Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang kenal. patah lagi ayat-ayat penuh berseni sering menjadi wadah tatkala berkata-kata.
Mengenali susuk tubuh bernama Ahmad Fedtri Yahya ini, pasti ramai bersetuju beliau juga seorang suami dan ayah yang hebat. Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun dia tidak mengabaikan keluarga.
Seringkali anak kelahiran Pantai Remis Perak ini memuat naik perkongsian bersama anak dan isteri. Caranya melayani anak-anak cukup membuatkan warganet kagum.
Terbaru, Fedtri berkongsi luahan rasa sempena ulang tahun perkahwinannya bersama Nurul Anati Ismail.
Salam Jumaat. Alhamdulillah, today is our 10th anniversary 🤲🌸
Ads
Pantas waktu berlalu, sudah 1 dekad berjuang membina kehidupan bersama isteri dan 4 orang cahaya mata. 4 kali bertarung nyawa melahirkan. 4x juga pernah keguguran.
Pengorbanan isteri dalam membina keluarga ini, hanya Allah yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran. Rumah tidak lengkap dipanggil rumah, kecuali setelah ada wanita solehah dan ibu misali di dalamnya.
Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kami 🤲❤️
Semoga kebahagiaan milik kita semua. Amin ya Allah 🤲🥰
Dalam satu temubual sebelum ini, Pengacara terkenal ini mengakui, bab mendidik anak-anak dia dan isteri sentiasa ada masa untuk berbincang.
“Walaupun antara kami, saya paling sibuk, kalau tak jumpa kami akan hantar mesej atau call. Termasuklah bab sekolah, tadika dan sebagainya. Biasanya memang kami suka berbincang dalam semua hal.
Ads
“Walaupun sentiasa sibuk, tetapi anak-anak dan isteri jadi keutamaan. Biasanya saya akan buat jadual dan pastikan keperluan penting untuk keluarga terjaga. Dalam bab mendidik, saya tak nafikan, isteri memainkan peranan penting dalam semua hal. Malah, antara saya dan isteri, dia lebih tegas dengan anak-anak,” ujar Fedtri.
Fedtri dan Nurul Anati yang berkahwin pada Mei 2011. Pertemuan pertama kali disebuah masjid akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.
“Perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada dia (Nurul Anati) antara sebab kenapa saya terpikat dengannya. Malah, dia wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihan saya selain sangat memahami kerja dan kesibukan saya dalam bidang ini. Sehingga kini, dia tak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan hal-hal yang remeh.
Pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga dan sudah dikurniakan cahaya mata seringkali sibuk dengan urusan seharian. Kesibukan itu ada kalanya tanpa disedari mengabaikan pasangan dan membuatkan hubungan renggang.
Bukan bermakna rasa kasih sayang semakin pudar tetapi tuntutan kerja dan urusan anak-anak membuatkan anda terleka hingga mengabaikan pasangan. Banyak pasangan yang menganggap situasi ini adalah perkara biasa lantas membiarkannya hingga membuatkan hubungan suami isteri semakin sepi.
Tapi awas inilah yang akan menyebabkan rumah tangga mula memasuki fasa konflik. Pakar motivasi menyarankan cara untuk mengatasinya. Mungkin ada perasaan malu untuk bermanja dengan pasangan seperti waktu bercinta dahulu. Tetapi anda harus mencubanya dan selalu mempraktikkannya demi memperbaiki hubungan yang mula pudar.
Jadikan tip di bawah ini sebagai panduan:
1. Ubah susun atur perabot di bilik tidur untuk membangkitkan suasana baru dan segar. Letakkan pewangi untuk menghidupkan suasana yang menarik di kamar. Boleh juga hidupkan lilin aromaterapi.
2. Bangkitkan suasana romantis di rumah atau bilik tidur dengan memainkan muzik lembut dan romantik. Alunan muziknya sekadar cukup untuk telinga anda berdua sahaja. Lebih menarik muzik atau lagi kegemaran anda berdua.
3. Rancang dan sediakan hidangan yang istimewa dan digemari oleh pasangan. Hendak menawan hati suami kenalah gembirakan perutnya.
4. Cari peluang untuk bercuti bersama, bukan bersama anak-anak tetapi hanya anda berdua. Jangan bercuti di tempat yang terlalu ramai orang sebaliknya cari tempat yang damai di mana anda boleh berdua-duaan menikmati saat yang menenangkan.
5. Ajak pasangan beli makanan dan duduk bersantai tepi tasik, taman rekreasi atau tempat yang mudah buat anda. Makanlah sambil berbual. Bila sudah punya anak aktiviti mudah sebegini pun jarang kita buat kan.
6. Lakukan kembali acara mandi bersama yang mungkin sudah lama anda dan suami tinggalkan. Boleh jadi kali terakhir ketika berbulan madu.
7. Berikan hadiah dan ingat tarikh-tarikh penting buat anda berdua. Tidak perlu beri hadiah yang mahal cukup sebagai tanda ingatan. Tetapi, jika anda mampu tiada salahnya.
8. Jangan kedekut hendak memberi pujian terhadap pasangan. Luahkan sahaja apabila pasangan kelihatan cantik dan bergaya.
9. Bilakah kali terakhir anda mengucup dahi atau pipi setelah dia penat bekerja. Tahukah anda bahawa ciuman mesra anda dapat menghilangkan segala kepenatan pasangan. Tekanan sepanjang hari juga turut hilang. Itulah kuasa ciuman anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian daripada seorang ibu ini tentang apa sebenarnya yang diharapkan dan diimpikan oleh anak perempuan daripada lelaki bergelar ayah. Ini penting agar hati anak perempuan tidak terasa kosong malah diisi dengan penuh rasa kasih dan sayang daripada seorang lelaki bergelar ayah.
Oleh itu, ikuti perkongsian penuh daripada Puan Nurul Ilyani yang dipetik daripada siri ceramah Ustaz Nouman Ali Khan. Jom semak.
Jangan biarkan lelaki asing mengetuk pintu hati anak gadis kita sebelum tiba masanya..
Saya membuka siri ceramah beliau. Dalam bahasa Inggeris. Saya suka. Saya suka. Ustaz Nouman Ali Khan, pendakwah yang sangat saya senangi. Antara intipati kali ini:
Tahukah anda apakah self-esteem yang paling penting bagi anak gadis kita?
Bukan rasa dia pandai. Bukan rasa dia hebat.
Tapi diterima, dipuji, dikagumi oleh bapanya sendiri.
Perasaaan self-esteem tinggi apabila dikagumi oleh ayahnya sendiri bakal menyahkan lelaki-lelaki ajnabi yang cuba menggoda anak gadis kita.
Awak cantik pakai tudung. Awak sangat menarik bila membantu ibu. Hubby
Ayat-ayat di atas, jangan sampai keluar dari mulut lelaki ajnabi. Tapi biar keluar dari mulut ayahnya sendiri.
Pernahkah ayah-ayah memuji anak gadis begini? Jika belum, lakukan sekarang.
Bilakah kali terakhir ayah-ayah memuji anak gadis begini? Jika sudah lama mulakan semula.
Dengan ini self-esteemnya naik dan dia tidak ‘lapar’kan pujian lelaki lain yang boleh menjerumus dia ke kancah maksiat dan kebinasaan.
Ayah, Anak perempuan mahu didengari. Anak perempuan mulutnya becok dan banyak cakap biasanya. Kadang-kadang cerita pasal kawan yang dia bergaduh. Kadang-kadang cerita tentang permainan patungnya.
Ayah fokus. Jangan buat tidak tahu. Jangan terus masuk bilik. Tidur.
Arkitek utama Masjid Negara meninggal dunia pada usia 95 tahun, hilangnya tokoh seni bina negara. Arkitek utama Masjid Negara, Datuk Baharuddin Abu Kassim telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 Ogos 2024.
Arkitek Utama Masjid Negara Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun, Hilangnya Tokoh Seni Bina Negara
Berita duka pemergian Allahyarham itu dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum menerusi laman media sosial, Facebook.
“Kita kehilangan seorang tokoh yang disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim.
“Beliau seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya membentuk struktur alam bina kita,” katanya pada Selasa.
Menurut Sarly, visi dan dedikasi beliau antaranya diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara dan akan sentiasa memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, beliau turut berdoa agar ALLAH SWT menempatkan Allahyarham di syurga tertinggi dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya untuk menempuhi kehilangan berkenaan.
Sejarah Masjid Negara: Lambang Keagungan Islam di Malaysia
Masjid Negara, yang terletak di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, adalah salah satu mercu tanda utama yang mencerminkan keagungan Islam di negara ini. Masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah bagi umat Islam, tetapi juga sebagai simbol perpaduan dan identiti nasional bagi rakyat Malaysia.
Asal Usul dan Pembinaan
Idea untuk membina Masjid Negara timbul selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Ia adalah satu simbol kejayaan negara mencapai kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajahan. Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, adalah antara individu yang mencadangkan pembinaan masjid ini sebagai tanda syukur dan penghormatan kepada Allah atas nikmat kemerdekaan.
Masjid Negara dibina di atas tanah seluas 5.2 hektar dan proses pembinaannya bermula pada tahun 1963. Masjid ini direka oleh tiga orang arkitek utama: Howard Ashley, seorang arkitek dari Britain, dan dua arkitek Malaysia, Hisham Albakri dan Baharuddin Kassim. Pembinaan masjid ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Reka bentuk masjid ini mencerminkan gabungan seni bina Islam tradisional dan moden, yang melambangkan kemajuan dan perkembangan Malaysia yang baru merdeka.
Pembinaan Masjid Negara selesai pada tahun 1965 dan ia dirasmikan pada 27 Ogos tahun yang sama. Pada mulanya, masjid ini dirancang untuk dinamakan “Masjid Tunku Abdul Rahman” sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri pertama negara. Namun, Tunku Abdul Rahman menolak penghormatan ini dan mencadangkan agar masjid tersebut dinamakan sebagai “Masjid Negara” untuk melambangkan perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
Reka Bentuk dan Struktur
Masjid Negara terkenal dengan reka bentuknya yang unik dan menarik. Salah satu ciri yang paling menonjol ialah kubah utama masjid yang berbentuk bintang dengan 18 jejari, yang melambangkan 13 negeri di Malaysia dan lima rukun Islam. Kubah ini dilapisi dengan mozek biru dan hijau yang menyerupai bintang di langit, memberikan imej yang indah terutama ketika dilihat dari jauh.
Selain kubah utama, masjid ini juga mempunyai menara setinggi 73 meter yang menjadi salah satu ikon utama di Kuala Lumpur. Menara ini berfungsi sebagai tempat untuk mengumandangkan azan, panggilan untuk solat, yang dapat didengar di seluruh kawasan sekitar masjid.
Masjid Negara mampu menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu masa. Ruang solat utama dihiasi dengan lampu gantung yang besar dan elegan, manakala dinding-dindingnya dipenuhi dengan ukiran kaligrafi Arab yang indah. Di sekitar masjid, terdapat taman-taman yang hijau dan indah yang memberikan suasana tenang dan damai kepada para jemaah dan pelawat.
Masjid Negara berfungsi sebagai pusat keagamaan dan kebudayaan bagi umat Islam di Malaysia. Ia menjadi tempat berlangsungnya solat Jumaat, solat Hari Raya, dan pelbagai majlis keagamaan seperti ceramah dan kuliah agama. Selain itu, masjid ini juga sering dikunjungi oleh pelawat dari dalam dan luar negara, yang datang untuk melihat keindahan seni bina dan merasai pengalaman spiritual.
Sebagai sebuah institusi nasional, Masjid Negara juga sering menjadi lokasi untuk upacara rasmi negara, seperti majlis peringatan Hari Kemerdekaan dan sambutan Hari Kebangsaan. Ia menjadi simbol perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Penambahbaikan dan Pemeliharaan
Sejak pembukaannya, Masjid Negara telah melalui beberapa proses penambahbaikan dan pemeliharaan untuk memastikan ia terus kekal sebagai salah satu ikon utama negara. Pada tahun 1987, kubah utama masjid ini telah diganti dengan struktur yang lebih moden dan tahan lama. Selain itu, pelbagai kerja pembaikan dan peningkatan telah dilakukan untuk memastikan kemudahan di masjid ini terus selesa dan relevan untuk generasi akan datang.
Masjid Negara bukan sahaja sebuah tempat ibadah, tetapi juga lambang identiti dan kebanggaan Malaysia. Ia mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia serta menghormati keagungan agama Islam. Sejarah dan keindahan seni bina Masjid Negara akan terus menjadi warisan yang dihargai oleh rakyat Malaysia dan pelawat dari seluruh dunia.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...