4 Perkara Patut Elak Selepas Berbuka, Rahsia Utama Perut Leper Dan Tubuh Sihat

Share

Bulan puasa ni ramai ibu-ibu yang mengambil kesempatan untuk mengurangkan berat badan. Ya..inilah kesempatannya nak menghadkan makanan. Maklumlah nak berdiet setiap hari bukan senang, jadi puasa adalah jalan terbaik. Bolehlah ambil kesempatan sekali.

Pemakanan yang tepat sememangnya adalah kunci kepada rahsia cantik. Namun tersalah memilih makanan dan amalan makanan yang kurang sihat di bulan puasa ni juga memberi kesan pada tubuh.

Perut leper juga kena ada petuanya supaya wanita sentiasa nampak cantik tanpa perut menggelebeh. Selain mengawal jumlah makanan yang diambil, wanita juga kena ada cara untuk memastikan bukan hanya perut leper tetapi paling penting sihat luar dan dalaman mereka.

Apa yang harus dilakukan untuk pastikan perut leper dan cantik ini? Selepas setiap kali makan, terutama di bulan puasa ni, janganlah sesekali lakukan perkara ini. Ada baiknya untuk anda mengikuti cara ini. Tak percaya kenalah cuba terlebih dahulu.

Jangan Minum Teh
Daun-daunan teh sebenarnya mengandungi asid tertentu. Kandungan asid ini mengakibatkan protein yang terkandung dalam makanan yang dimakan menjadi keras. Akibatnya, protein sukar untuk dicernakan dan ini akan melambatkan proses penghadaman. Ini pastinya mengganggu tubuh lebih sihat, begitu juga dengan perut.

Jangan Mandi
Apabila mandi, suhu badan akan terus meningkat dan ini membuatkan darah dihantar lebih sedikit kepada seluruh permukaan kulit. Ini juga akan mengganggu metabolisme tubuh sekaligus sistem pencernaan. Jadi berikan masa untuk makanan dihadam sebaiknya kemudian barulah mandi.

 

Elak Makan Buah
Menurut pakar motivasi, buah disarankan sebagai ‘appertiser’ atau pembuka hidangan, iaitu permulaan sebelum menjamah makanan berat. Menikmati buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Anda masih boleh menjamah buah, hanya selepas 2 jam makanan berat diambil.

Lambatkan Minum
Ketika berbuka, cuma untuk tidak minum air terlebih dahulu. Minum sejumlah air selepas makan memang baik untuk kesihatan namun amalan Nabi kita dengan melambatkan sedikit pengambilan air ada benarnya. Ini bagi membolehkan makanan dihadam dengan sebaiknya sebelum air dengan jumlah yang banyak diambil. Yang pasti perut kekal cantik dan tidak buncit. Pastikan hanya air kosong sahaja.