4 Artis Ini Terus Istiqomah Hayati Agama Islam, Peminat Titip Doa
Manusia amat dituntut melakukan perubahan dalam kehidupan iaitu berubah daripada keadaan tidak baik kepada keadaan yang baik.
Firman Allah SWT: “Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.” (Al-Anbiya’: 1)
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Lantaran itu, kita pastinya akan melakukan muraqabah dan muhasabah diri untuk menjadi hamba muslim yang lebih baik.
Begitu juga dengan beberapa selebriti yang melakukan penghijrahan buat diri dengan mendekatkan diri dengan agama Islam.
Nyata hidup tidak selama-lamanya lalai dengan tuntutan agama. Kehidupan mereka berubah demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Antara nama besar yang dilihat mendalami agama Islam Nabil Ahmad, Saharul Ridzwan, Lisa Surihani dan Mizz Nina. Sehingga kini mereka terus istiqomah mendalami agama Islam. Kesungguhan mereka mendapat pujian dan titipan doa daripada peminat.
Sebelum ini pada ketika usia 37 tahun, pengacara dan penyampai radio ini memberi tahu baru mengetahui wujudnya suasana beribadah seperti tahajud, qiamullail dan lain-lain lagi. Ini dinyatakan setelah dia menyertai menyertai tabligh. Malah isterinya juga turut berhijab setelah dia mendalami agama Islam. Siapa sangka selama ini Nabil telah mewakafkan van jenazah untuk kegunaan kariah Mambau Negeri Sembilan.
BINA SURAU DI RUMAH
Semoga Nabil dan keluarga dapat beribadah dengan tenang menghabiskan usia tua dengan ibadah.
Pelakon, Shahrul Ridzwan yang terkenal dengan watak romantik kini dilihat tidak aktif dalam dunia seni setelah melakukan penghijrahan. Dia lebih memahami mengenai Islam selepas mengikuti kumpulan jemaah tabligh. Pelakon Tercipta Satu Ikatan memberi tahu dirinya masih dalam proses mendalami ilmu agama dan berharap penganut Islam lain juga dapat memimpin keluarga mereka dengan kesedaran tentang agama. Selain itu, penampilan dirinya juga dilihat berubah apabila kerap memakai jubah dan berkopiah.
Siapa yang tidak mengenali isteri kepada pengarah terkenal Datuk. Yusry KRU, Datin Lisa Surihani yang kini sering menyertai majlis ilmu dan pengacara berkaitan agama Islam. Dia yang kini tidak lagi aktif berlakon sering meraih perhatian peminatnya apabila muncul tanpa secalit solekan. Istiqomahnya dalam mendalami agama membuatkan peminat memujinya.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, merupakan penyanyi yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan setelah berhijab. Bahkan, dia juga melanjutkan pengajian dalam Diploma Pengajian Islam secara atas talian, Dalam pada itu, dia juga berkecimpung dalam bidang perniagaan fesyen muslimah dan program keagamaan.
DIUNDANG KONGSI KISAH HIDUP SETELAH MELAKUKAN PENGHIJRAHAN
Kaki buli, biadap, suka melawan dan pelbagai lagi perangai anak-anak baik dulu sehingga sekarang. Bezanya zaman dahulu tiada media sosial yang melaporkan hal ini secara meluas seperti sekarang.
Apa sebenarnya punca kelakuan dan perangai mereka jadi sebegitu rupa? Jom semak 5 faktor yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif di laman facebooknya:
Dr Taufik Razif
1. Tengah Fasa Egocentric
? Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa egocentric lagi. Yang ni takpe, jangan risau. Anak kita nampak macam biadap, tapi sebenarnya dia tengah membina karakter diri. Kita kena bersabar dan tenang tapi jangan sampai tak tegur ye. Kalau anak biadap, kena tegur tapi bagi la SEBAB kenapa perbuatan dia tu salah. Jangan tegur tanpa bagitahu KENAPA perbuatan tu salah.
2. Anak Rasa Tak Selamat
? Kadang-kadang kita teremosi terlebih sangat sampai anak kecil kita rasa tak selamat. Tu la puncanya TRUST anak kita pada kita jadi hancur. Masa anak kecil ni la dia nak kena ada someone yang dia TRUST. Bila anak rasa tak selamat je memanjang, otak dia akan bertindakbalas dengan 3F :
I. Fight ▶ melawan. Ni la antara punca biadap
II. Flight ▶ dia akan jadi penakut dan pasif
III. Freeze ▶ anak jadi konfius dan pendiam
3. Pengaruh Eksternal
? Sepatutnya mak ayah la yang kena pengaruhi anak tapi bila masa kita kurang bersama anak, selalu sibuk memanjang dan hadap handphone 24 jam je maka anak akan cari sumber luar untuk dia ikuti. Tu yang anak jadi mudah terpengaruh dengan anasir jahat di luar sana.
4. Mak Ayah Pendengar Yang Teruk
? Anak biadap ni kadang-kadang sebab dia rasa tak didengari. Ye, tu salah satu cara anak kita nak berkomunikasi dan nak bagitahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara tu salah. Salah kita juga, sebab tak tahu nak baca emosi anak kita. Ada masanya dia perlukan penghargaan kita, ada masanya dia nak kita puji pencapaian dia. Tapi kita tak dengar, sebab kita sibuk dengan hidup kita je!
5. Mirroring
? Yes, anak kita adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia nampak kita kurang ajar dengan atuk dan nenek dia, dia akan tiru! Bila dia nampak kira kurang hormat pada suami kita, dia akan tiru! Bila dia nampak kita tak hormat, kasar, biadap dan suka menyuruh tanpa kasih sayang pada isteri kita, anak kita pun akan ikut tiru!
Siapa sangka, tangan yang dikatakan menghayun buaian boleh mengoncang dunia hakikatnya mempunyai jiwa yang rapuh dalam diam. Nalurinya sebagai kaum hawa menyebabnya dirinya derita dalam diam hingga membuatkan wanita tidak tahan dengan tekanan.
Golongan wanita dikenalpasti lebih ramai mengalami masalah tekanan mental berbanding kaum lelaki. Rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan kira-kira 41.9 peratus wanita mengalami masalah kesihatan mental berbanding lelaki yang mencatatkan 29.3 peratus.
Tahukah anda bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi data pada tahun 2015 mendedahkan, dari segi gender golongan wanita mencatatkan kadar kelaziman gangguan mental kemurungan paling tinggi iaitu 5.1 peratus; berbanding lelaki 3.6 peratus!
Manakala dari segi umur, kadar kelaziman gangguan mental kemurungan adalah tinggi dalam lingkungan umur dewasa tua iaitu di antara 55 tahun hingga 74 tahun (7.5 peratus wanita, 5.5 peratus lelaki).
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga dan Organisasi dan Pakar Terapi Minda. Dr Hjh Azuraida Shahadan, mengakui situasi itu benar berlaku di negara ini.
Katanya lagi ia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang menjadi punca wanita tidak dapat mengawal emosi berbanding lelaki.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Majalah Keluarga, beliau menjelaskan terdapat pelbagai punca berlaku tekanan kepada wanita antara punca berlaku adalah perubahan hormon termasuk hamil dan kedatang haid yang menyebabkan emosi tidak stabil.
Bahkan katanya lagi, tanggungjawab wanita ‘multiskill’ bukan sahaja sebagai pekerja tetapi sebagai isteri yang perlu menggalas tangungjawab yang berat dalam keluargnya.
VIDEO PENUH : Derita Dalam Diam, Wanita Tak Tahan Tekanan
“Ekoran pelbagai tanggungjawab yang digalas, menyebabkan seorang isteri itu ‘burnt out’.”
Malah katanya lagi, cara wanita untuk menguruskan emosi berbeza dengan lelaki menyebabkan peratusan tekanan emosi yang dihadapi wanita tinggi berbanding lelaki.
“Kaum lelaki bijak menyimpan emosi berbanding wanita yang suka menangis di khayalak ramai. Wanita jika nak marah dia marah je berabding lelaki.
Sebelum mengakhir perkongsiannya beliau menasihati agar wanita mempunyai kesedaran untuk mengawal emosi dan tahu cara untuk mengatasi tekanan.
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA
Nak pastikan cinta suami macam magnet, isteri kena cuba perkara ini. Mudah sahaja panduannya. Dengan ini, nyata setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal sehingga akhir hayat. Kadangkala kelakuan anda bakal membuatkan pasangan bosan dan rimas sehinggakan rasa sayang itu semakin berkurangan.
Rasa cinta itu boleh dipupuk sekiranya pasangan saling memahami dan berkomunikasi dengan baik. Seorang isteri juga mempunyai peranan penting agar rumah tangga yang dibina kekal utuh dan berpanjangan. Pastinya anda ingin disayangi oleh suami hari demi hari.
Percayalah jika isteri lakukan tujuh perkara ini pasti cinta dan kasih sayang suami akan terus melekat seperti magnet. Kenapa nak tunggu, ayuh lakukan sekarang!
1. BELAJAR MENDENGAR
Satu sifat wanita yang memang tidak digemari lelaki adalah kuat membebel. Cuba belajar mendengar dan kurangkan bebelan anda. Lelaki jarang mahu berkongsi masalah mereka dengan sesiapa. Tapi sekiranya suami tiba-tiba mahu berbicara secara serius, berilah perhatian kepadanya. Ada masanya komen isteri tidak diperlukan pada ketika itu kerana suami sekadar mahu meluahkan bebanan yang ada di dadanya. ‘Telinga’ yang isteri berikan itu sudah cukup membuatkan suami rasa sedikit lega.
2. BERI SUAMI MASA UNTUK BERSENDIRI
Kadangkala apabila seseorang lelaki itu mempunyai masalah atau tertekan dengan sesuatu, apa yang dimahukan adalah ketenangan untuk dia bersendirian. Berikan suami ruang dan jangan menekannya dengan lebih banyak soalan kerana ini akan membuatkan fikiran suami lebih berserabut. Sekiranya dia mahu bercerita kepada anda, dia akan lakukannya setelah dia bersedia. Wanita yang faham dengan situasi pasangannya dan bertindak dengan wajar adalah wanita yang disenangi dan disayangi.
3. TUNJUKKAN CINTA DENGAN PERBUATAN
Kadangkala, perkataan sahaja tidak cukup untuk menyatakan cinta. Walaupun sudah berkahwin, sentiasalah menyemarakkan kasih sayang dan cinta anda berdua. Sudah berkahwin bukan alasan untuk anda tidak perlu melontarkan rasa cinta terhadap pasangan. Sesekali buat kejutan untuk suami dengan menghantar makanan kegemaran suami di tempat kerjanya. Buat suami rasa bangga dan cemburu pada orang sekeliling dengan cara anda melayannya. Ataupun mungkin anda menempah makan malam romantik walaupun bukan pada hari istimewa untuk anda berdua nikmati masa bersama.
4. MANJAKAN SUAMI
Sudah menjadi sifat seorang lelaki menyukai wanita yang pandai memanjakan mereka. Memanjakan suami merupakan tugas isteri. Beri urutan lembut di bahu ketika suami pulang bekerja ataupun urut kakinya ketika suami hendak tidur. Pasti layanan manja yang isteri berikan ini akan membuatkan suami bertambah sayang kepada anda.
5. JAGA PENAMPILAN DAN TINGKAH LAKU
Jaga penampilan dan tingkah laku anda di hadapan suami. Suami amat suka melihat isterinya sentiasa tampak bergaya dan menawan bukan hanya ketika keluar rumah, malah di rumah juga. Walaupun usia isteri semakin meningkat, bukan alasan untuk isteri tidak boleh bercantik untuk suaminya. Usahalah menjaga penampilan diri agar suami tidak jemu-jemu memandang dan memuji anda.
Selain penampilan, tingkah laku anda di luar juga harus ada batasnya. Ingat bahawa anda sudah bersuami dan merupakan isteri orang. Apa pun yang anda lakukan di luar akan membawa nama suami. Tingkah laku anda sama ada baik atau buruk boleh memberi kesan kepada nama baik dan maruah suami.
6. SETIA DAN TAAT
Bersikap setia dan sentiasa taat pada suami terutamanya ketika suami dilanda musibah yang menimpa dirinya. Sentiasalah memberi semangat kepada suami walau apa juga keadaan senang mahupun susah yang menimpa. Jatuh bangun seseorang suami itu kerana adanya seorang wanita di belakangnya.
7. SENTIASA BERSYUKUR
Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan oleh suami terhadap anda dan keluarga. Sentiasa ucap terima kasih kepada suami agar dia rasa dihargai dan dicintai oleh anda. Dengan cara ini, suami akan lebih mencintai anda sepenuhnya. Jangan sesekali menunjukkan rasa kecewa kepada suami kerana ini boleh membuatkan suami bersedih.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.