bapa Ini Mahu Ubah Mentaliti Lapuk. Perkongsian Yang Cukup berinspirasi!

Sering kali kita mengaitkan urusan kerja rumah dengan kaum wanita. Tidak hairanlah jika kebanyakan ibu bapa hanya meminta anak perempuan yang melakukan kerja rumah dibandingkan anak lelaki.
Seharusnya anak lelaki tidak dibiarkan menjadi ‘raja’ di dalam rumah. Sedari kecil seharusnya dididik supaya besar kelak mereka tahu akan tanggung jawab di dalam rumah. Mungkin ada yang bagi masih menganggap ‘orang perempuan duduk di rumah, orang lelaki cari duit di luar’.
Tapi hakikatnya pandangan sedemikian sudah tidak lagi relevan dengan zaman sekarang. Lihat sajalah berapa ramai graduan di kalangan orang perempuan dan pekerjaan yang memerlukan kemahiran wanita di luar rumah.
Justeru, bukan sesuatu yang ‘pelik’ andai anak lelaki rajin dan ringan tulang di dapur misalnya kelak apabila sudah memegang status ketua keluarga, isterinya akan lebih bahagia dan bersyukur dikurniakan suami yang suka membantu.
Sekalipun anak perempuan melakukan kerja-kerja rumah dengan sukarela, anak lelaki juga tidak boleh ketinggalan dilatih untuk menjadikannya satu kebiasaan – bukan sekadar pada hari-hari yang penting atau istimewa.
Dengan kata lain, tak kira anak lelaki atau anak perempuan, dua-dua pun kenalah rajin kan? Nah, hadamkan perkongsian dari saudara Ariff Ismail ini. Moga bermanfaat untuk semua ibu bapa di luar sana.
JANGAN AJAR ANAK LELAKI JADI PONDAN
” Kakak tolong mama masak, kejap lagi tolong jemur baju, lepastu kain yang dah kering, lipat susun dalam almari “
Rata rata keluarga dalam masyarakat memang akan menitik berat supaya anak perempuan tahu urus soal rumah tangga. Manakala yang lelaki diajar supaya jadi ” King “.
Maka keluarlah dialog :
” kau nak jadi ape? perempuan tak reti masak, tak tahu kemas rumah, besok besok dah besar nak kahwin ape pun kau tak tahu “. Bebel mak nya.
Itu ayat yang biasa mak mak zaman dulu keluar bila membebel perihal anak perempuan. Memang setiap kerja rumah atas bahu anak perempuan.
Anak lelaki kita lebih ditugaskan untuk bertukang, beli barang dan lain lain kerja luar. Itu yang bila dah besar, bini suruh pergi pasar pun tak kenal ikan, tak tahu rupa sayur. Suruh beli lengkuas bawak balik halia. Hahaha ? kau ingat lawak?
Jom ubah sikit cara didikan anak lelaki, jangan letak dalam kepala anak lelaki tak perlu tahu cara urus rumah tangga.
Benda boleh ubah kita ubah. Cukup lah bila suruh kami golongan bapak zaman sekarang ni tak tahu buat.
Kita ajar cara urus rumah tangga bukan nak ajar anak lelaki jadi pondan. Tak salah ajar ilmu memasak, mengemas dan mengurus rumah kat anak jantan kita. Nanti depa tahu buat, kita juga yang senang.
3 cara didik anak lelaki urus rumah tangga :
1. Kemas Rumah
Perkara paling asas perlu di didik dari kecil, ajar anak lepas makan basuh pinggan, lepas mandi masuk baju dalam bakul, lepas main kemas barang, susun semula barang pada tempat nya.
Resam anak jantan ni, lepas makan tinggal je, lepas mandi baju bersepah. Bilik tidur selimut tak kemas, cadar tak betul kan. Sikap ” king ” ni boleh diubah. Bila kita ajar dari kecik sampai ke besar lah mereka akan ikut.
Bila hujung minggu, galakan anak untuk gotong royong basuh toilet, sapu rumah, mop lantai. Jangan manjakan anak dengan kita yang jadi bibik mereka.
2. Pergi Pasar
Kenalkan barang basah dan kering pada anak, jangan fikir ala anak kecik lagi tak perlu tahu. Kalau kita fikir macam tu, memang sampai besar lah dia tak tahu.
Ajar anak beli ikan dan sayur di pasar. Macamana nak tengok ikan tu segar lagi atau tidak. Tunjuk jenis ikan pada mereka, tak da lah besar nanti suruh beli ikan kembong dia bawak balik ikan selar.
3. Masak
Bab ni sangat penting untuk ajar anak kita, ajar masakan asas yang mudah untuk mereka ingat. Ajar macamana nak goreng ikan, goreng nugget, buat nasi goreng. Benda paling simple ajar mereka masak nasi dan goreng telur.
Bukan kita nak ajar dia masak nasi beriyani, tu dah advanced sangat. Bila ajar masak kenalkan pada anak jenis bawang, garam, gula, kunyit. Kunyit ni pesan siap siap kau jangan dah besar mengunyit pulak.
Inshaallah, bila kita dah ajar perkara asas memasak ni, takda lah nanti bila kita outstation ke ada event, anak duk makan maggi je kat rumah.
Semudah ABC dan Alif Ba Ta sahaja nak didik anak lelaki ni supaya jadi lebih bertanggungjawab dan tahu urus rumah tangga. Ajar mereka 3 langkah diatas, jangan hanya focus ajar anak perempuan sahaja bab bab bantu kita urus rumah.
Teringat zaman kecik dulu, saya duk membebel kat arwah mak bila kena masuk dapur, ikut pergi pasar dan belajar masak. Bila dah besar baru tahu ini lah ilmu paling berharga yang mak ajar. Terima kasih mak atas didikan yang di beri.
Dalam keluarga saya memang tak kira lelaki ke perempuan tetap kena buat kerja rumah. Gambar dibawah anak sedara saya umur baru 12 tahun dah boleh masuk dapur, kemas rumah, dan jaga adik.
– Ariff Ismail –
#family
#ayahanak1
#keluargabahagia
#doublefbrothers