3 Langkah Mudah Tanam Tomato Ceri, 4 Bulan Dah Boleh Petik. Wanita Ni Kongsi Rahsia Elak Serangga Perosak!

Share

Tomato adalah sejenis tumbuhan yang mudah ditanam dan cepat berbuah, kalau ibu-ibu nak cuba tanam sendiri boleh cuba perkongsian dari puan Nur Aida Md Zainuddin menerusi grup  Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Dalam tempoh empat bulan , tomato yang ditanam sudah menunjukkan hasil. Nak elak pokok dirosakkan serangga perosak, ikut tip yang dikongsikan oleh wanita ini. Selamat mencuba!

3 Cara Mudah Tanam Tomato Ceri dan dapat hasil dalam masa 4 bulan

Actly ni pun lambat sebab lambat alih rasanya kalau org lain tanam misti lagi cpt😍

Hiris tomato ceri lepas tu letak hirisan tomato dlm bekas semaian(aida guna container dia je)

 Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (actly lupa sedar2 dah bercambah mcm dlm gambar selepas 9 hari.

Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan mcm biasa ke tempat yang sesuai. Aida letak dlm polibeg. Siram pagi dan petang.

 

====================================

Nota kaki: tomato ni mmg perlu air yang banyak. So siram la 2 atau 3 kali sehari kalau x nnt pokok jadi cpt kering.

Dalam masa 4 bulan ni Aida pun xjaga sangat. siram je kejenya…

Kalau perasan dlm setiap polibeg ada daun bawang putih. Aida tanam bersama pokok ni bawang putih sbb binantang xsuka kan bau dia. Kita xnk ada putih2 bena tu nnt rosak pokok dan daun jadi kecut.

Dah semangat nak tanam? Jumm #growyourownfood!
#mekdawonderland