Slim Kembali Lepas Bersalin, Ini Menu Berpantang Yang Mak-mak Boleh Amalkan
Semua mak-mak selepas menjalani tempoh berpantang inginkan bentuk tubuh asal sebelum mereka bersalin. Maka sebab itulah pentingnya penjagaan pemakanan ketika dalam tempoh berpantang.
Makanan yang berkhasiat ketika menjalani tempoh berpantang selama 44 hari amat penting bagi memulihkan diri. Anda mungkin rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama sahaja hampir setiap hari.
Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mak-mak perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.
Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang sepanjang lebih dua minggu lepas melahirkan. Mak-mak yang sedang berpantang dan bakal berpantang pun boleh mencubanya.
“SIAPA KATA LAUK DALAM PANTANG TAK BEST. SEDAP TU. SIAP MENAMBAH LAGI. SAJA NAK SHARE MENU DAN RESEPI MASA SAYA BERPANTANG LEPAS 2 MINGGU LEBIH BERSALIN. SIAPA NAK SHARE SILAKAN. NANTI BILA BERPANTANG, BOLEH TENGOK BALIK.”
Menu Berpantang Wajib Cuba
SIAKAP STIM
Bahan:
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula
Cara masak:
1. Letak semua bahan atas ikan.
2. Kukus ikan sehingga masak.
IKAN BAKAR BEREMPAH
Bahan:
Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1. Lumurkan semua bahan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
SUP IKAN
Bahan:
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
5. Taburkan daun sup sebelum hidang
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.
KARI IKAN (TANPA SANTAN)
Bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.
SERUNDING HALIA
Bahan:
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.
AYAM BAKAR BEREMPAH
Bahan:
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu
Cara masak:
1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.
2. Bakar sehingga ayam masak.
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan:
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.
2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.
AYAM UNGKEP LADA HITAM
Bahan:
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.
** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.
AYAM MASAK HALIA
Bahan:
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Semakin berusia orang perempuan ini, semakin tinggi potensinya memiliki kulit wajah yang berjeragat jika tidak diberi perhatian khusus dalam penjagaan wajah sedari awal.
Sebelum ia menjadi masalah besar buat kita, petua orang dulu-dulu dalam merawat wajah untuk kekal bersih, berseri, kurang sunburn dan sekali gus memudarkan jeragat jika ada hanya dengan menggunakan kentang.
Hendak tahu detail tentang petua ini, ia telah pun dikongsikan di akaun fb No Or . Jom semak.
PETUA HILANGKAN JERAGAT
Dah lama dah, nak share petua best ni, tapi semenjak dua menjak ni kebizian melanda. Tak sempat nak ambik gambar bagai. Petua ni memang best sesangat. Especially untuk orang yang memang ada masalah jeragat. Petua yang cuma guna 2 bahan je tau.
Okey jom tengok apa bahannya .
KIUB MASKER KENTANG
Bahannya :
Kentang
Lemon
Bekas kiub ais
Caranya:
– Parut kentang hingga halus
– Campurkan dengan perahan lemon
– Gaul sebati, lepastu masukkan dalam bekas kiub ais
CARA NAK GUNA kiub masker:
1. Cuci muka bersih
2. Ambil kiub kentang, sapu pada muka perlahan-lahan. Sapu rata keseluruhan muka. Sapu sampai kiub tu semua cair.
3. Bilas dan cuci muka dengan air bersih.
** Boleh di lakukan setiap hari.
Petua ni sesuai jugak untuk hilangkan sunburn tau, bagi orang yang hari-hari terdedah pada cahaya matahari tu..
Nak tau tak kenapa Cik No guna kentang?
Haaa, sebab kentang ni tinggi antioksida untuk singkirkan jeragat tu. Kentang ni jugak boleh halang terbentuknya pigmentasi, alaa yang lingkaran gelap hitam tu.
Bila kentang dah bergabung dengan lemon lagi lah kuasa dua kan! Tu yang dapat kesan super power best tu. Lemon ni sendri pun mampu pudarkan jeragat. Dalam lemon ada agen pemutih untuk bagi kulit kita jadi cerah dan bersih.
Trend memakai inai di kalangan wanita pada hari ini semakin menjadi popular. Kebanyakan kaum wanita menjadikan hiasan inai sebagai salah satu pelengkap gaya pada kuku mereka.
Walaupun pemakaian inai dikatakan selamat dipakai oleh wanita hamil dan menyusukan anak namun baru-baru ini tular satu video di TikTok seorang wanita menyatakan dia ditegur oleh jururawat kerana memakai inai ketika membuat pemeriksaan mengandung di sebuah klinik.
Pesan jururawat itu juga, wanita yang mengandung dan akan bersalin dinasihatkan mengelakkan diri daripada memakai inai buat sementara waktu.
Perkongsian video oleh pengguna TikTok @shafiqahathirahfazil itu menjadi perhatian ramai sehingga menjadi tanda tanya warga maya yang keliru apa punca wanita hamil tak digalakkan memakai inai.
Kenapa Ibu Hamil Kena Stop Pakai Inai
Sebenarnya pemakaian inai bukanlah suatu yang salah atau boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Ia perlu dielakkan bagi urusan pemeriksaan kesihatan ibu hamil dan ibu nak melahirkan bayi atas sebab-sebab seperti berikut yang pernah dikongsi oleh seorang jururawat terlatih Bel Nawhen atau nama sebenarnya Nur Nabiila Masfuzah Abdullah di Facebook beliau satu ketika dahulu.
Menurut Bel kalau pakai pewarna kuku, memang jururawat akan pesan suruh cuci atau tanggalkan pewarna kuku tersebut.
Photo by Karolina Grabowska
Ini antara sebabnya kenapa ibu hamil disuruh elak daripada memakai inai:
1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan perawat untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.
Photo by Vladislav Vasnetsov
2. Ukir inai atau memakainya di kuku, kalau boleh elak kerana inai ukir di tangan dan kuku menyukarkan untuk suntikan jarum jika ibu tiba-tiba perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean.
3. Jururawat akan periksa darah pada kuku ibu hamil semasa pemeriksaan kesihatan untuk tengok sama ada kebiruan dan sebagainya.
4. Bagi ibu hamil yang ada masalah Anemia, pemeriksaan menerusi kuku boleh mengesan sebarang masalah abnormal yang berlaku.
5. Pemakaian inai pada kuku menyukarkan jururawat untuk memeriksa masalah Hypoxia iaitu kurang oksigen dalam darah yang paling cepat dikesan melalui kuku pesakit.
Tetapi kalau sudah pakai inai jangan tambah lagi inai sebelum melahirkan bayi. Tetapi kalau sudah terpakai kita tidak boleh buat apa-apa.
Sumber: Sinar Plus & Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.