Bila ada anak kecil perkara paling digeruni oleh ibu bapa iaitu bila anak jatuh sakit. Golongan kanak-kanak dan bayi antara yang paling berisiko tinggi mudah dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit.
Kini selepas negara berada dalam fasa peralihan endemik, ramai ibu bapa sudah boleh menarik nafas lega terutama apabila anak-anak mereka sudah menerima suntikan COVID-19 kerana kurangnya risiko boleh dijangkiti virus tersebut.
Bagaimanapun, kini terdapat beberapa penyakit berjangkit yang dibimbangi kerana jumlah kes kanak-kanak yang dijangkiti semakin meningkat.
Pakar Pediatrik & Pakar Endokrinologi Pediatrik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Rashdan Zaki Mohamed mengingatkan para ibu bapa agar lebih prihatin dalam memantau kesihatan anak masing-masing.
4 Jenis Penyakit Membimbangkan
Menurutnya terdapat 4 jenis penyakit yang semakin banyak menyerang kanak-kanak ketika ini. Beliau berkongsi info tersebut di laman Twitter dan Facebooknya.
⚠️ Parents, please watch out for:
1. MIS-C (post COVID)
2. HFMD
3. RSV pneumonia / bronchiolitis
4. Acute hepatitis (a new concern)
These are our latest health concern in children. Cases 1 – 3 in the rise. 4 is the new concern by WHO
Follow this thread
— Dr Rashdan Zaki Mohamed (@RashdanMohamed) May 6, 2022
Menurutnya lagi, kes jangkitan penyakit nombor 1 – 3 semakin meningkat saban hari. Sementara penyakit nombor 4 iaitu Acute hepatitis merupakan kebimbangan baru oleh World Health Organization (WHO).
PENTING
IBU BAPA WAJIB AMBIL PERHATIAN 4 PENYAKIT DI BAWAH YANG KETIKA INI MENJADI KEBIMBANGAN UTAMA
1.MIS-C / KAWASAKI
– Komplikasi jangkitan COVID-19 (biasanya setelah 2-4 minggu jangkitan COVID-19)
– Organ utama yang terjejas adalah JANTUNG, namun organ lain juga boleh turut terjejas
– Tanda utama: Demam berpanjangan, ruam merah, bibir merah/kering/merekah, mata merah, bengkak kalenjar limfa, bengkak kaki/tangan
– Tanda lain: debar-debar, keletihan, nampak tidak sihat keterlaluan
2. HFMD
– Penyakit kaki, tangan, mulut
– Amat mudah berjangkit!
– Boleh dapat komplikasi radang jantung (dan organ lain), namun kebiasaannya jangkitan ringan
– Tanda utama: ruam kaki/tangan, ulser mulut
– Sebabkan ada ulser mulut, anak kurang makan/minum, membawa kepada kekeringan/dehidrasi
– Kes sekarang ini tengah meningkat
3. RSV
– Respiratory syncytial virus – virus yang biasanya menyerang peparu dan salur/sistem pernafasan
– Jangkitan kuman pneumonia/bronchiolitis/wheeze
– Tanda utama: Demam, sesak nafas, nafas laju/berbunyi
4. HEPATITIS
– KKM dan WHO baru umum
– Ada KEBIMBANGAN BARU di mana jangkitan/radang pada hati (hepar/liver) dikalangan kanak-kanak
– Tanda utama: kekuningan pada kulit/mata (jaundice), loya, muntah, hilang selera makan, keletihan
– Punca utama masih dalam siasatan
Sumber: Facebook Twitter Rashdan Mohamed
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)