
Kesan hangus pada bahagian belakang seterika buat pandangan jadi kurang menyenangkan. Adakalanya kesan hangus ini turut memberi kesan kepada baju yang digosok terutama pada baju putih.
Jangan bimbang atau jangan sekali-kali terus membeli seterika baru hanya disebabkan ini. Ada baiknya anda mencuba tiga petua mudah ini bagi menyelamatkan seterika anda.
Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Ibu Menyusu Paling Mencabar Ganti Puasa, Mudah Ikut Langkah Ni!

Di bulan Rejab yang mulia ini ada diantara kita yang mengambil kesempatan untuk menggantikan puasa. Ibu yang menyusukan anak tidak terkecuali turut menggantikan puasa.
Bagaimana nak memastikan ibu tidak lapar dan boleh bertahan sepanjang berpuasa ganti? Ini panduan yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom.
Bagi ibu yang menyusukan anak pasti terfikir-fikir bagaimana agaknya cabaran ketika berpuasa. Boleh juga guna untuk ibu menyusu yang berpuasa sunat atau nak bersedia untuk Ramadan nanti.
1. Mindset yang positif
Kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri dalam menghadapi cabaran berpuasa ini. Bila kita fikir kita tak mampu, kita memang jadi tak mampu. Jadi, cuba ubah fikiran kepada sebaliknya.
2. Lewatkan sahur dan ambil karbohidrat kompleks
Ibu menyusu kena bersahur. Lewatkan sahur dan ambillah sumber karbohidrat kompleks seperti oat. Oat membantu ibu-ibu menyusu rasa kenyang lebih lama.
3. Ambil jumlah protein secukupnya
Ibu menyusu yang berpuasa selalunya kurang ambil protein waktu sahur, jadi pastikan ibu ambil protein secukupnya.
4. Minum air secukupnya
Dari selepas berbuka hingga sahur, minumlah air sikit-sikit tapi kerap. Sediakan botol air berhampiran. Bila dahaga walaupun sedikit terus minum. Cuba minum 8-10 gelas air sepanjang malam.
5. Kurangkan kafein dan makanan berminyak
Kafein bersifat dierutik. Bila diambil, ibu-ibu akan kerap membuang air dan mengurangkan air dalam badan. Makanan berminyak akan menyebabkan ibu-ibu cepat dahaga. Jadi berpadalah dalam mengambil keduanya.
6. Ambil kurma sewaktu berbuka
Kurma mengandungi gula ringkas yang dapat membekalkan tenaga dengan lebih cepat kepada ibu menyusu.
Disarankan ambil dalam jumlah segenggam kurma (ikut saiz tangan sendiri) dan minum air kemudian solat dahulu supaya ibu tidak tergopoh makan sekaligus banyak.
7. Breast compression
Bila pam rasa susu tu macam tak nak keluar atau bayi macam meragam waktu menyusu, ibu boleh buat breast compression. Breast compression membantu susu keluar dengan lebih baik.
“Masih Ramai Tak Faham Kenapa Kami Tak Balik.” Kos Hingga RM10K, Luahan Lelaki Bekerja Di Singapura Ini Meruntun Jiwa.

Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Hari yang mulia disambut dengan gembira bersama keluarga. Namun sambutan suasana hari raya Aidilfitri telah berubah sejak pandemik melanda dunia penghujung tahun 2019.
Tahun 2020 meninggalkan sejarah buat rakyat Malaysia apabila beraya dalam tempoh PKP ekoran kes meningkat dengan mendadak. Malah tahun ini, sejarah berulang kembali apabila negara mengumumkan PKP sekali kali!
Pastinya sebak dihati apabila hari raya tidak dapat pulang ke kampung merentas negeri. Situasi ini juga dirasai oleh rakyat Malaysia yang mencari rezeki diluar negara seperti Singapura. Walaupun ada berhasrat untuk balik ke Malaysia, namun tertunda ekoran kos kuarantin tinggi.
Inilah yang dilalui rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Eddie Dieana yang mengakui perlu membayar kos kuarantin 14 hari serta swab test berjumlah SGD$3410 atau (RM10,523.22). Menyedari kos sebegini abang beliau terpaksa melupakan hasrat untuk pulang beraya di rumah orang tua di Johor Bahru.
Ikuti lanjut perkongsiannya.
Harini, saya tak tahu. Nak nangis ke, nak gelak kan abang saya. Minggu lepas dia bagitahu saya. “Eddie, Kau jangan bagitahu mak tau. Aku nak balik malamnya esok raya.
Nak suprisekan semua orang. Mesti gempak kan.” Kata abang saya terhadap saya.
“Oh, yeke. Bestnya. Mesti bestkan dapat balik.” “Bestlah, kau bayangkan aku dapat salam dengan mak pagi raya. Makan lauk raya mak masak. tahun lepas aku raya sorang² kat dalam bilik. Tahun ni aku tak sanggup dah.” Kata abang saya keriangan sambil memperli saya yg tak dapat pulang.
TAK KESAMPAIAN
Sekali Kerajaan Singapura umum. Kos kuarantin wajib dari 14 hari($2125) naik kepada 21 hari ($3000). Tak termasuk dengan kos 2 swab test ketika di hotel ($125×2 :-$250) dan 1 swab test ketika di ICA ($160). Total semua sekali lebih kurang $3410 atau bersamaan RM10,523.22.
Semua kos ni tak termasuk dengan cuti tanpa gaji yang perlu diambil ketika kuarantin 3 minggu dan tambahan cuti yang ingin abang saya ambil. Jika dia ambil cuti 2 minggu bermakna dia perlu cuti tanpa gaji selama 5 minggu atau boleh tolak cuti tahunan yang hanya ada 14 hari yg beliau miliki.
Terus abang saya bagitahu saya. Dia terpaksa batalkan niat dia untuk pulang berhari raya bersama keluarga apabila mendapat berita kenaikan kos kuarantin ni. “Hampa sangat²” katanya. Saya pun baru je berangan -angan nak beli barang² untuk anak². Nak kirim dekat abang bila dia balik beraya di Malaysia nanti. Sudahnya, semuanya hampa. Bukan kami berdua je yg hampa. Tapi hampir kesemua rakyat Malaysia yg berada di Singapura ni hampa. Lain yang kami harapkan, lain yg kami dapat. Ini baru betul² “Suprise”.
RINDU PADA KELUARGA
Saya dah pun pesan dekat isteri siap². Simpan semua gambar dekat link post ni.
Nanti masa Hari Raya Aidilfitri. Kalau ada mulut² yg tanya. “Laki kau taknak balik raya ke”
“Laki kau dah tak sayang anak² ke” “Laki kau gila kejar duit ke”
Tunjuk je dia post ni.
Biar mereka tahu apa yg kita rasa sekarang. Sebab masih ramai di Malaysia tu masih tak faham kenapa kami² semua tak balik². Kalau ikutkan hati. Siapalah yg tak rindu anak bini.
Tak rindukan Mak. Tak rindukan keluarga. Ni sambil taip ni pun ada orang potong bawang kat tepi. Puas halau dia dari tadi tapi degil nak duduk kat sebelah jugak.
Yang paling tak boleh nak control perasaan bila whatsapp dengan mak pagi tadi.
“Mak dah beli baju raya?” “Mak takde semangat nak beli baju raya.” Jawab mak.
“Kenapa pulak takde semangat nak beli baju raya. Mak takde duit ke?”
“Bukan soal duit. Tapi mak tak sanggup nak happy² kat sini sambut hari raya. Sedangkan anak² mak kat sana sedang bersedih. Lagi pulak tengok muka anak² kau yg dah dua tahun beraya tanpa ayah. Lagi lah buat mak sedih.”
Baca je mesej tu automatik budak yg potong bawang tadi tukar potong cili pulak.
Lagi laju dia punya mengalir keluar.
Allahuakbar.Berilah kami semua kekuatan untuk menempuh segala dugaan ni. Saya tahu agak mustahil sempadan akan dibuka dalam masa yg terdekat kerana kes Covid19 yg tak menentu di Malaysia sekarang. Apa yg boleh saya katakan.
Hanya keajaiban yg mampu mengubah segalanya. Teruskan berdoa agar semuanya akan pulih. Sesungguhnya. Hati ni dah tak tertanggung lagi bila mengenangkan perasaan rindu.
Maafkan Daddy ye sayang. Kamu berdualah kekuatan Daddy untuk terus bertahan kat sini. I Love U anak².
Sumber: Eddie Diean
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resipi Daging Goreng Ala Thai. Sedap, Banyak Rencah & Lebih ‘Rasa’ Dalam Setiap Gigitan. Memang Padu!

Kecur liur lihat resipi ni kan, bagi keluarga yang suka menu berasaskan daging bolehlah cuba resipi Daging Goreng Thai Style ni buat berbuka.
Bagi anda yang gemarkan resipi yang berempah, ini sesuai dicuba kerana banyak rencah dan lebih ‘rasa’ dalam setiap gigitan.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Selamat mencuba!
Resepi Original – @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club