Jika mahukan ketenangan di dalam sesebuah perkahwinan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. Bukan Bukan…
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Ads
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha ? Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Ads
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan begini, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Musibah datang dalam 3 bentuk :
Ads
•UJIAN •TEGURAN •BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala ❤️
Sumber: Farahin Ashaari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua kita faham, dalam sehari rambut memang akan gugur. Namun jika jumlahnya terlalu banyak itu bukan perkara normal.
Apatah lagi bila melihat di atas lantai di mana-mana ruang rumah ada sahaja ternampak rambut. Memang tidak selesa dibuatnya.
Sebagai usaha atasi masalah tersebut, kenalah kita cari kaedah rawatannya.
Pun begitu, tahukah anda bahawa masalah rambut wanita ini gugur dan akan dapat segera di atasi juga ada kaitannya dengan peranan suami.
Nak tahu bagaimana, jom baca perkongsian ini.
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai. Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai. Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
1. Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
2. Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
3. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
5. Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Garlic bread sesuai dimakan sebagai sarapan, lebih sedap jika dihidangkan dengan sup cendawan. Biasanya sapuannya ada dijual di kedai.
Namun bagi yang suka membuat sendiri sapuan Garlic Bread ni, boleh cuba resipi mudah ini. Jom lihat perkongsian ini.
Kena pandai berjimat cermat. Nak makan garlic bread. Kita buat sapuan garlicnya. Senang dan jimat.
Sebuku je tu butternya. Modal tak sampai RM10 rasanya. Boleh dapat sebekas tu penuh membuak buak.
Tahan lama tu kalau dibuat perhiasan dalam peti ais. Kalau kerap guna kejap je habisnya. Dan boleh ulang buat lagi. Senang dan cepat. Jimat duit. Agak-agak kalau malam lapar cari roti, sapukan dan grillkan kejap settle diamkan perut yang menjerit jerit tu.
Resipi Garlic Bread Hanya Guna Dua Bahan Aje, Tahan
Bahan-bahan:
Kita kasi share resepi mudah ni Ambik butter satu ketul .Cincangkan bawang bawang putih dalam 2 genggam sampai halus. Gaulkan ngan butter yang dah lembik tu dan campurkan ngan parsley flakes. Ok siap.
Gajet daripada satu sudut dilihat dapat membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Namun, andai tidak dikawal ia boleh mengundang masalah.
Antaranya seperti yang berlaku tidak lama dulu apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain tablet.
Perkara ini sekali gus membuktikan betapa seriusnya kesan jika anak-anak bermain gajet secara berlebihan. Jadi ibu bapa perlu mula mengambil langkah berikut untuk memastikan anak tidak ketagih bermain atau melayani telefon bimbit mahu pun tablet.
1. Jangan beli selagi tiada kepentingan
Jangan beli telefon atau tablet untuk anak-anak selagi tiada kepentingan untuk menggunakannya. Tidak perlu kenalkan mereka dengan komputer di awal usia apatah lagi game di internet.
2. Jangan main game depan anak
Walau pun anda suka bermain game tapi jangan tunjukkan ‘kegilaan’ itu di depan anak-anak. Bagaimana mahu menegur anak jika bapa sendiri pun berjam-jam melayan game.
3. Bawa ke majlis ilmu
Mahu memberi ilmu atau pengetahuan caranya bukan semata-mata memberi gajet. Adalah lebih baik ibu bapa terus membawa anak-anak ke majlis ilmu. Ajak anak mendengar tazkirah di masjid atau surau, kem, kelas agama atau mana-mana majlis ilmu.
4. Bawa anak beriadah
Jika tidak memberi gajet, ibu bapa mesti mencari aktiviti untuk memenuhi masa anak sebagai gantinya. Ajak anak berbasikal, beriadah di taman permainan atau apa-apa aktiviti di luar rumah agar mereka tidak bosan.
5. Ajak anak baca al-Quran
Daripada menghabiskan masa dengan telefon berjam-jam, hadkan masanya. Ajak pula anak baca al-Quran tapi pastikan ibu ayah turut membacanya bukan hanya menyuruh.
6. Hadkan masa menonton TV
Kesan menonton tv berlebihan sama juga dengan gajet, jadi hadkan masa menonton anak. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tapi jika berlebihan, tak elok juga.
7. Tanamkan sifat zuhud
Tanamkan dalam jiwa anak-anak sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah. Terus-terang pada anak-anak, ‘keluarga kita orang susah‘. Fahamkan anak-anak, jangan terpengaruh dengan anak-anak orang berada yang membeli telefon bimbit atau gajet yang mahal.
8. Kenalkan dengan buku ilmiah
Kenalkan anak dengan buku-buku ilmiah. Kalau boleh kurangkan mereka membaca buku kisah-kisah dongeng. Berikan mereka buku-buku ringkas sirah Nabi s.a.w. Ada banyak di pasaran. Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Ambil sedikit masa 10 minit sebelum tidur sebagai contoh cerita tentang Nabi s.a.w.
Sumber : tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai kosong. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.