3 Cara Mudah Bersihkan Celah Botol Minuman Yang Berdaki Dan Berbau. Ibu-Ibu Patut Cuba!

Share

Ramai yang menggunakan botol minuman untuk mengisi air baik air kosong mahupun yang manis. Namun, kekerapan menggunakan botol minuman boleh menimbulkan bau busuk.

Malah, bahagian dalamnya terutama di celah-celah mula kelihatan berselaput dengan daki dan kotoran. Justeru, ia perlu dibersihkan setiap hari atau dua hari sekali dengan cara yang betul.

Berikut adalah cara membersihkan botol minuman yang disarankan:

1. Gunakan Air Hangat dan Sabun

Keluarkan cairan dari dalam botol, kemudian masukkan air hangat yang sudah dicampur dengan beberapa titis sabun.

Tutup botol, lalu goncang selama beberapa minit. Gunakan juga berus botol untuk membersihkan bahagian dalam, terutama jika botol memiliki leher yang sempit.

Selanjutnya, bilas sampai bersih lalu biarkan semalam hingga benar-benar kering

2. Gunakan Cuka

Cuka adalah pembersih semula jadi yang baik untuk membunuh beberapa jenis kuman dan bakteria. Caranya adalah dengan membersihkan botol terlebih dahulu dengan air panas dan sabun seperti tip yang pertama.

Setelahnya, masukkan cairan cuka putih dalam botol, campurkan dengan air sejuk. Biarkan selama satu malam, lalu bersihkan keesokan harinya.

3. Gunakan Serbuk Penaik

Jirus botol minuman dengan menggunakan air panas. Jika kotoran ataupun daki pada bekas minuman begitu sukar ditanggalkan, isikan penuh-penuh air panas di dalam bekas minuman dan letakkan sedikit pencuci pinggan mangkuk. Biarkan selama 20 minit.

Setelah itu, buang air di dalam bekas minuman dan isikan dengan 1/3 cawan beras dan 1/3 cawan baking soda.

Beras sangat efektif untuk menyingkirkan daki yang kering pada permukaan botol minuman manakala baking soda digunakan untuk membasmi bau botol yang kurang menyenangkan.

Kemudiannya isikan sedikit dengan pencuci pinggan mangkuk dan air panas separuh. Tutup botol minuman dengan penutupnya dan goncangkan.

Setelah menggoncang botol minuman beberapa kali, buka penutup botol dengan berhati-hati untuk mengelakkan ‘letupan’ gara-gara kesan baking soda. Tuang lebihan ke dalam sinki.

Bilas dengan air yang bersih. Keringkan sepenuhnya di atas rak pinggan secara terbalik. Akhir sekali, bilas sekali lagi sebelum ingin digunakan.