
Khabar duka, sekurang-kurangnya 30 individu dilaporkan terperangkap dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah di sini selepas laluan keluar gua itu dinaiki air disebabkan hujan lebat.
Maklumat awal memaklumkan, kesemua mereka merupakan kru penggambaran filem yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan itu.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
AIR NAIK MENDADAK DI LALUAN GUA
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, kejadian berkenaan berlaku disebabkan air naik mendadak di laluan gua yang berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak jam 3.00 petang lagi.
Pihak bomba telah dimaklumkan akan kejadian tersebut dan pasukan itu bersama polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Difahamkan, panggilan kecemasan diterima di Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada jam 4.04 petang berhubung kejadian terbabit. Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Bagi pihak Majalah Keluarga, semoga mereka selamat dan tidak berlaku kejadian tak diingini.
Sumber: : Kosmo

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Isaac Bagi Nasihat, “Grandpa” Syukur Cucu Bijak Berkata-Kata

Zahirah Macwilson, aktres jelita itu dikatakan wanita mahal dan “high class” walaupun selalu diprovok oleh pihak luar sejak berumah tangga dengan pelakon Aiman Hakim Ridza.
Zahirah juga selalu dipuji oleh netizen. Katanya pandai besarkan anak walaupun duduk di luar negara. Isaac yang membesar di Australia fasih dan petah bercakap bahasa Melayu.
Dua hari lepas, Zahirah memuat naik video Isaac dengan kapsyen “Words of advice from Isaac,” di akaun Instagramnya.
Menerusi video itu, Isaac nasihat orang ramai untuk tak bercakap pasal orang lain.
“Tak baik tau bercakap pasal orang lain. Berdosa. Be kind to everyone,” – Isaac Raees
Cerdiknya dia! Kecik kecik dah pandai berfikir.
Datuk kepada Isaac dan juga merupakan ayah kepada Zahirah, Zainol Macwilson pon turut komen dekat video itu.
“Subhanallah! Saya sebagai grandfather amat bersyukur pada Allah SWT dikurniakan seorang cucu yang bukan sahaja comel malah bijak berkata-kata,” – Zainol Macwilson
Bukan setakat datuk Isaac, nenek Isaac atau “Oma” pon komen juga tau.
“Betul Jackjack cakap, Oma setuju,” – Maslinda Yusoff
Cara anak-anak berfikir dan berkelakuan memang dipengaruhi oleh mak ayah.
Nampaknya Zahirah dengan Aiman memang jaga bahasa dan tutur kata depan anak. Patutlah anak baik je.
Semoga kita yang dewasa pon jaga bahasa dan lidah bila bertutur.
MESTI BACA : “Wanita Perlu Saling Menghormati” Zahirah Macwilson Minta Henti Rosakkan Rumah Tangga Orang Lain!
Dah Masuk Trimester Kedua, Zahirah MacWilson Baru Selera Makan Nasi!
Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Sabar Menunggu Rumah Impian Siap
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Cikgu Ni Bagi Tahu, Nak Ajar Anak Bab Pelajaran Kena Gabungkan 4 Teknik Ni. Baru Menjadi!

Tidak dinafikan sepanjang tempoh PKP ini, walau anak-anak kita tidak ke sekolah namun sebagai ibu bapa kita tidak mahu anak-anak leka dalam pelajaran.
Lantas, kita usahakan juga untuk meluangkan masa untuk mengajar mereka. Namun, bukan mudah rupanya dan tanpa sedar kita pula asyik marah-marah dan boleh bertukar macam singa.
Tidak mahu terus berulang perkara yang sama, rupanya ada teknik yang boleh dipraktikkan sebagaimana yang dikongsikan oleh cikgu ni. Jom semak.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba.
Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu, memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Ada juga mak ayah pm aku kata mereka tidak pandai nak ajar anak-anak mereka. Silibus sekarang jauh berbeza dengan apa yang mereka belajar dulu.
Soalan yang anak tanya, mereka sendiri tak boleh jawab. Habis tu macamana nak ajar anak?
Sebab tu aku dan beberapa guru pakar yang lain bina modul Mathzier. Satu modul akan terbitkan setiap bulan selaras dengan apa yang anak-anak belajar disekolah.
Ia disertakan dengan video pengajaran dari aku sendiri. Mak ayah dan anak-anak boleh rujuk video untuk faham, kemudian terus buat modul latih tubi yang ada lebih dari 300 soalan.
Ada video, ada slide, ada modul latih tubi yang dibina oleh guru pakar berdasarkan setiap topik dalam buku teks. Padat, padu dan boleh ulang-ulang tengok video sampai faham, boleh ulang cetak modul seberapa banyak kita suka.
sumber : Mohd Fadli Salleh
“Mak Dah Pergi Dulu. Bapa Inilah Kekuatan Buat Diriku.” Sedih Kesihatan Ayah Semakin Merosot, Ebit Lew Mohon Titip Doa!

Umum mengetahui akan kesibukan pendakwah bebas, Ebit Lew dalam melunaskan urusan membantu mereka yang memerlukan. Biarpun terpaksa meninggalkan anak dan isteri, namun sebagai ketua keluarga, beliau tidak pernah mengabaikan keluarga.
Demikian juga perhatian kepada ayahnya yang kini semakin uzur. Terbaru, Ebit menerusi laman instagramnya memuat naik kondisi kesihatan ayahnya yang semakin merosot dan hanya mampu terlantar di katil sahaja.
Doakan yer. Semoga bapa saya sihat sentiasa. Dah 3 bulan ni kesihatannya merosot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak kemana-mana. Atas katil jer. Rindu ayah teramat sangat. Seorang ayah yang kerja siang malam. Tak reti berehat dari muda demi keluarga. Hidupnya bahagia memberi sesuatu buat isteri dan anak-anak.
Tulis Ebit lagi, situasi ayahnya kini benar-benar membuatkan dia sedih dan gelisah. Dalam masa yang sama, beliau memohon orang ramai menitipkan doa buat kesihatan ayahnya kembali pulih.
Seorang ayah yang lupa dirinya. Dimata dan hatinya hanyalah kebahagiaan buat isteri dan anak-anak. Hari-hari bercinta dengan mak. Menghargai mak macam remaja bercinta. Melihat dirinya sakit membuat hati saya amat sedih dan gelisah.
Ya Allah berilah kesihatan buat bapa. Berilah semangat dan kekuatan buat dirinya. Saya berada disini sekarang asbab doa dan kasih sayang ibu dan bapa saya ini. Mak dah pergi dulu. Bapa ku inilah kekuatan buat diriku.
Menerusi ruangan komen, rata-rata selebriti dan warga maya menitipkan doa buat ayah Ebit sambil meminta beliau bersabar dengan dugaan tersebut.
Sumber: ebitlew