Jangan sesekali anggap masalah bau badan benda yang remeh. Lebih-lebih lagi buat anda yang sudah berkahwin. Boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pasangan untuk berada dekat dengan kita.
Jadi, sebelum suami atau rakan merungut tentang hal ini atau mungkin menjauhkan diri, sebaiknya cuba atasinya dengan segera. Bau badan terjadi bukan hanya disebabkan oleh peluh di ketiak semata-mata. Ia disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan tubuh badan.
Bakteria dan virus yang membiak sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak. Kita mungkin tidak sedar akan bau tersebut.
Selain pemakaian produk moden, ada juga cara alami yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Jom Semak kaedah tradisional ini :
1. Guna Daun Sireh
Ads
Daun sireh antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Antara caranya adalah dengan ramas daun sirih dan campurkan dengan tawas. Kemudian letakkan pada bahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagian tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
Ads
3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Ads
4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Khidmat dan bakti yang dicurahkan oleh doktor dan jururawat dalam menjaga ahli keluarga kita yang sedang sakit ketika berada di dalam wad memang besar pengorbanannya. Keikhlasan hati mereka dalam memberikan khidmat terbaik kepada semua pesakitnya, jika dilihat sama kasih sayang dan layanannya seperti menjaga ahli keluarga sendiri.
Bersempena Hari Jururawat yang disambut semalam (12 Mei), Doktor ini telah berkongsi satu kisah yang cukup menyentuh hati tentang hubungan kasih sayang antara jururawat di hospital tempatnya bertugas dengan anak kecil yang dinamakan Dewi Yusra.
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya agar dapat memberi kesan yang lebih baik untuk kita semua dalam menghargai jasa untuk setiap orang yang ada disekeliling kita lebih-lebih lagi kepada jururawat dan doktor yang banyak berjasa.
Di hospital dulu, antara pesakit yang paling lama kami pernah jaga adalah seorang bayi perempuan bernama Yusra.
Sejak lahir, sehingga umurnya setahun lebih, bayi ini berada dalam NICU kerana kondisinya yang memerlukan bantuan mesin ventilator untuk bernafas. Tugas saya ketika itu adalah untuk menjaga luka lubang ventilasi di kerongkongnya dan di kepala.
Dewi sentiasa dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tak bergerak. Macam sleeping beauty yang sedang tidur. Menanti putera yang tak kunjung tiba, sambil ditemani orang kerdil yang menjaganya tidur.
Kamilah orang-orang kerdil tu. Para doktor dan jururawat.
Ahli keluarga bayi ni pada mulanya kerap datang melawat, namun semakin hari bertambah, semakin jarang, dan sampai satu tahap, hanya datang bila dipanggil oleh pihak hospital.
Maka, tanggungjawab menjaganya jatuh dibahu para jururawat. Jururawatlah yang beri susu melalui tiub di hidungnya. Jururawat yang membersihkan najisnya.
Malah, nama Yusra itu pun mereka yang beri.
Ia nama timangan yang diberi oleh jururawat NICU kepada bayi itu memandangkan tiada nama rasmi yang didaftar untuk bayi ni oleh ahli keluarga. Kerana ni nama timanganlah saya berani gunakan nama ini.
Rutin saya adalah untuk melawat Yusra setiap 2-3 tiga hari sekali untuk menukar balutan luka. Kerap juga ketika saya bertandang ke bilik Yusra, terlihat jururawat sedang bercakap-cakap dengan Yusra. Ada masanya menyanyi untuknya.
“Yusra, birthday Yusra hari ni tau. Bila Yusra nak OK?”
Itu antara dialog yang saya dengar pada salah satu lawatan saya ke NICU. Nadanya tak ubah seperti yang biasanya diucap oleh seorang ibu kepada anaknya yang sakit. Tangannya pula sedang sibuk menukar lampin Yusra.
Di bingkai katil, kelihatan tertampal kad sambutan hari lahir. Buatan tangan dan dipenuhi ucapan hari lahir para jururawat dan petugas NICU yang lain. Syahdu pula lihat situasi tu.
Berbahagi kasih
Menjaga bayi di NICU adalah tugas para jururawat, namun memberi nama yang indah-indah adalah sesuatu yang peribadi, sesuatu yang intim, sesuatu yang insani, yang hanya berlaku jika ada kasih dan sayang di dalam hati.
Sambutan hari lahir Yusra juga bukti Yusra bukan cuma seorang pesakit di NICU pada para jururawat, tetapi seorang kanak-kanak yang selayaknya dirai walaupun sejak lahir hingga umurnya mencecah 365 hari, dia hanya berbaring di dalam katil di NICU.
Seingat saya juga ada mereka belikan baju raya buat Yusra. Warna kuning jika tak silap. Yusra kena pakai pakaian hospital, jadi mereka bentang baju itu diatas dadanya. Seolah-olah Yusra memakainya.
Pulang Bertemu Kekasih Abadi…..
Setelah menumpang kasih selama setahun lebih di NICU, akhirnya tiba masa untuk dia pulang. Kami bersedih, malah pegawai dari jabatan kebajikan sosial perubatan mengalirkan air mata. Yusra pulang menemui kekasih abadi, penciptanya.
Saya harap Yusra menanti ibu-ibunya di pintu syurga dengan senyuman. Itu sahaja yang mampu saya doakan buat para jururawat yang menjadi ibu buat Yusra sepanjang hayatnya di dunia ni.
Terima kasih juga buat semua jururawat yang akan, sedang, dan telah berbakti dengan penuh dedikasi kepada masyarakat. Selagi mana kalian bertugas dengan kasih sayang, selagi itu kami semua akan doakan kebaikan buat kalian.
Salam Ramadan. Selamat Hari Jururawat. Selamat Hari Ibu. Moga diberkati sentiasa olehNya.
Wow, tengok pun rasa rasa terliur ni. Bagi orang Pantai Timur, ini antara menu yang wajib buat kan. Nak belajar buat sendiri? Nah admin kongsikan resipi dari puan Zurila Ghani
KETUPAT SOTONG KELANTAN.
Sedap dimakan begitu saja. Jom buat. Bahan-bahan
1 kilo sotong
2 cawan beras pulut
2 keping nise/gula melaka
1 kotak santan
3 helai daun pandan
1biji bawang merah dihiris
Sedikit halia dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Air Cara2
Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.
Basuh sotong bersih-bersih. Terpulang lah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.
Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isi kan separuh je dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
Ok dah boleh start masak. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi,sedikit santan,nise atau gula melaka,bawang,halia,garam,daun pandan dan sotong. Buka api masak hingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api. Siap. Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Vokalis kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk. Amy menjadi satu satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tun Mohd Ali Rustam, Amy, 64, yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato Sri Rauf Yusoh melahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diterimanya selepas 42 tahun menjadi anak seni.
“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.
“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali” ujar Amy.
Namun kata Amy, penganugerahan pingat Datuk yang dikurniakan kepadanya adalah sebuah tanggungjawab dan pengiktirafan buat seluruh karyawan hiburan
“Dengan dikurniai pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik dan pingat ini sebenarnya juga bukan untuk saya secara individu tetapi adalah mengiktiraf bahawa anak seni atau karyawan hiburan juga memainkan peranan penting dalam sosio ekonomi kita” katanya lagi.
Sangat menyukai seni bina Melaka, Amy menikah dengan Norhasliza Hassan yang dilahirkan di Melaka serta memiliki lima orang anak termasuk aktres dan hos, Nabila Huda.
Amy yang memulakan kariernya sekitar awal tahun 80-an sudah menerima banyak pengiktirafan dalam dunia muzik termasuk mencetus fenomena lewat lagu Isabella bersama kumpulan legenda, Search.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.