
Petang-petang hari ni kalau dapat aiskrim untuk basahkan tekak layan juga kan. Nak-nak lagi kalau dapat yang kena dengan selera kita.
Aiskrim kacang merah nampak rumit untuk disediakan di rumah tapi sebenarnya nak menyediakannya teramatlah mudah. Sedap pulak tu.
Jom cuba resipi perkongsian Siti Nailah ini. Sedap tak terkata.
Aiskrim kacang merah…
Sebijik rasa mcm aiskrim potong yang kat kedai tu… Trust me.
Resepinya…
250gm kacang merah direndam semalaman.
Direbus empuk, disejukkan dan di kisar. Terpulang nak halus ke tak.
1 cwn gula
500ml air
Daun pandan
Masak hingga larut
2 sdb tpg ubi
2sdb tpg jagung
1sdb tpg gandum
Caranya:
1. Larutkan dengan sikit air lepas tu masukkan dalam air gula tadi. Teruskan kacau jangan berhenti.
2. Sambil tu masukkan 2 tin susu cair, 1/2 cawan susu pekat, sikit sirap kordial dan garam.
3. Kacau sebati…masukkan kacang merah yang dikisar tadi dan tutup api.
4. Dah suam masukkan dalam plastik aiskrim. Bekukan dan boleh di makan…
Kredit. Siti Nailah
Pejabat Mufti Umum Hukum Guna Android Box, Coretan Lelaki Ini Pula Bikin Netizen Teruja!

Hari ini hangat diperkatakan mengenai penggunaan peranti ‘android box’ di media sosial.
Ini ekoran penjelasan dibuat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-649: Hukum membeli dan menggunakan android box yang dikeluarkan, hari ini adalah harus selagi mana ia tidak akses kepada siaran berbayar dan hak cipta lain.
Bagaimana pun, jika mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah, maka ia adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.
Pelbagai pandangan mengenai pengumuman ini di media sosial.
Untuk makluman, android box adalah alat atau peranti yang digunakan untuk membolehkan televisyen mendapat siaran-siaran dari seluruh dunia.
Dalam pada itu, perkongsian oleh saudara, Khairul Abdullah atau juga dikenali sebagai Super Daddy mendapat pelbagai komen daripada netizen. Pastinya ramai yang bersetuju dengan hukum berkenaan.
Apa yang pasti, jadilah pengguna yang berhemah dan jujur.
Tadi mufti keluarkan fatwa yang hukum membeli Android Box yang di dalamnya ada kandungan atau mengakses content tv berbayar seperti Astro adalah haram.
Yer ramai orang beli Android Box sebab nak tengok movie dan Astro free.
Bila mufti keluarkan hukum maka ramailah melenting. Orang melayu Islam sendiri bukan main melenting, katanya mufti berat sebelah, katanya mufti sokong Astro sedangkan Astro itu menindas pelanggan.
Sedih baca komen orang islam kita ni. Dah kau tak nak dengar cakap mufti kau nak dengar cakap siapa?
Astro adalah siaran berbayar, tak kiralah dia ulang cerita beratus kali, dia mahal ke dia apa ke tapi content dia itu hak dia. Dia beli dari pengeluar konten dan dia tayangkan.
Kita ada pilihan untuk tidak langgan dan tidak tengok kalau kita rasa Astro menganiaya kita. Tapi sebab kita nak juga tengok Astro maka kita beli android box yang didalamnya sudah ada apps astro yang di”hack” untuk kita akses siarannya.
Jadi sebab itulah hukumnya haram. Haram sebab siaran itu dicuri. Siaran itu hakmilik Astro, kita pi tengok free tak berbayar semua channel dia, semua movie dia.
Walaupun Astro tu pencuri dan penyangak, tindakan kita pergi curi pula dari penyangak itu tidak menjadikan perbuatan kita tadi harus. Ianya tetap haram, sebab mengambil atau menoton yang bukan hak kita. Hukumnya berdosa.
So, kalau kau rasa nak sangat tengok Astro maka langganlah. kalau rasa mahal kau langgan Netflix, atau Iflix, atau Unifi Tv atau apa sahaja? Tapi yang lain tak best macam Astro kan? So kau nak jugak Astro sebab ada Maharaja Lawak Mega?
Kau kalau jadi pengeluar konten, atau conten creator ni dan kau mengharap hasil langganan orang atau bayaran orang untuk tonton konten kau tapi orang pakat copy paste dan pakat tonton free. Sedih kau, kecewa wehh.
Ada pulak tukang download movie dan share untuk orang ramai dalam facebook dan telegram khas. Dah mencuri dan share pulak hasil curian dengan orang lain. Alasannya alahhh depa dah kaya, tak heran aihh dengan yang kita download ni.
Memang depa dah kaya, mungkin depa tak kisah pun. Tapi kita kisah tak dengan perbuatan kita?
Kisah tak kita dengan perbuatan “mencuri” itu?
Berkat tak hidup kita alau kita asyik mencuri?
Ada yang tak curi movie, tapi curi wifi pun ada. Guna untuk buat kerja, buat bisnes dan cari makan untuk anak dan keluarga.
Gais, benda kecik-kecik ginilah yang kita selalu terlepas pandang.
Alah depa dah download penuh movie dalam Telegram tu, aku tumpang tengok jer. Semua cerita ada, KDrama banyak gila dalam tu wehh best. Bukan aku curi pun, depa download, aku tengok jer.
Kita tak rasa berdosa pun kan?
Aku pasti ramai yang tak setuju jugak dengan aku ni.
Tapi takpelah. Aku bersetuju dengan mufti dan aku nyatakan pendirian aku sebagai seorang jahil dan muftilah sumber rujukan aku.
Aku dulu pun pernah jugak download lagu, software dan movie pirate ni.
Tapi aku insaf waktu aku duduk Jerman.
Aku tanya kawan dan jiran aku orang Jerman ni kenapa dia ni “ikut buku” (patuh undang-undang) sangat? Kenapa dia beli semua software, kenapa tak download jer lagu-lagu atau movie, kenapa nak beli dan langgan bagai, boleh dapat free kan?
Dia jawab ringkas,
“God knows.”
Fuhh terus macam kena pelempang kejap. Orang bukan islam pun takut dengan tuhan. Aku?
Aku tak pernah anggap pun download movie atau software pirate tu berdosa. Aku tak pernah rasa aku mencuri. Tapi memang benar aku mencuri hasil usaha orang atau syarikat yang keluarkan software atau movie atau lagu dan sebagainya.
Jadi, aku tak download movie dah, aku bayar semua software yang aku guna untuk cari makan, tak download pirate dah, aku terminate Astro dah 11 tahun dan langgan Netflix. Aku tak download lagu dah, aku langgan jer Spotify. Bila rasa tak berguna bila jarang guna maka aku stop. Settle.
Benda undang kata tak boleh, aku tak buat. Benda yang kena bayar aku bayar. Tak mampu bayar aku tak beli, aku tak tengok. Duduk diam sudah.
Apa yang aku dapat?
Peace of mind.
Tak mahu ada rasa bersalah dan berdosa mencuri itu lagi.
Sekian.
Meninjau di ruangan komen, netizen teruja memberi komen.
Sumber: Khairul Abdullah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Punca Yis Tak Naik Elok. Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Berdasarkan Pengalaman!

Menyediakan adunan untuk membuat roti, apam, donut dan beberapa memu lain, semestinya memerlukan yis untuk menjadikan adunan kembang dengan sempurna.
Namun sering juga ada yang ‘terkena’, adunan yang dibancuh tidak berganda saiznya sedangkan 1 peket yis telah digunakan.
Tentu pelik juga rasanya dan tertanya-tanya di mana silapnya?
Perkongsian daripada Nurul Zainal ini boleh dijadikan info. Siapa sangka rupanya ada perbezaan dua jenis yis daripada jenama yang sama ini. Sekali pandang memang ‘sebijik’.
Jadi jom kita sama-sama belek yis jenis mana yang kita beli sebelum ini.
Brand Yang Sama, Packaging Yang Berbeza..
Perhatikan Yg Dlm Petak Merah Tu.. Yg Tu Sy Beli 2 Paket & Dua² Tu Bila Campur Air Suam Dia Jadi Mcm Yis Mati.. Tarikh Expired Pun Tak Ada..
Yg Satu Lagi Tu Dlm Petak Biru, Nmpk Packing Lebih Kemas & Ada Expired Date.. Bila Campur Dgn Air Suam, Elok Kejadian.. Naik Berbuih Mcm Biasa..
Mungkin Ni Slh Satu Punca Yis Slalu Tak Naik Elok Yg Kita Tak Perasan.. Share Dari Pengalaman Sy Sendiri..
Maaf Kalau Sy Silap 🙏 Mana Tahu Ada Yg Lebih Arif, Boleh Bg Pencerahan Apa Perbezaan Antara Mauripan Ni..
sumber : Nurul Zainal
Kejutan Raya Untuk Mertua. Menantu Ni Ubah Rumah Kampung Yang Nampak Biasa Jadi Macam Banglo!

Memberi makna lebih berganda pada raya tahun ini buat keluarga mertua, mendatangkan idea kepada seorang menantu ini yang juga dikenali sebagai Puan Rashidah Abdul Razak untuk melakukan transformasi pada rumah pusaka yang berusia 50 tahun untuk nampak baharu seperti banglo.
Jadi jom ikuti perkongsiannya bersama kami, semoga turut memberi inspirasi buat keluarga di luar sana untuk turut sama berbakti memperindahkan lagi kediaman ibu ayah di kampung.
Ini adalah merupakan hadiah untuk mertua saya..Pada awalnya tiada siapa pun nak merancang untuk mengubah suai rumah ni..melainkan idea saya sendiri memandangkan saya juga adalah seorang interior designer.
Kiranya nak buat suprise untuk mertua..tapi saya buat pakatan dengan ipar-ipar saya untuk membantu saya dalam proses makeover. Jadi mereka ada juga membantu saya untuk hantar orang mengecat, ada yang donate wang untuk kos makeover dan bakinya saya tampung keseluruhannya.
Konsep Moden Klasik
Saya mengekalkan perabot-perabot lama dalam rumah mertua kerana itu adalah pemberian anak-anak mertua sebelum ini..jadi saya mengeluarkan idea bagaimana ingin menerapkan idea transformasi tapi mengekalkan perabot-perabot lama.


Perubahan ruang
Manakala ini pula dahulunya adalah ruang dining..tapi saya ubah dining ke dapur dan jadikan sebagai ruangan santai dan ruangan untuk tetamu solat.


Gembira & Terharu
Usia rumah ini hampir 50 tahun tapi setalah diubah suai nyata nampak berbeza sekali. Perasaan ibu bapa mertua saya selepas selepas transformasi adalah mereka sangat teruja dan terharu..bagaimana sebuah rumah kampung yang sangat tipical berubah menjadi kediaman seolah-olah rumah banglo mewah pada mereka..bersyukur sekali mereka sangat menyukainya..apa yang sangat kami semua harapkan adalah kebahagian ibubapa dan kegembiraan mereka.
Adik beradik ipar duai semua teruja dan rasa happy..rasa kesepakatan dalam makeover..sebab semua turun membantu..sama-sama hulurkan tenaga menyiapkan transformasi. Pada saya raya kali ni sangat bermakna..sebab mertua happy sangat-sangat bila nampak anak-anak menantu datang tolong menolong dalam memeriahkan makeover.
Tiada renovation dalam project transformasi ini..hanya gabungan idea modern classic yang saya terapkan dalam kediaman kampung ni..selesa mata menmandang tidak terlalu sarat.
Light turquoise kegemaran mertua
Saya memilih warna dinding semua putih dan mamasukkan warna langsir yang lembut iaitu light turquoise kegemaran mertua..dekorasi pula saya terapkan tidak terlalu sarat..dan hiasan-hiasan orchid saya gubah sendiri menghiasi setiap ruangan-ruangan rumah.
sumber : Rashidah Abdul Razak