30 Tahun Pendam Rindu Cari Abang, Wanita Ini Mohon Bantuan Netizen

Share

Kehilangan anak keempat daripada 13 beradik masih menjadi tanda tanya ahli keluarganya sehingga hari ini. Namun begitu, mereka masih mengharapkan kepulangan orang yang dirindui itu.

Difahamkan kehilangan lelaki itu sudah memasuki 30 tahun.

Menerusi sebuah portal online, Syuhada menjelaskan walaupun abangnya anak kepada isteri pertama arwah ayahnya, namun 13 orang adik beradiknya diasuh dan dijaga oleh isteri kedua yang merupakan ibu kandung Syuhada.

“Nama abang Azman Azmi, tapi ahli keluarga panggil Meri. Kawan-kawan pula panggil Amy atau Azman.

“Selepas aboh berkahwin dengan mama saya, mama lah yang menjaga 5 beradik termasuk abang yang dicari masa tu umur abang 7 tahun. Last dia ada bersama keluarga pada 1987 (18 tahun).

“Dia keluar rumah tanpa perselisihan faham antara keluarga. Cuma ada teguran kecil daripada aboh saya kerana perwatakan dia.

“Tiada istilah pergaduhan dengan mama saya (ibu tiri) seperti yang diperkatakan. Abang lah paling rapat dengan mama saya.

“Selepas itu, dia terus menghilang tanpa khabar berita. Masa arwah aboh dan mok kandung dia sakit pernah bagitahu utk berjumpa abang. Tapi tak sempat berjumpa sebab kami mencari kesemua tempat tetap tak jumpa.

“Ni harapan terakhir kami 13 beradik untuk berjumpa dengan abang. Kerana mama saya kurang sihat. Dan berharap dapat penuhkan amanat dari arwah aboh dan mok kandung abang.

“Mama saya sangat merindui dia. Hampir setiap malam menyebut nama abang.”

Jelas Syuhada, dia sekeluarga telah cuba mengesan abangnya hampir 20 tahun tetapi gagal, sehinggalah bapa dan ibu kandung abangnya meninggal dunia tanpa sempat berjumpa.

Sebarang info boleh DM Syuhada di akaun Twitter @Syuhada_azmy atau WhatsApp 01129286268.