Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Ia menjadi satu hari penting yang harus diingat dan diraih.
Imbau dan rasai momen manis pastinya kembalikan kasih sayang yang menyatukan pasangan selama hidup bersama.
Perkongsian Raja Permaisuri Agong Tengku Puteri Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar menerusi Instagram airtangan_tuakuazizah yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 35 mengundang perhatian ramai warganet. Pasangan romantik ini sentiasa kelihatan mesra dimana jua ibarat di hari pertama melangkah ke alam perkahwinan.
Hari ini 35 tahun yang lalu, menyatunya dua hati antara Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah dengan Tengku Puteri Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar. Majlis Istiadat Akad Nikah Pengantin Diraja telah berlangsung di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, diikuti Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Besar, Johor Bahru pada 19 Julai. Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pula menyusul pada 26 Julai.
Perkenalan baginda berdua bermula sejak mereka masing-masing berusia 13 dan 12 tahun daripada pertemuan di acara polo yang sering diadakan oleh keluarga Diraja Pahang dengan Johor, membawa sehingga ke peterana. Perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang itu menjadikan Tengku Azizah sebagai Tengku Puan Pahang.
Pada Julai 2019, Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-16.
Sepanjang usia sebagai suami isteri, pasangan Diraja ini dikurniakan sembilan orang cahaya mata; empat putera dan lima puteri.
Ramai orang yang sering menggunakan perkataan ‘pening’ apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doktor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar.
.
Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya.
.
Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan atau dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyucuk di dalam kepala. Rasa pening pula adalah rasa seperti kita duduk di atas kerusi dan rakan kita memutarkan kerusi itu. Atau pun kita duduk di kerusi, seluruh bilik berputar mengelilingi kita.
.
Ada juga yang menggunakan istilah pening apabila rasa seperti mahu pitam kerana tiba-tiba rasa kepalanya ringan atau rasa dirinya mahu terbang dari atas tanah. Seolah-olah beliau rasa ditarik ke atas udara secara tiba-tiba. Pesakit ini mungkin rasa tidak stabil dan mahu jatuh. Sebenarnya beliau lebih rasa tidak seimbang lalu mahu jatuh. Ini adalah tanda yang lebih bahaya. Dalam bahasa mediknya disebut sebagai “presyncope”. Ini berlaku apabila kepekatan oksigen yang sampai ke otak tidak mencukupi. Ia mungkin tanda strok, serangan sakit jantung dan sebagainya.
.
Rasa pening juga boleh terjadi apabila seseorang itu bernafas terlalu laju, atau kita sebut sebagai ‘hyperventilation’. Selalunya disebabkan oleh perasaan terlalu risau. Ini pula berlaku apabila terlalu banyak oksigen sementara terlalu sedikit kepekatan karbon dioksida yang sampai sampai ke dalam otak. Perlu ada keseimbangan antara kepekatan oksigen dan karbon dioksida yang kita hirup dari udara.
.
Jadi sangat penting bagi seorang doktor mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar ‘pening’ atau mengalami masalah lain seolah-olah pening. Ini kerana punca, pemeriksaan dan rawatan bagi pening berbeza dengan masalah yang lain.
.
Tetapi apabila selalunya jika seseorang pesakit mengadu pening, selalunya ia merujuk kepada masalah vertigo. Namun sebagai doktor ialah harus memastikan perkara ini dengan bertanyakan beberapa soalan.
.
Antara soalan yang biasa ditanyakan ialah “Puan rasa seluruh bilik ini berpusing atau puan rasa sakit kepala seperti berdenyut-denyut?” Ini dapat membezakan antara dua simptom atau gejala yang berbeza.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak sulung pelakon popular, Datuk Aaron Aziz baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajiannya setelah tiga tahun menuntut ilmu di Jepun.
Perkara itu dikongsikan olehnya di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur dengan berkongsi momen-momen semasa dia dan keluarga hadir ke majlis konvokesyen anak sulungnya.
Difahamkan Danish Anaqi berjaya memperoleh pra diploma di sebuah kolej di negara matahari terbit itu.
“SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar. Terima kasih Allah kerana melindungi anak saya untuk tiga tahun ini. Danish, Daddy sangat bangga, gembira dan bersyukur.
“Awak dah capai banyak perkara yang tidak pernah Daddy capai dan awak akan lebih berjaya lagi selepas ini. Awak lalui semua halangan, ujian dan kesusahan dan telah memberi inspirasi kepada orang lain.” tulisnya di bahagian kapsyen.
Pelakon berusia 47 tahun itu turut menitipkan pesan buat anak lelaki tunggalnya itu supaya mengimbangi antara kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
“Apa yang Daddy minta daripada awak adalah untuk berjaya di akhirat juga dan itu akan menggembirakan Daddy lebih dari segala-gala yang ada di dunia ini.
“Menjadi anak yang soleh, tak tinggalkan solat dan terus berdoa dan miliki akhlak yang baik serta disayangi Allah dan ikut ajaran junjungan kita Rasulullah SAW.” tambahnya.
Kisah aku hilang duit dalam akaun selepas buat tempahan servis mengemas rumah.
Tak sangka benda ini berlaku dengan sangat pantas. Dan macam tak sangka lah macam mana diorang boleh curi duit aku.
Mula-mula aku tertarik dengan iklan servis membersihkan rumah yang ditawarkan.
Aku pon menekan button whatsapp yang diberikan dalam iklan tersebut.
Dalam perbualan whatsapp aku diminta untuk melakukan tempahan melalui aplikasi yang mereka suruh download melalui link yang diberikan. Aplikasi itu bernama My Maid.
Aku isi segala maklumat dalam aplikasi tersebut untuk menempah servis yang mereka ada.
Kemudian masuk dekat bahagian bayaran. Hanya ada bayaran menggunakan FPX. Dan aku memilih untuk membayar menggunakan maybank2u.
Semasa aku hendak buat bayaran, setiap kali aku masukkan Username dan Password akan berlaku error. Sedangkan username dan password adalah yang betul.
Kerana banyak kali mencuba dan tidak berjaya, aku pon snaplah gambar transaksi yang tidak berjaya dan hantar semula kepada nombor tadi.
Nombor tadi melakukan semakan dan menunjukkan memang tempahan aku masih lagi belum selesai. Lalu mereka setuju untuk tempahan aku dibayar selepas servis.
Tamat perbualan aku tadi.
Terima notifikasi
2 jam kemudian. Kejadian tak diingini semua orang berlaku. Tiba-tiba aku terima notifikasi transaksi yang bukan aku buat. Mulanya hanya 1 transaksi. Aku jadi bingung kerana aku tidak ada lakukan transaksi tersebut.
Aku terus menelefon Maybank Customer Service punya nombor. Semasa menunggu customer service angkat call. Dua lagi transaksi dilakukan. Dan habis semua simpanan yang ada dalam akaun aku sekelip mata.
Transaksi berlaku tanpa ada permintaan TAC daripada nombor telefon aku dan tiada permintaan kebenaran pemindahan wang masuk dalam telefon ku. Benda berlaku sekelip mata. 3 transaksi berlaku dalam masa yang sangat singkat telah menghabiskan segala duit yang ada dalam akaun aku.
Taktik
Ini yang aku rasa tektik yang mereka guna:
Menggunakan iklan yang menarik perhatian orang untuk menggunakannya. Terutama servis-servis mengemas rumah.
Semasa proses pembayaran, layar Maybank yang digunakan berlainan dari layar biasa. Layar tersebut meletakkan Username dan Password dalam paparan yang sama.
Walaupun sudah letak username dan password yang betul, transaksi tetap gagal.
Tak sangka sncammer
Kalau korang baca cerita ini mungkin akan berasa salah aku kerana aku terpancing untuk menekan link aplikasi dan membuat bayaran didalam aplikasi berkenaan. Bermaksud aku sendiri yang mendedahkan maklumat aku.
Tetapi aku tidak sendiri tidak menyangka yang scammer menggunakan cara sebegini untuk mendapatkan maklumat kita. Jadi aku dedahkan cara ini supaya tak ada siapa yang kena.
Lagi pelik transaksi itu tidak menghantar kepada nombor telefon aku untuk permintaan TAC ataupun permintaan kebenaran pemindahan wang. Kebiasaannya transaksi kepada pihak ketiga sama ada perlu isi TAC ataupun perlukan kebenaran transaksi melalui telefon bimbitku. Barulah transaksi tersebut boleh dijalankan.
Sekarang ini aku kena tunggu hari isnin baru boleh teruskan proses aduan aku. Sementara ini, akaun Maybank aku telah dibekukan. Hanya transaksi masuk sahaja boleh. Transaksi keluar dan segala maklumat akaun aku tak boleh nak semak.
Hilang RM18.7K!
Aku memohon doa-doa kalian supaya proses aduan aku berjaya. Dan duit yang hilang ini dapat dikembalikan semula. Duit yang hilang jumlahnya agak besar bagi aku. Kerana ia termasuk wang KWSP dan juga komisen kerja yang aku baru terima.
Aku cuma boleh cakap, aku terpilih untuk melalui pengalaman discam sebegini rupa. Dan aku harap pendedahan yang aku buat ini dapat mengelakkan orang lain pula yang discam.
Jom kita hentikan jenayah scam ini.
Apa-apa pun, kalian doakan aku berjaya dapat semula duit yang hilang itu ya.
Dan minta kalian hati-hati dan jangan jadi seperti aku. Sayangi duit anda. Alihkan simpanan ke tempat yang lebih selamat.
Dekat sini saya sertakan video dari Maybank tentang malware scam ini.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.