3 Cara Buat Jagung Rebus Lebih Terangkat, Confirm Anak-anak Suka!

Share

Jagung sentiasa menjadi makanan sampingan yang menyihatkan buat kita. Kalau direbus jagung di rumah, berebut-rebut anak-anak makan.

Gabungan jagung rebus dengan mentega memang enak dan menyelerakan. Namun ada cara lain yang buat jagung lebih umphh rasanya.

Boleh cuba tiga cara hidangan ni. Memang terangkat!

#PETUA 1

Bahan-bahan:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan garam
Air secukupnya

Caranya:
1. Pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih.

2. Ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan.

3. Biarkan jagung direbus hingga masak.

Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.

#PETUA 2

Bahan-bahan:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan garam
3 sudu makan kepala parut
Air secukupnya

Caranya:
1. Rebus jagung hingga masak.

2. Biarkan sejuk seketika. Ketepikan.

3. Satukan kelapa parut, garam dan gula. Gaulkan rata.

4. Hiris isi jagung dan gaulkan ke dalam bahan kelapa. Gaulkan rata.

5. Sedia di makan.

Kredit Foto: Enyabdullah.com

 

#PETUA 3

BAHAN-BAHAN:

Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya

Caranya:

  1. Rebus jagung selama 15 minit dan angkat.
  2. Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit.
  3. Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.

Selamat mencuba!