3 Menu Perlu Cuba Untuk Raya Nanti. Barulah Puas, Makan Berselera!

Share

Jika masih terfikir-fikir menu apa yang ingin disediakan di pagi raya nanti, apa kata sediakan 3 menu istimewa ni. Ada menu nasi, ayam dan daging. Diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi idea untuk dijadikan menu untuk santapan seisi keluarga. Jika mahukan lebih daripada ini, ada banyak lagi pilihan resipi di dalam majalah Keluarga yang boleh dijadikan pilihan. Selamat mencuba!

Rendang Daging Minang

Bahan-bahan:

1.5 kg daging lembu

500 gm bawang besar-dikisar

300 gm bawang putih-dikisar

200 gm halia-dikisar

200 gm kunyit hidup-dikisar

200 gm lengkuas-dikisar

30 gm daun kunyit-dikisar

200 gm cili padi-dikisar

300 gm cili merah-dikisar

1 kg santan

6 batang serai (di ketuk)

30 gm daun kunyit

500 gm kerisik kelapa

200 gm serbuk perasa

10 gm asam keping

Cara Memasak:

  • Potong daging dan bersihkan, kemudian tos airnya.
  • Panaskan kuali, selepas itu masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi, bersama dengan daun kunyit dan serai.
  • Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga daging menjadi empuk.
  • Bila daging sudah empuk atau lembut, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
  • Masukkan kerisik kelapa dan kacau lagi.
  • Biarkan rendang tadi sehingga kering sedikit, kemudian masukkan serbuk perasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biarkan rendang itu kering.
  • Siap untuk dihidangkan.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :

1 ekor ayam

1 kg minyak masak

500 gm bawang merah-dikisar

500 gm bawang putih-dikisar

100 gm halia-dikisar

100 gm rempah 3 sekawan

6 batang serai

10 gm daun pandan

500 gm bbawang besar

20 gm tomato (potong wedges)

500 gm cili giling

200 gm tomato puree

1 tin susu cair

20 gm serbuk kunyit

200 gm serbuk perasa

 

Cara Memasak:

  • Bersihkan ayam dan potong kecil, kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak masak dan goreng ayam sehingga masak.
  • Keluarkan sedikit minyak dari gorengan ayam tadi dan masukkan rempah 3 sekawan. Masukkan daun pandan dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
  • Kacau perlahan-lahan sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cili giling, serai dan bawang besar sehingga sebati.
  • Masukkan tomato puree dan kacau lagi. Biarkan beberapa minit sehingga kuahnya benar-benar masak.
  • Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau perlahan-lahan.
  • Masukkan sedikit air dan kacau perlahan.
  • Masukkan susu cair.
  • Biarkan mendidih, masukkan serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Bila sudah masak secukupnya. Siap untuk di hidangkan.

Nasi Briyani Aidilfitri

Bahan-bahan:

1 kg beras Basmathi

500 gm minyak sapi

100 gm rempah 3 sekawan

500 gm rempah briyani

200 gm serbuk ketumbar

100 gm jintan putih

200 gm tomato pes

200gm yoghurt plain

30 ml kordial orange

5 helai daun pandan

1 tin susu cair

300 gm bawang merah-dikisar

200 gm bawang putih-dikisar

200 gm halia-dikisar

20 gm  kismis hitam

20 gm kismis kuning

100 gm daun sup

100 gm bawang goreng

Cara Memasak:

  • Beras Basmathi di basuh, dibersihkan dan ditos.
  • Minyak sapi di panaskan. Selepas itu, masukkan rempah 3 sekawan, daun pandan, bawang merah, bawang putih dan halia. Serta rempah briyani dan juga jintan putih, tomato, yoghurt plain dan kordial oren serta susu cair.
  • Masukkan beras dan rempah tadi ke dalam periuk dan ikut sukatan airnya.
  • Biarkan beras mendidih sehingga kering airnya.
  • Bila sudah masak bolehlah di hidang dan di taburkan dengan kismis hitam dan kismis kuning bersama dengan bawang goreng dan juga daun sup.

sumber : Majalah Keluarga Jun 2018