Pejam celik, anak pula semakin membesar. Sesungguhnya anak adalah umpama kain putih, jika salah mencorakkannya, ia memberi kesan kepada kehidupannya apabila dewasa nanti.
Untuk mendidik anak rasa cinta dan hormat pada ibu bapa perlu dibina di atas dasar kasih sayang dan rasa terima kasih, bukannya hanya kepada status atau kuasa mutlak di atas gelaran ‘ibu’ dan ‘ayah’. Ikuti panduan ini dalam menjana pembangunan insaniah kanak-kanak.
Ini cara nak jadi ibu bapa yang awesome!
1.Teladan
Kanak-kanak belajar melalui peniruan. Sebagai ibu bapa anda harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Apabila anda berbuat baik dan bersikap sopan santun, anak akan meniru perbuatan ini. Jelaskan kepadanya berbuat baik akan disukai oleh Allah.
Ads
2.Membantu ibu bapa
Berikan anak anda tanggungjawab yang ringkas. Ajak anak melakukan kerja bagi meringankan beban anda. Contohnya, membantu ibu melipat baju dan membantu ayah menyiram pokok bunga. Cara ini akan membantu anak-anak supaya menyedari tanggungjawab membantu ibu bapa adalah kewajipan apabila dewasa nanti.
3.Tunjukkan kasih sayang
Ads
Antara ciri-ciri seorang kanak-kanak ialah suka dirinya dihargai dan dibelai. Cara menunjukkan kasih sayang seperti ucapan, sentuhan, perbuatan dan pemberian akan merangsang emosi positif anak anda. Kesannya kanak-kanak yang tahu mereka disayangi mempunyai keyakin diri yang tinggi dalam dirinya.
4.Ajari anak sikap pemaaf
Kanak-kanak mempunyai perasaan. Dengan kata-kata yang kesat atau bersifat menghukum hanya membuahkan rasa marah dan dendam di dalam jiwa anak anda. Jangan segan untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan terhadap mereka, kerana anda sedang mengajar mereka untuk suatu nilai yang sangat murni iaitu mengakui kesalahan dan sifat pemaaf.
Ads
Semoga menjadi ibu bapa yang hebat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangkakan. Ada sesetengah orang beranggapan mak-mak zaman dahulu tiada masalah seperti zaman sekarang. Tak kurang yang membuat perbandingan akan hal ini.
Kenapa mak dulu boleh jaga 10 anak, mak sekarang anak baru dua dah kecoh?
Inilah yang kita semua kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Jom baca perkongsian oleh Yaty Ishak tentang hal ini.
Saya paling anti kalau kenyataan ini.
‘Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?’
Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza.
Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 – 6 tahun camtu, saya sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik.
Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar.Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan dah tertidur sendirinya.
Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?
Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak confirm balik makan.
Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata.
Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihlah.
Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dahni!
Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar.
Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain.
Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!
Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan.
Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang ‘kawin’ terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana.
Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Usahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itulah, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas.
Mak nak anak balik sekolah sendiri?Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.
Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah!
Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang.
Mak sekarang? Anak dalam rumah pun orang intai lagi!
10 ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN DUA ANAK ZAMAN SEKARANG.
Pernah tular Pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam selepas mendedahkan tindakan seorang guru membuat lawak berkenaan rogol, hari ini tampil berkongsikan berita gembira.
Biarpun ada yang mendoakan kegagalannya, namun siapa sangka remaja ini memperolehi Keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
Dalam satu ciapan, Ain berkongsi bahawa meskipun diuji dengan pelbagai cabaran, dia tetap mampu memperolehi keputusan yang cemerlang bagi SPM 2021.
“Tak mampu saya ungkapkan betapa tertekan saya sewaktu SPM. Bukan sahaja ramai yang berkata ilmu saya tak berkat, malah ramai yang mendoakan saya gagal dalam pelajaran.”
Katanya, bahawa keputusan yang diperoleh itu juga adalah berkat daripada guru-guru yang ikhlas mengajarnya dan rakan-rakan lain di sekolah.
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) June 16, 2022
TRENDING DI TWITTER
Siapa sangka dengan keputusan SPM itu ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya. Walaupun cabaran yang dihadapinya, pelajar itu nekad dan berjaya memperolehi keputusan cemerlang.
Nak tahu rahsia gembira dengan cepat? Hakikatnya gembira bukan setiap hari. Tidak juga setiap masa. Emosi manusia berubah setiap masa.
Petang ini saya mahu kongsi satu tips bagaimana untuk cipta GEMBIRA apabila suasana adalah sebaliknya. Tips ini semestinya hasil dari kajian saintifik. Bukan rekaan.
Tips sebegini hanya dikongsi semasa sesi private coaching sahaja. Tapi untuk hari ini terimalah hadiah BRAIN HACKING OCOC ini secara PERCUMA.
Tips lain dikongsi masa Future Brain nanti.
Kaedah BRAIN HACKING OCOC mudah. Ikut 4 langkah berikut:
1. Ambil sebatang pensil bebasa plumbum
2. Lintangkan pensel tersebut dihadapan mulut.
3. Buka mulut dan gigit secara perlahan pensel tersebut. Tiada cengkaman gigi. Jangan sampai tinggalkan bekas gigi.
4. Buat selama 30-40 saat.
Itu sahaja. Ye ke? Mungkin perkataan ini terlintas di minda. Jangan percaya. Buat sahaja.
Apabila kita menggigit batang pensel yang diletak melintang, kita mengaktifkan otot muka. Otot ini akan hanya aktif apabila kita senyum. Gigitan yang membentuk rupa seperti tersenyum ini akan menghantar signal ke otak bahawa kita sedang senyum.
Akibatnya? Otak mula merembeskan hormon GEMBIRAnya.
Jadi apabila nak pulang sekolah dengan muka sugul, ambil pensel minta anak buat terapi BRAIN HACKING OCOC ini. Katakan pada anak, cuba senyum. Pasti menjadi.
Oh ya. Boleh juga dicuba untuk En Suami dan Puan Isteri. Jangan PERCAYA. BUAT sahaja.
.
Boleh tolong TAG, SHARE, KOMEN dan LIKE. Biar rakan yang lain tahu. Apabila orang lain GEMBIRA kita akan GEMBIRA sama.
Sumber: FB Dr Rizal Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.