Kehilangan anak keempat daripada 13 beradik masih menjadi tanda tanya ahli keluarganya sehingga hari ini. Namun begitu, mereka masih mengharapkan kepulangan orang yang dirindui itu.
Difahamkan kehilangan lelaki itu sudah memasuki 30 tahun.
Menerusi sebuah portal online, Syuhada menjelaskan walaupun abangnya anak kepada isteri pertama arwah ayahnya, namun 13 orang adik beradiknya diasuh dan dijaga oleh isteri kedua yang merupakan ibu kandung Syuhada.
“Nama abang Azman Azmi, tapi ahli keluarga panggil Meri. Kawan-kawan pula panggil Amy atau Azman.
“Selepas aboh berkahwin dengan mama saya, mama lah yang menjaga 5 beradik termasuk abang yang dicari masa tu umur abang 7 tahun. Last dia ada bersama keluarga pada 1987 (18 tahun).
“Dia keluar rumah tanpa perselisihan faham antara keluarga. Cuma ada teguran kecil daripada aboh saya kerana perwatakan dia.
“Tiada istilah pergaduhan dengan mama saya (ibu tiri) seperti yang diperkatakan. Abang lah paling rapat dengan mama saya.
“Selepas itu, dia terus menghilang tanpa khabar berita. Masa arwah aboh dan mok kandung dia sakit pernah bagitahu utk berjumpa abang. Tapi tak sempat berjumpa sebab kami mencari kesemua tempat tetap tak jumpa.
“Ni harapan terakhir kami 13 beradik untuk berjumpa dengan abang. Kerana mama saya kurang sihat. Dan berharap dapat penuhkan amanat dari arwah aboh dan mok kandung abang.
“Mama saya sangat merindui dia. Hampir setiap malam menyebut nama abang.”
Jelas Syuhada, dia sekeluarga telah cuba mengesan abangnya hampir 20 tahun tetapi gagal, sehinggalah bapa dan ibu kandung abangnya meninggal dunia tanpa sempat berjumpa.
Sebarang info boleh DM Syuhada di akaun Twitter @Syuhada_azmy atau WhatsApp 01129286268.
“Dapat Result Ujian Air Mani, 6 Tahun Kahwin Tanpa Anak.” Dr Ini Jelaskan Sebabnya, Suami Take Note!
Bagi pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengharapkan agar menimang cahaya mata bagi mengukuhkan kebahagiaan.
Namun begitu, masih ada yang diduga apabila belum dikurniakan zuriat. Hati mana yang tidak sebak apabila rumah tetap sunyi walaupun sudah bertahun kahwin.
Namun ini tidak bermakna hanya berpeluk tubuh dan membiarkan rasa bersalah diri bertahun lama.
Lakukan rawatan selanjutnya untuk mengetahui tahap kesuburan pasangan sebelum terlambat.
Begitulah yang dikongsi oleh Dr Ahmad Ramdan Zainordin, merupakan Doktor Perubatan Am, Seksual dan Reproduktif, U.n.i KLINIK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, di akaun twitternya sehingga 30.9k retweets.
Dlm tempoh 6 thn, hanya isteri yg bersungguh cek sana sini. Rupanya puncanya dari suami. Jgn ingat anu bole tegang, mendayung boleh berjam lama, pancut bole lebih semeter, anda sudah subur. Buang ego, periksa air mani ok. Malangnya, dia adalah perokok tegar sudah hampir 20 thn.
Dlm tempoh 6 thn, hanya isteri yg bersungguh cek sana sini. Rupanya puncanya dari suami. Jgn ingat anu bole tegang, mendayung boleh berjam lama, pancut bole lebih semeter, anda sudah subur. Buang ego, periksa air mani ok. Malangnya, dia adalah perokok tegar sudah hampir 20 thn
— Ahmad.RZ (@Dr_Ahmad_RZ) April 2, 2020
Dalam pada itu ada yang bertanya mengenai kaedah IVF dan IUI sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat. Namun Dr Ahmad menjelaskan bahawa ia bergantung kepada pemeriksaan kepada pasangan yang terbabit.
Dalam pada itu, netizen dikalangan lelaki meluahkan rasa bimbang dengan kesuburan sperma. Antara komen adalah:
“Takut pula dengar.”
“Alhamdulillah aku bkn seorang perokok, tpi kena try buat ujian utk mantapkan benih2 nh.”
Setuju. Memang patut suami pun check air mani dan jumlah sperma normal. Tak guna main berkali kali tapi peluru kosong.”
“Sama kes dgn DR. Say Shazril, blh bc story dia #sharingbysay kat ig dia. Mslh dia sbb bkn perokok, tp mkn tak sihat and etc. Dgn ubah gaya hidup & supplemen tmbhn, akhrnya wife dia mgandung. Anyone blh godek kat ig dia if nk baca.”
Sumber: Ahmad.RZ
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ketahui 5 Teknik Atasi Anak yang Sukar Berkongsi. Mesti Alert!
Tidak dinafikan ada segelintir ibubapa menghadapi anaknya tidak suka berkongsi. Terutama barang mainannya, meskipun dengan ibubapa atau adik beradik mereka sendiri. Perkara ini bukanlah masalah pokok tetapi ia boleh menjadi serius apabila anak tersebut mempunyai masalah pertuturan atau lambat bercakap.
Kenapa boleh jadi begitu? Selain eye contact, berkongsi juga adalah sebahagian elemen asas pra-komunikasi. Contohnya; sekarang kita berkongsi cerita yang sama, topik yang sama, membaca artikel yang sama dan berkongsi masalah yang sama. Iaitu topik anak sukar berkongsi. Begitulah juga dengan anak-anak kita, sekiranya mereka sukar berkongsi, tiada komunikasi 2 hala yang sihat bakal berlaku.
Bukan sahaja komunikasi, malah perkembangan vocab, perkembangan interaksi sosial, dan emosi juga boleh menjadi terhad dan terganggu. Kanak-kanak perlu bermain dengan rakan sebaya untuk rangsang perkembangannya. Secara tidak langsung idea dan kebijaksanaan mereka bertambah.
Bagaimana hendak atasi masalah ini? Di sini saya sertakan 5 teknik yang mungkin berguna buat ibubapa dirumah.
Pilih Mainan yang Betul
Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego . Pasti untuk siapkan satu lego anak perlukan bantuan ibubapa. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan sebaik mungkin.
Jadikan Diri Anda Sebagai Contoh
Mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibubapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya permainan, baling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran, mula papa baling, kemudian mama dan kemudian si anak. Cakap dengan dia “Papa baling pula” dengan ini anak faham kosep berkongsi dan main bersama.
Saya pernah didatangi oleh anak yang sangat pandai berkongsi. Inilah teknik yang beliau suami isteri lakukan.
Puji dan Galakkan Mereka
Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang beliau sayangi.
Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan papa, Imran kongsi permainan dia dengan Aiman. Bagus dia main sama-sama” Papa pula sampuklah dengan penuh minat “Ohh ye ke, baguslah Imran pandai kongsi dan main sama-sama”
Bincang & Pujuk
Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan.
Tanya mereka; “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?”
Mungkin Imran akan menjawab; “Dulu Aiman main kereta Imran sampai rosak” . Pujuk dan bincang dengan mereka; “ Mama faham, tapi dulu tu Imran tak sengaja , kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak papa betulkan nanti”. Guna kebijaksaan anda untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.
Kuatkuasakan Undang-undang
Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini papa punya mainan, Imran nak main, boleh. Tapi kena main dengan papa.”Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.
Ia mampu mengubah sikap dan cara anak bermain. Matlamat kita adalah untuk mereka terus boleh berkongsi dan berkomunikasi. Sebagai ibubapa kita perlu sabar dan berdoa. Tiada apa yang berlaku sekelip mata. InsyaAllah semua usaha ini ada balasan dariNya.
“Perniagaan Yang Dibina Ini Bukan Untuk Mengumpul Kesenangan Milik Saya Seorang…” Aliff Syukri Sumbangkan RM1.2 Juta, Raikan Asnaf. Inspirasi!
Mengalir air mata melihat kebaikkan yang ditunjukkan oleh usahawan kosmetik ini, Dato’ Sri Aliff Syukri . Biarlah ada kata ia umpama perbuatan yang ditunjuk-tunjuk. Namun, kebaikkan itulah yang memberi sinar kegembiraan buat pendudik kampung di sekitar Kampung Sungai Nibong Selangor, kampung arwah ayahnya yang meninggal dunia baru-baru ini.
Malah melalui paparan muat naik video ini, beliau memaparkan agigan sumbangan zakat perniagaannya bernilai RM1.2 juta yang diperolehi daripada perniagaan miliknya AS Legacy HQ.
Bukan kumpul untuk kesenangan milik seorang
“Perniagaan yg dibina ini bukan semata-mata utk mengumpul kesenangan milik sy seorang.. Sy telah miliki segalanya dan sebahagian drpd harta kesenangan ini akan sy berikan kpd mereka yg memerlukan.”
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Mereka yang kurang berkemampuan juga turut gembira
“Doakan mereka yg kurang berkemampuan ini juga gembira di bulan mulia ini.. dan sesiapa yg mendoakan kebaikan saya.. saya juga turut mendoakan kalian.”
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Raikan 1000 asnaf di kampung arwah ayah
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Isteri Aliff Syukri hiba
“Sedih saya sampai menangis betapa bersyukurnya saya walau kadang ditimpa dugaan.. masih byk lagi insan yg lebih hebat ujiannya…”
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum melihat cara AlifF Syukri santuni golongan asnaf. Sungguh inspirasi cara Dato!