4 Punca Asyik Tidur Berdengkur, No 3 Memang Selalu Berlaku!

Share

Apabila pasangan tidur berdengkur memang buat tidur jadi tak lena.

Satu malam boleh menganggu tidur. Serba salah nak kejutkan pasangan.

Jadi nak elak semua ini kerap terjadi, kena tahu bagaimana atau punca ia terjadi.

Pakar ENT, Dr Ezairy M Sallih memberikan jawapan kepada masalah ini.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Ramai yang bertanya saya, “macam mana nak selesaikan masalah tidur berdengkur ni?”

Masalah ini selalunya ditanyakan kepada saya daripada kalangan wanita. Isteri mengadu suami tidur berdengkur (sebenarnya lelaki pun alami masalah sama, cuma mereka ni selalunya jarang mengadu 😬)

Saya senaraikan beberapa punca yang biasa menyebabkan masalah ini.

1️⃣Pertama, masalah anatomi di dalam mulut pesakit. Sempit. Ia boleh jadi disebabkan oleh saiz tonsil yang besar, uvula atau anak tekak yang panjang, adenoid yang besar dan lain-lain.

2️⃣Kedua, masalah berat badan. Ini juga common berlaku kepada mereka yang ada masalah berdengkur. Apabila berat anda berlebihan, lemak-lemak yang berkumpul tu akan menyebabkan lebih sempit ruang atas nafas, tidur pun akan jadi berdengkur.

3️⃣Nombor tiga ialah penat. Letih. Maknanya apabila anda alami keletihan akibat kerja sepanjang hari, otot-otot dan struktur di dalam mulut dan rongga atas pernafasan akan jadi lebih ‘lax’ macam lembiklah lah bahasa mudahnya. Jadi, apabila anda tidur, bunyi berdengkur akan lebih ketara.

4️⃣Nombor empat ialah faktor umur. Lebih berusia anda, maka lebih mudah untuk anda alami tidur berdengkur. Sebab itu jugalah ramai kaum wanita ini mengadu, “dulu suami saya tidur tak berdengkur, tapi sekarang ni dah berdengkur..” Ha, semua yang muda akan tua. Yang tegang pun lama-lama jadi kedut. Macam tu jugalah seiring dengan faktor peningkatan usia.

Oleh itu, tip dari saya.. amalkanlah gaya hidup yang sihat, rajin bersenam, jaga berat badan, semua ini tidak boleh menyembuhkan masalah ini seratus peratus, tetapi ia boleh membantu mengawal masalah ini.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Pakar ENT
ENT Head & Neck Surgeon
Johor Bahru

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club