
Siapa tak kenal dengan pemain ragbi, Sonny Bill William yang namanya tidak asing lagi dalam sukan lasak ini.
Baru-baru ini ketika berada di Madinah semasa beliau mengerjakan umrah, dia telah didatangi oleh sebuah keluarga dari Malaysia yang ingin bergambar bersamanya.
“Sebuah keluarga Malaysia dengan 3 budak lelaki mahu bergambar dengan saya hari ini. Kesemua 3 remaja itu menyalam tangan saya, memandang ke mata saya, menundukkan kepala mereka dan menyentuh belakang tangan saya dengan dahi mereka.
“Kanak-kanak lelaki ini ada rasa hormat & menghormati dalam nilai keluarga mereka ia adalah sangat indah,” katanya sambil berkongsi gambar dua orang anak kecil warga Malaysia yang bergambar ketika dia melawat Madinah di Arab Saudi.
Sonny Bill William turut meluahkan rasa kagum dengan akhlak yang ditampilkan rakyat Malaysia dalam menghormati orang yang lebih tua.
Ciapan tersebut telah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan kebanyakan menyatakan kepada beliau bahawa ia adalah nilai-nilai yang dipraktikkan oleh orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia kerana ia adalah sebahagian daripada nilai murni sebagai seorang Muslim.
A Malaysian family with 3 young boys asked me for a photo today all 3 of the young lads shook my hand looked me in the eyes, bent their heads down and touched the back of my hand with their foreheads.
Man these kids had dignity/respect & honour in their family values it was a…— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) May 3, 2023
“Pedulikan Apa Orang Kata, Just Be Yourself!” Gadis 19 Tahun Berjaya Turun Berat Badan 44 kg

Pastinya setiap orang ada pasang niat untuk memiliki tubuh badan yang ideal, cantik dan sihat bukan? Lagi-lagi bila dulu senang je nak dapatkan berat yang seimbang, tapi sekarang ni bukan takat tak dapat berat seimbang, malah berat mata memandang berat lagi diri menanggung!
Nak mendapatkan tubuh yang diimpikan bukan mudah tau! Tapi, kalau kena dengan gayanya, disiplin dan pengambilan makan insyaAllah one day anda akan kecapi apa yang anda inginkan.
Misalnya pengguna Twitter @imsyafff atau nama sebenarnya Izzah Syafiqah binti Zainal Alam yang akhirnya berjaya memiliki berat badan yang diidamkan selama ini. Bermula sejak Januari tahun ini, Izzah berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 44kg dalam tempoh 7 bulan, iaitu dari beratnya 120kg ke 76kg. Wah menakjubkan!
“Izzah yakin semua orang yang diet pun lalui apa yang izzah rasa , perkara yang paling sukar ialah disiplin dan tahan nafsu untuk tak makan makanan kurang healthy tapi izzah selalu cakap dekat diri sendiri . baik susah sekarang , happy tu nanti bcs if izzah boleh tahan sekarang and dapat berat yg izzah nak , soon izzah boleh makan makanan macam tu but still terkawal”, katanya ketika ditemu bual.
Tambahnya, dia terdetik untuk mulakan misi diet atas inspirasi melihat gambar-gambar orang lain yang boleh menurunkan berat badan pada hujung tahun 2019. Baginya, kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak dirinya. Jadi dari situ dia diet dan konsisten untuk mendapatkan berat ideal.
Bukan hanya berkongsi kejayaannya dalam menurunkan badan, malah gadis yang berumur 19 tahun ini juga telah berkongsi beberapa tip yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mengikut jejaknya! Nak tahu rahsianya? jom tengok!
siapa bilang hard work didn’t paid off ;)) pic.twitter.com/MjhbjSwls7
— 🌻 (@imsyafff) October 9, 2020
1. Niat
actually i menyampah everytime baca tips diet yang start dengan niat, like kenapa ek ha gitu . tapi i dah faham sekarang bcs bila niat you tu salah, you punya konsisten tu tak lama. cari the reason korang nak diet, sebab siapa sebenarnya?
2. Disiplin/Konsisten
benda ni susah sebenarnya, cara dia satu je . PAKSA tapi ada limit so lama lama you akan biasa dengan cara pemakanan baru lepastu you akan rasa lain if you tak jaga makan. you akan rasa takut dah nak sentuh makanan yang kurang healthy.
3. Minum Air Kosong
for beginner, just cut the sugar . minum air kosong 25kg 1liter . so if you 50kg then minum 2liter . biasakan minum banyak bfr makan so you akan rasa kenyang cepat. cut sugar ni susah tapi nak tanak you kena buat 😉
4. Pemakanan
okay i cerita part i dulu, for starting i amalkan eat clean which is no more minyak, kuah, just bakar/sup/kukus smtg like that. korang kena eat clean , wajib ! untuk start, korang kena biasakan takmok minyak minyak.
5. Bersenam
izzah tk suka sangat workout or bersenam. izzah lagi suka join any sport’s game. but so far dalam my diet journey, i tak bersenam sangat . ikut mood, kalau rasa nak bersenam i akan buat simple workout or walk 4-5 round tasik.
tapi kalau bersenam lagi bagus, so at least korang berjalan pun dah okay . like every petang tu jalan dekat taman, keluar peluh gitu 😉
Peduli apa orang kata pasal diri you , just be yourself
Sumber : Izzah Syafiqah
Hantar Makanan Sampai Puncak Kinabalu? Ramai Kagum Dengan Semangat Abang Rider Ini Berlari-lari Bawa Beg Pink

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang rider makanan sedang berlari di puncak Gunung Kinabalu membawa beg pink Food Panda meraih perhatian ramai di media sosial.
Video itu telah meraih ribuan tontonan di aplikasi TikTok turut dihujani dengan pelbagai soalan dari netizen yang tertanya-tanya benarkah ada pelanggan membuat tempahan makanan dari lokasi berkenaan.
Memandangkan lokasi tersebut bukan mudah untuk di daki malah jika ada yang ingin sampai ke puncak itu memerlukan stamina yang kuat.
Ramai juga mempertikaikan jika benar ada tempahan makanan ke sana, ianya sangat tidak berperikemanusian kerana tidak berbaloi dengan upah yang diberikan untuk seorang rider.
“Abang hantar betul-betul ke?” soal netizen kepada Rider yang bernama Nasir ini.
[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
“Tidak la dik. Saya memang mendaki Gunung Kinabalu. Kebetulan saya juga rider. Jadi saya bawa la uniform untuk bergambar,” ujarnya.
Kata Nasir lagi, dia sebenarnya tidak bertugas pada hari tersebut, namun sekadar menggayakan pakaian seragam kerjanya untuk tujuan bergambar sahaja.
Menurut Nasir lagi, dia turut membuat persiapan daripada segi fizikal sebelum pendakian tersebut.
“Sebelum naik Kinabalu, saya sudah training joging hari-hari. By the way masa ni saya off duty. Saja-saja naik Kinabalu.
“Tadi hujan sikit masa turun dari Laban Rata. Saya steady je pakai beg Panda sebab kalis air.
“Serius kenangan yang terindah. Ada rezeki saya nak naik lagi,” ujarnya lagi.
Selain video larian, Nasir turut memuat naik beberapa keping foto ketika dia berada puncak berketinggian 4,095.2 meter itu.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen memuji semangat Nasir sehingga ada yang memberi gelaran ‘pekerja terpaling rajin’ buatnya.
“Saya naik tangga bangunan tiga tingkat dah rasa nak tercabut lutut dan nyawa.
“Comel betul lari-lari dengan beg macam tu. Lain daripada yang lain, pekerja terpaling rajin ni.
“Mantap bro. Moga selalu dimurahkan rezeki,” tulis beberapa netizen.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak Berniaga Dari Rumah, Lagi Mudah Kiranya Ikut Cara Ni. Confirm Boleh Buatlah!

Bebanan kewangan isi rumah terus dirasai kini. Lantas pasti ada antara surirumah terlintas untuk mencari sumber pendapatan sampingan untuk membantu suami bagi memulihkan kewangan keluarga. Andai masih tercari mahu pun berfikir-fikir apa caranya, jadi apa kata kita dengar perkongsian daripada Dr. Ismail Ab.Wahab, Mantan Profesor Kewangan & Keusahawanan UiTM ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
Dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga, ramai wanita dan suri rumah bercita-cita untuk memperoleh pendapatan sampingan melalui bisnes dari rumah. Tambahan pula kos mengendalikan bisnes dari rumah adalah lebih rendah berbanding menyediakan kedai atau menyewa premis. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan bisnes dari rumah:
- Pilih idea bisnes yang sesuai
Idea bisnes dianggap sesuai jika masih terdapat ruang dan peluang untuk menawarkan produk atau perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Penjanaan idea bisnes bermula dengan mengenal pasti industri atau jenis perniagaan yang anda minati. Antara bisnes yang sesuai dijalankan di rumah termasuk dalam bidang makanan, minuman, barang keperluan harian, pakaian, produk kecantikan, khidmat asuhan kanak-kanak, penyediaan akaun syarikat, dan sebagainya. Lazimnya sesuatu idea busines boleh dianggap sesuai jika idea tersebut memiliki ciri-ciri berikut::
- Kemampuan idea bisnes memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
- Kemampuan idea bisnes untuk menjana keuntungan kepada anda.
- Kesesuaian idea bisnes dari sudut agama, moral dan perundangan.
- Kesesuaian idea bisnes dengan minat serta kemampuan anda
- Buat penilaian awal mengenai daya maju idea bisnes

.
Penilaian awal daya maju idea dan peluang bisnes membabitkan penilaian terhadap diri anda, masyarakat sekeliling, kewujudan sumber, suasana pasaran, dan tahap risiko. Antara penilaian yang boleh dilakukan ialah:
- Sama ada anda memiliki pengalaman, kemahiran, dan pegetahuan yang berkaitan dengan idea bisnes yang ingin dijalankan.
- Sama ada anda memiliki sumber modal seperti wang tunai atau aset yang boleh digunakan sebagai modal permulaan.
- Sama ada idea bisnes sesuai dengan nilai dan penerimaan masyarakat setempat.
- Sama ada anda memiliki kelebihan dari segi persaingan?.
- Sama ada sumber-sumber bagi memulakan operasi bisnes mudah diperoleh seperti sumber modal, bahan mentah, pekerja, peralatan dan sebagainya.
- Sama ada tahap risiko yang bakal dihadapi rendah atau sederhana berbanding pulangan yang bakal diperoleh.
- Bincang dengan ahli keluarga dan rakan
Bincang dan tanya pendapat orang sekeliling seperti ahli keluarga, rakan, jiran atau pihak lain mengenai idea bisnes anda. Mereka mungkin dapat membantu anda memperoleh maklumat berguna bardasarkan pengalaman dan kepakaran mereka. Anda boleh melakukan kaji selidik ringkas secara “online” atau melalui media sosial. Antara perkara yang boleh ditanya termasuk:
- Adakah responden berminat dan bercadang membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang akan anda tawarkan?
- Adakah produk atau perkhidmatan anda mampu menembusi pasaran?
- Apakah ciri yang perlu ada pada produk dan perkhidmatan anda berbanding produk atau perkhidmatan sedia ada di pasaran?
- Apakah faktor yang menyebabkan pelanggan membeli produk atau perkhidmatan anda?
- Bagaimana idea bisnes anda mampu menyelesaikan masalah orang lain?
- Apakah faktor utama kejayaan idea bisnes ini di pasaran?
- Bagaimana bisnes ini boleh terus bertahan dan berkembang pada masa hadapan?
- Daftar bisnes
Semua jenis bisnes sama ada dijalankan dari rumah atau kedai dan sama ada secara “offline” atau “online” diwajibkan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mengendalikan sebarang bentuk bisnes atau menjual sebarang produk atau perkhidmatan tanpa didaftarkan dengan SSM merupakan suatu kesalahan. Bagaimanapun, bagi bisnes yang dikendalikan dari rumah tidak perlu memohon lesen atau permit dari Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi penjawat awam yang mengendalikan bisnes secara separuh masa (di luar waktu pejabat) perlu memohon kebenaran bertulis dari ketua jabatan.
- Kenal pasti sumber-sumber yang diperlukan

.
Kenal pasti kewujudan pelbagai faktor dan sumber yang boleh membantu anda memulakan perniagaan. Antara sumber-sumber yang boleh dikenal pasti ialah:
- Masa
- Kemahiran & pengetahuan
- Pendidikan/latihan
- Peralatan
- Ruang dan kemudahan asas
- Bahan mentah dan sumber asli
- Perhubungan dan pengangkutan
- Kewujudan sasaran pasaran
- Pembiayaan
- Program sokongan dan sebagainya
- Kenal pasti jumlah modal permulaan
Modal memulakan bisnes bergantung kepada jenis perniagaan yang ingin dijalankan. Tidak semua jenis perniagaan memerlukan jumlah modal yang sama. Anda perlu mengenal pasti dan menyediakan senarai perbelanjaan serta menganggar kos yang perlu ditanggung bagi membiayai keperluan berikut:
- Kos penubuhan
Ambil kira bayaran pendaftaran perniagaan dan kos-kos lain yang terlibat dalam proses pendaftaran dan penubuhan bisnes..
- Kos jualan
Ambil kira penggunaan bahan mentah, kos pengangkutan bahan, kos pembungkusan serta kos upah operasi.
- Kos peralatan
Kos belian mesin atau peralatan untuk menghasilkan produk.
- Kos pentadbiran
Anggarkan kos sebulan yang terlibat semasa menguruskan bisnes seperti bil elektrik, air, telefon, petrol, promosi, penyelenggaraan, upah dan sebagainya.
- Kos pemasaran
Kenal pasti kos pemasaran seperti kos mencetak banner atau risalah di untuk tujuan promosi. Ambil kira juga kos seperti penyewaan tapak dan yuran untuk menyertai mana-mana pamiran atau ekspo.
- Tetapkan harga dan anggarkan jumlah jualan
Penetapan harga jualan boleh mempengaruhi permintaan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Harga merupakan salah satu faktor utama kejayaan sesuatu bisnes. Sebelum menetapkan harga jualan, anda perlu mengira kos produk atau perkhidmatan terlebih dahulu. Anda boleh menetapkan harga jualan dengan mengambil kira keuntungan yang dikehendaki selepas semua kos dibiayai sepenuhnya. Seterusnya, buat pengiraan jumlah jualan bulanan untuk jangka masa enam bulan atau setahun. Ini bertujuan untuk mengetahui anggaran pendapatan bersih daripada bisnes tersebut.
- Beli peralatan dan bahan
Mesin dan peralatan yang diperlukan untuk bisnes anda hendaklah diperoleh sebelum memulakan operasi. Di samping itu, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk perlu di beli dari pembekal yang telah dikenal pasti.
- Mulakan perniagaan
Sekarang anda telah bersedia untuk memulakan bisnes dengan merealisasikan idea melalui tindakan. Dari semasa ke semasa lakukan perkara berikut:
- Buat tinjauan dan analisis terhadap prestasi perniagaan.
- Dapatkan maklum balas daripada pelanggan dan masyarakat sekeliling.
- Buat penambahbaikan terhadap produk atau perkhidmatan yang disediakan.
- Bagi memastikan “survival” bisnes, anda perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai operasi dan pengurusan bisnes dengan mengikut program latihan yang banyak dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta.