3 Resipi Ni Ibu Memang Perlu Buat Bila Roti Hampir Expired! Confirm Tak Membazir.

Share

Kebiasaannya ramai di antara kita akan mengalami masalah roti masih berbaki sedangkan tarikh tamat tempoh atau expired semakin hampir. Walaupun kita tahu seandainya roti masih di dalam keadaan baik pada tarikh tersebut ianya selamat untuk dimakan. Namun mana mungkin kita dapat habiskan sekali gus untuk elakkan pembaziran.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

Ya! Sewajarnya anda sediakan menu istimewa dengan menggunakan roti-roti tersebut. Ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh 3 wanita ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi ilham dan manfaat untuk kita dalam menyediakan menu yang enak dan dalam masa yang sama terhindar daripada melakukan pembaziran.


“Sebelum roti expired date..bt jeput roti ikn bilis..kudap ptg”Norashila

Jemput Roti Ikan Bilis

Bahan-bahan :

tepung gndum 1 cwan stgah
3@4 keping roti (carikkn kcil2)
ikan bilis (ditumbuk)
1 sudu kfc soda bikarbonat
carrot (parut)
bawang besar
lada besar
sedikit daun bawang
telur sebiji
perasa (garam/gula)

Cara Penyediaan :

  1. Satukan semua bahan bersama sedikit air.

2. Bancuh jangan keras sangat dan jangan lembik sangat. Agak2 macam biasa buat jeput.

3. Goreng

sumber :  Nurashila Nasir


 

Roti Kering Bergula

“Siap sudah roti kering bergula…. boleh cicah dengan kopi o…makan saje pon boleh…. ni la hasil dari roti expired (daripada nak buang kan???) + roti baru…. kihkih”

Puan Ell

Bahan-bahan :
Roti
Marjerin (saya pakai marjerin pelangi)
Gula

Cara penyediaan :
1. Setiap keping roti potong 4

2. Sapu marjerin letak gula(ikot nak banyak mana). Sebenarnya tak nak letak gula pon boleh…ikot suka hati…

3. Pastu bakar dalam oven 180° 20minit api atas bawah.

4. Biar sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.

5. Siap.

sumber : Puan Ell Via MAHN


Bengkang Roti

“Roti expired hari ni… Utk elakkan pembaziran maka terhasil la bingka @ bengkang roti…”-Siti Nawar Omar

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
10 keping roti
1/2 cawan gula ( boleh kurangkan @ tambahkan ikut citarasa )
1 sudu kecik esen vanila
3 biji telur
Kismis ikut suka ( dalam adunan & tabur sikit kat atas)

Cara penyediaan:
1. Carik-carikkan roti
2. Campurkan semua bahan dan kacau ( telur kacau dulu sebelum campur)


3. Bakar 30 minit. Saya guna pemanggang ajaib, api slow.


4. Sejukkan dan siap untuk dihidang.

sumber : Siti Nawar Omar via MAHN