3 Tahun Impian Anak Nak Jamah Makanan Kegemaran, Ibu Sebak Akhinya Tercapai
Hati ibu mana yang tidak gembira apabila melihat impian anak kesayangannya untuk menjamah hidangan makanan kegemaraannya tercapai.
Begitulah yang diluahkan oleh seorang ibu setelah anaknya sudah sekian lama tidak menikmati hidangan ayam goreng sebuah jenama terkenal.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
TIGA TAHUN TAK MAKAN AYAM GORENG RESTORAN MAKANAN SEGERA
Memetik laporan harian metro mendatai ibu berkenaan meluahkan sebaknya apabila anaknya kelihatan begitu menikmati hidangan yang menjadi kegemaran ramai itu.
“Lega rasanya apabila hajat anak sejak sekian lama untuk makan ayam goreng kesukaannya (KFC) sejak sekian lama akhirnya tercapai.
“Sebagai ibu, tersentuh hati apabila melihat reaksinya yang menikmati hidangan dipesan dengan bersungguh-sungguh,” ujar asnaf, Azlina Abdullah.
Azlina, 42, berkata, hampir tiga tahun, anak tunggalnya Muhammad Amirul Aiman Abd Rasid, 11, meluahkan hasrat supaya membawanya ke restoran makanan segera itu kerana ingin menikmati ayam goreng.
Lebih menyentuh hati, dia mengakui tidak mampu memenuhi permintaan anaknya disebabkan kurang berkemampuan.
“Bukan tidak mahu tunaikan permintaannya itu tetapi saya tidak berkemampuan, duit yang ada cukup untuk perbelanjaan harian sahaja.”
“Boleh dikatakan, kerap juga dia memberitahu teringin untuk makan ayam KFC, tetapi saya minta supaya bersabar, kalau ada rezeki lebih nanti saya belikan.”
SYUKUR DAPAT UNDANGAN MAKAN KE RESTORAN MAKANAN SEGERA
Azlina dan anaknya itu ditemui selepas Program Wayang Sekampung Merlimau yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh, di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, di sini, baru-baru ini.
Menurut ibu tunggal itu, semasa arwah bapa Muhammad Amirul Aiman ada, suaminya agak kerap membawa anak mereka ke restoran makanan segera terbabit.
“Selepas kematian suami dan saya tidak lagi dapat bekerja akibat kemalangan, jadi kami hanya bergantung kepada pencen arwah untuk meneruskan kehidupan.
“Jadi apabila YB mengajak kami bersama-sama untuk menonton wayang dan belanja makan, syukur yang tidak terhingga. Sekurang-kurangnya, cuti sekolah kali ini, ada sesuatu yang bermakna untuk anak.”
Sementara itu, Muhamad Akmal berkata, pada program itu, asnaf termasuk anak yatim dari Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau terpilih untuk menyaksikan filem animasi, Mechamato.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club