3 Tahun Belajar Mengaji, Bandi Amuk Syukur Khatam Quran Dengan Didikan PU Rahmat!

Share

Sesungguhnya usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu belajar dan berjaya. Begitu juga apabila kita belajar mengaji.

Itulah apa juga yang telah dilakukan oleh penyanyi rock popular, Bandi Amuk, 57, dalam usahanya berlajar membaca al Quran dengan baik. Bermula tiga tahun lalu, dia belajar mengaji dari peringkat asas dan baru-baru ini akhirnya  berjaya khatam.

 

 

Difahamkan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat turut melahirkan rasa syukur selaku guru mengaji kepada penyanyi tersebut. Meskipun mengambil masa selama tiga tahun, Pu Rahmat kagum dengan usaha yang diberikan oleh penyanyi tersebut di samping memuji sikapnya yang benar-benar ingin memperbaiki dan mempelajari bacaan ayat al Quran dengan betul dan sebaik mungkin.

“Saya cakap dengan ustaz itu untuk khatam dan dia alu-alukan. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Selama tiga tahun belajar, dugaannya memang banyak. Walaupun boleh membaca al-Quran, saya pilih bermula dengan Iqra kerana nak betulkan tajwid dan mahraj. Itu yang buat jadi lama tapi tak kisahlah asalkan saya belajar.

“Sekarang, jika membaca surah Yassin saya boleh tahu mana harakat, mahraj dan sebagainya. Saya jadi seronok membaca surah Yassin kerana tahu mana nak berhenti,” ujarnya.

Memetik perkongsiannya sebelum ini bersama Harian Metro, Bandi yang menetap di Johor Bahru berkata, jika ada persembahan di Sabah dan Sarawak, dia sanggup mengambil penerbangan awal supaya sempat belajar mengaji. Ada ketika saya sampai rumah jam 7 malam dan terus mandi serta bersiap-siap kerana kelas bermula jam 8.30 malam.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

“Rasa sayang nak tinggal kerana kalau sudah mengaji memang terasa seronok. Saya nak pesan kepada sesiapa yang nak mengaji al-Quran, kalau boleh peluk dulu al-Quran, cium dan junjung atas kepala.

“Niat dalam hati semoga al-Quran ada dalam hati dan diri kita. Perasannya sangat seronok. Bukan tak boleh khatam sendiri di rumah tapi khatam di depan guru yang mengajar kita lain rasanya. Ia buat saya berhati-hati dan tak buat silap depannya,” katanya.

Sumber : Instagram rahmat_ikhsan_official& Harian Metro

ARTIKEL MENARIK

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club