
Orang ramai sedia maklum bahawa usahawan, Datin Seri Nur Shahida kini sedang sarat hamil 8 bulan. Selepas tiga hari menerima rawatan di hospital, Shahida berkongsi perkembangan terkini dirinya.
la susulan jangkitan kuman yang dialami, sekaligus menyebabkan isteri kepada Datuk Alif Syukri ini memohon ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya serta bayi yang sedang dikandung.
“Ramai tanya saya dah nak sampai masa bersalin ke? Belum lagi, saya tak sihat dah tiga hari dekat hospital.
“Ada jangkitan kuman. Doakan saya dan baby sihat ya. Tak senang juga duduk sini lama-lama sebab anak-anak di rumah pun tak sihat juga,” tulisnya dalam perkongsian di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberi kata-kata semangat dan seterusnya mendoakan yang terbaik buatnya.
Sumber : shahidadherbs
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Rupanya Ini Rahsia Cara Nak Jemput Rezeki. Ini Yang Kena Tahu.

Rezeki ‘datang’ pelbagai cara. Selain berdoa memohon dikurniakan rezeki yang banyak, melalui perbuatan juga menjemput rezeki.
Sebagaimana perkongsian ini boleh dijadikan panduan buat kita.
Moga kita muhasabah diri untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat rahmatnya.
1.Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
2.Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
3.Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
4.Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
5.Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
6.Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
7.Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
8.Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
9.Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
10.Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
11.Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
12.Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
13.Ada yang mengundang rezeki tiap ¼ malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
14.Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
15. REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.
Tapi dari ALLAH S.W.T
Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.
Kredit: Raja Hazamir Raja Jusoh
Jangan Buat Main Ubat Tahan Sakit. Doktor Ini Jelaskan.

Jangan buat main ubat tahan sakit. Memang bila makan, akan rasa sakit hilang. Namun kesannya bahaya untuk kesihatan. Oleh itu, tidak boleh makan sebarangan tanpa nasihat doktor.
Ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad.
BAHAYA UBAT PENAHAN SAKIT
“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih”
Wa alaikumus salam.
Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua.
Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan saja boleh didapati di klinik tetapi di mana-mana farmasi secara over the counter.
.
Lebih-lebih lagi pesakit migraine, gout dan arthritis yang biasa menggunakannya untuk meredakan rasa sakit kepala, sakit sendi, dan sakit-sakit badan. Pil-pil ini memberikan kelegaan setelah diambil beberapa minit saja. Walau bagaimanapun, ubat-ubat tahan sakit ini boleh memberikan kemudaratan pada perut.
.
Pada peringkat awal ia akan menyebabkan individu tersebut akan berasa kurang selesa, dan kembung perut. Lama kelamaan lapisan dalam perut menjadi bengkak (gastritis), kemudian menjadi luka (gastric ulcer) yang boleh menyebabkan pendarahan sehingga muntah darah. Walaupun ubat tahan sakit diberikan secara suntikan dan tidak memasuki perut, ia boleh menyebabkan masalah yang sama terutama wargatua yang berumur 60 tahun ke atas.
.
Ramai pesakit yang masih muda mengalami masalah kerosakan buah pinggang kerana mengambil dan memakan ubat tahan sakit secara tidak terkawal atau mengambil ubat-ubat yang dibeli dari toko-toko jamu yang mengandungi racun terkawal.
.
Ini kerana ubat penahan sakit terutamanya jenis NSAIDs menyebabkan saluran darah menjadi kecut dan ini menyebabkan pengaliran darah yang berkurangan ke buah pinggang.
.
Saya menasihatkan agar anda lebih berhati-hati ketika menggunakan ubat tahan sakit supaya tidak menggunakannnya secara berlebihan.
#HealthDrZubaidi
Rindu Suara Isteri Memanggil ‘Abang’, 18 Tahun Suami Setia Jaga Isteri Koma!

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, begitulah ujian yang menimpa pasangan suami isteri ini bermula sejak 2004 hingga kini. Tiada apa yang diharapkan bagi Rosli Itam selain menanti keajaiban untuk isterinya kembali sembuh.
Seakan sekelip mata semuanya berubah, semuanya berlaku secara tiba-tiba. Siapa sangka isteri yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba. 18 tahun koma bukan tempuh masa yang singkat, namun suami ini terus setia dan berkorban menjaga isteri tersayang.
Kisah seperti ini harus dijadikan inspirasi buat pasangan suami isteri yang lain. Membina rumahtangga , sentiasa ada di sini ketika waktu senang dan susah.
Rindu Dipanggil ‘Abang’
Tiada apa diharapkan Rosli Itam, 53, selain keajaiban untuk melihat isterinya, Rusmahwati Wazir Mohamed, 50, yang 18 tahun koma dan terlantar sejak 2004 kembali sedar.
Bagi bekas pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu, seribu rahmat buatnya jika Rusmahwati dapat kembali bercakap dan memanggilnya ‘abang’ kerana detik itu sangat dirinduinya.
Meracau Tidak Sedarkan Diri
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rosli berkata, kehidupan Rusmahwati yang sebelum itu sihat dan tiada penyakit berubah apabila dia meracau serta tidak sedarkan diri pada Mei 2004.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika isterinya baru lebih tiga bulan melahirkan anak keempat mereka.
“Sewaktu kejadian, saya berada di Butterworth, Pulau Pinang dan pada malam 24 Mei 2004, saya dimaklumkan jiran bahawa isteri meracau dan selepas itu tidak sedarkan diri.
“Isteri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan apabila saya tiba di hospital, doktor memaklumkan dia dalam keadaan kritikal dan koma.
“Menurut doktor, isteri saya menghidap penyakit hypoxic encephalopathy atau hipoksia otak dan memerlukan masa yang agak lama untuk pulih di samping rawatan fisioterapi setiap hari,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Sri Mahkota Aman, di sini semalam.
Terdahulu, Rosli menerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir yang hadir melawat dan menyampaikan sumbangan.
Hipoksia otak agak asing dalam kalangan masyarakat dan ia membawa maksud, satu bentuk hipoksia atau kekurangan oksigen yang mempengaruhi otak.
Palbagai Ikhtiar Dilakukan
Ia berlaku ketika otak tidak menerima oksigen yang mencukupi walaupun darah masih mengalir, apabila bekalan oksigen terputus, maka ia digelar hipoksia otak.
Gejala itu menjadi lebih berbahaya apabila aliran oksigen ke otak terputus dan kesan buruknya boleh mengakibatkan koma, sawan dan kematian otak.
Rosli berkata, selain HTAA, isterinya turut menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Angkatan Tentera Lumut di Perak namun keadaannya tetap sama.
“Selain rawatan moden di hospital, lebih 50 kali saya cuba menerusi cara tradisional dan alternatif di seluruh semenanjung namun belum berhasil,” katanya.
Menurutnya, Rusmahwati hanya minum susu khas, Ensure Gold melalui tiub di hidungnya yang mana bekalannya setiap bulan diperoleh menerusi bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Perkeso juga bantu membekalkan lampin pakai buang setiap bulan. Selain itu, isteri saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RM300 sebulan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu isteri saya termasuk TUDM sejak 2004 sehinggalah saya berpencen pada 2013,” katanya.
Cinta Sampai Syurga
Rosli berkata, biarpun apa pun keadaan isterinya, perasaan cinta dan sayang terhadapnya tidak pernah berkurangan.
Dia juga tidak pernah putus harapan agar Rusmahwati pulih suatu hari nanti dan berharap jika ada pakar dan pengamal perubatan Islam yang boleh merawat penyakit isterinya tampil membantu.
“Saya tidak menagih bantuan kewangan, apa saya harapkan bantuan kepakaran untuk merawat isteri. Boleh bercakap pun sudah memadai, biarlah dia tidak boleh bergerak, saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya sebak.
Sumber : Utusan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club