3 Dalam 1, Adunan Ni Sekali Buat Boleh Masak Donut, Cakoi & Pau!

Share

3 Dalam 1, Adunan Ni Sekali Buat Boleh Masak Donut, Cakoi & Pau!

Tentunya dalam menikmati hidangan kuih muih kita sekeluarga punya selera masing-masing.

Mungkin anak suka makan donut, suami pula hendak makan Pau dan kita sendiri mahu menikmati cakoi yang baru digoreng panas.

Menyempurnakan keinginan ini dalam satu masa sebenarnya mudah sangat jika anda sediakan adunan ini. Di mana sekali bancuhan anda boleh hasilkan 3 jenis kuih.

Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Nitaharry dan berjaya mencuri tumpuan penggemar masakan.

Jadi apa kata, hari ini anda sediakan 3 jenis kuih iaitu donut, cakoi dan pau untuk dijadikan menu sarapan atau minum petang yang istimewa kepada ahli keluarga anda.

DONUT/CAKOI/PAU

400g tepung gandum

1 cawan air

1 sudu besar marjerin

1 sudu kecik garam

2 sudu besar gula

2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung

2 sudu kecil yis mauripan

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

1 biji telur

Cara buat:

Kalau guna breadmaker masuk je semua bahan.

1. Untuk uli tangan macam biasa air+gula+yis+susu pekat

2.Bancuh dan biarkan kembang. Kemudian boleh uli macam biasa.

3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jenis kuih yang mahu dibuat seperti donut, cakoi atau pau.

Tips Ekstra:
Untuk Kuih Donut, ambil doh mengikut saiz donut yang disukai. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah menggunakan jari.

Untuk Kuih Cakoi, uli doh kemudian gelek sampai jadi leper. Potongkan memanjang. Letak lidi di tengah dan tekankan.

Untuk Kuih Pau, leperkan doh dan letak inti yang disukai. Bulat-bulatkan. Biarkan kembang sedikit sebelum dikukus.

 

  • Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club